Feeds RSS
Feeds RSS
Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Sep 5, 2011

Bergelumang dgn kerja...arghhhh!!

Assalamualaikum..

 .......................................................???

haha.. sebenarnya intan x tau camne nak start menulis entri nie..
straight to the point-----> homework byk giler.. n the best part is semuanya x siap!
yehuuuu... memang raya sakan.. matiiilaa..haha

sekarang baru bertangkak-tangkak nak buat.. n the best part is konpem x siap wpun x tidO malam..
(ehem! nasib baek lab report da setel...)

so... mari kita belajar psl IB Learner Profile..




ada 10 IB Learner Profile yg mana pelajar2 IB patut mengaplikasikan ke dalam hidup mereka.. so, kepada rakan-rakanku.. jomlah kita jadi risk-takers.. kalau dah x sempat nak buat homework tu, sama2 la kita bertawakal dengan denda yang bakal diberikan.. atau lebih elok kalau kita ramai2 buat solat hajat agar cikgu buat 'derk' je pasal homework nie..

intan sebenarnya dah plan baek punya masa2 yang bakal diperuntukkan untuk homework nie, tapi apa mahu buat kita hanya merancang tp Allah lah yang menentukan..

last skali... manusia memang pandai buat alasan untuk menutup kesalahannya kan.. yes! that's me..

B: ala.. kerja aku tak siap..
A: itulah.. sape suruh procrastinate.. 
B: yela.. dah syawal sekali setahun je.. mmg la sakan sket..
A: tgk la tuh.. x abis2 dgn alasan..
C: B, kenapa Ko suka sgt bg alasan ek?
B: sebab aku manusia..
A & C : dah tu.. kitorg nie bukan manusia jugak ke??
B: errrr...
 (agak2 si A n si C tu dah siap kerja ke belum??XD)

kesimpulannya: janganlah jd macam saya yg suka procrastinate n byk alasan.. live life, long life.. smile alwayz!


Jun 6, 2010

kecewanya..

balik je dari kelas tadi, perasaan intan memang betul2 bergolak.. perut rasa bergelodak.. air muka rasa macam dah tak tau macam mana.. memang kecewa sangat2.. teramat-amat kecewa.. keterlaluan kecewanya.. kenapa boleh jadi macam nie?? geramnya.. bencinya.. tak patutnya.. waaa.. sedihnya.. intan dapat C untuk salah satu subjek kegemaran intan.. apa nie.. di ulang ye!! intan nie memang suka subjek kimia, tapi intan dapat C?? aduhh!! kenapala intan banyak sangat cuai masa menjawab?? nampaknya sikap yakin yang keterlampauan telah mengusai diri intan masa menjawab periksa hari tu..kena kikis balik tuh.. sekarang nie pun perut intan masih lagi rasa lain macam.. yela, korang bayangkan bila sesuatu yang korang nak sangat2 tapi tak dapat.. ini dah lebih dari 'frust' tau.. 'frust menonggeng' pon tak macam nie.. tapi tak rasa macam nak menangis la.. cuma hati nie rasa sebu sangat2.. rasa macam tak jumpa ngan orang.. rasa malu sangat2.. tak tau kenapa..  sebenarnya intan takdelah rasa sedih sangat, yang intan rasa sekarang nie ialah intan nak ambik peperiksaan kimia sekali lagi sebab intan rasa intan memang boleh buat.. tapi kalau kita fikir balik, inilah ujian yang sebenarnya.. kita kena ingat yang hidup kita nie macam sekolah la, memang tak lepas dari ujian.. macam firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 155..

(ayat nie kita belajar masa tingkatan 2 atau 3.. lupa lak..)

May 29, 2010

ekspresi diri saya!!

phari ini intan rasa macam nak tulis sesuatu je kat blog nie.. oh ya! peperiksaan pertengahan tahun intan tak abis lagi setakat nie.. tinggal kertas kimia,bio, fizik n est.. wah! masih ada masa lagi ya intan nak menulis kt sini..hehe

tajuk entri hari nie, ekspresi diri saya.. kenapa bunyinya macam tu ya tajuk hari nie?? sebab sejak akhir-akhir nie intan dapat tau macam2 tanggapan orang pada intan... maksud intan, memang sering kedengaranlah "mung memang gitu sue".."macam la mung tak kenal sue tu gane.." dan banyak lagi la yang sama maksud dengannya.. jadi, hari ini intan bukanlah nak menidakkan apa yang korang cakap, tidak pula mengiakan.. korang sendiri dah lama kenal intan dan dah tahu intan macam mana.. nilai jela sendiri.. intan tak kisah..

yang intan nak cakap hari nie, intan rasa diri intan kadang kala macam terlalu lurus tau.. macam ikut je apa yang orang suruh.. turuti je.. lepas tu, percaya je dengan apa yang orang cakap..(apa2 yg logikla.. kalau yang tak logik memang intan tak percaya)  Tak salah kan? tapi intan sebenanrnya memang bukanlah orang yang sebegitu.. kadang kala je macam naif sikit.. sesiapa yang memang dah lama kenal intan memang tau intan nie macam 'bossy' sket..(oppss! sikit je tau..).. 

rasanya, kalau intan dah percaya kat seseorang tu, maknanya intan memang akan terus mempercayainya.. jadi jangalah rosakkan kepercayaan itu..haha  intan rasa intan hipokrit la.. kalau intan senyum, belum tentu intan gembira.. dan kalau intan menangis pon belum tentu sedih.. intan tak rasa la ada orang yang boleh tahu hati intan dengan hanya tengok muka intan... kalau gembira mungkinla.. patut tak kalau kita hipokrit semata-mata tak nak bagi orang tau perasaan kita?? atau kita memang patut kongsi perasaan tu dengan orang lain?? tak membebankan orang ke nanti?? alahai, otak intan dah tak boleh fikir dah nie..   

May 14, 2010

syukur..

assalamualaikum w.b.t.. tanggal 14 mei 2010 maka lahirlah seorang insan yang bernama Arfan Danish.. sememangnya saat yang mengembirakan kerana intan telah naik pangkat jd 'Mak Su'.. dan Arfan nie memang comeyy sangat2.. tak sabar tunggu Arfan balik ke rumah...





p/s: okeh! yang nie post paling last sebelum exam mid year..

salam kegembiraan,

Apr 19, 2010

cerita dolu-dolu...

assalamualaikum!! apa khabar semua hari ni?? tiba-tiba je hari nie intan nak cerita pasal kisah dolu-dolu.. sebenanrnya tak adalah tiba-tiba, ia bermula begini.. sebaik sahaja intan meloloskan diri ke dalam kereta ketika pulang pada tengah hari tadi, intan pun bukak la radio.. dan saat terbukanya radio tu kedengaran la lagu Mungkin Nanti oleh Peter Pan..(intan bukak radio hot.fm).. wah! lagu yang membawa seribu satu makna tuh..tu dolu la.. sekarang nie dah takde makna lagi dah..huhu

pernahkah korang semua 'terjatuh' minat (bukan cinta ya!) pada seseorang?? pernah?? pada siapa tu ya?? artis? tokoh politik? ustaz? jiran sebelah rumah?? hmm.. maknanya korang nie memang normal la kan.. lain la kalo korang minat pada sesuatu yang tak sepatutnya.. contohnya, korang minat kat kambing. kambing nie merujuk pada haiwan ye bkn gelaran yang korang bagi kat kawan2 korang tuh.. besela, bab2 menggelarkan orang nie korang memang 'terror' kan.. termasukla intan(dolu-dolu la sekarang intan da jd bdk baik!)..huhu  

balik semula pada topik hari nie.. intan pon pernah minat pada seseorang tau! siap hantar surat lagi tau.. apa nak buat, masa tu handphone takde lg.. dan lawak sebenarnya bila teringat zaman dolu2 tu.. macam mana la intan blh minat kat orang tu.. naseb baek dia x bagi respon..haha  Jadi, xdela 'couple2' nie sume.. Alhamdulillah.. tapi apa kaitannya dengan lagu mungkin nanti ea?? banyak kot kaitannya.. entahlah.. susah jugak nak terangkan.. yang pasti semuanya bab kata saleem  tinggal kenangan.. sebab orang tu la intan jadi minat kat peter pan(dolu2 la sblm intan boikot indon!huhu)

Apr 18, 2010

Hold My Hand : Maher Zain..

intan dengar lagu nie dan lagu nie tersangat la indah.. 'enjoy ya!' ambil pengajaran..! 'sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara..'



senyum selalu,

Apr 16, 2010

alamak! intan di tag!

intan telah di 'tag' oleh seorang deenasor yg sgt cun..haha

1.SIAPA ANDA DI RUMAH ?
seorang yang bergelar adik..

2.SIAPA DIRI ANDA DI SAMPING RAKAN ?
kawan yang kuat berleter tapi baik hati..haha
(kuat perasan la nie!!)

3.LIMA HAJAT YANG DIIDAMKAN TETAPI BELUM TERCAPAI
-buat haji
-dslr camera(tak kisahla nikon or canon)
-laptop skali ngn broadband
-nak straight A+'s
-belajar kat uk


*soalan nombor 4,5,6,7 dan 8 adalah invisible :))

9.Mangsa Tag
~nawzi7
~yong
~kks
~sape2 jela yg nak..


susahkan nak istiqamah...

Assalamualaikum w.b.t..
tengok tajuk pun sudah tahu kan intan nak cakap pasal apa hari nie.. intan baru je selesai baca versus(hlovate) beberapa hari yang lepas dan agak besar jugaklah impak yang intan dapat (kot).. tapi betul la kan.. kalau nak berubah tu senang je tapi nak istiqamah tu susah la sikit.. Berdasarkan beberapa laman sesawang yang intan jumpa Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.1 Kata Saidina ‘Umar bin al-Khattab:
“Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang” (Ibn Qayyim, Tahzib Madarij al-Salikin, 2/528, Beirut: Muassasah Fuad).2
syaitan sentiasa ada untuk menghalang umat manusia daripada berbuat istiqamah dalam sesuatu pekerjaan. sebab itulah, kita mesti meneguhkan hati seteguh-teguhnya untuk menghindari tipu daya syaitan.. dan sememangnya intan dah banyak kali tertipu dengan syaitan.. Ya Allah, lemahnya imanku..  haa! kat bawah nie intan ada doa untuk teguhkan iman/hati.. intan ambik dari buku teks pai tingkatan 5..



kalau diteliti betul2, banyak sangat doa yang ada dalam buku teks tu.. cuma intan je yang tak berapa perasan selama nie.. yela, kalau dah buka buku teks hanya untuk jawab soalan periksa macam niela jadinya.. buat amal tapi sekejap je, tak istiqamah, tak guna pun kan.. sebab tu la Allah lagi suka orang yang beramal sikit tapi konsisten.. macam mana eh nak jadi orang yang macam ni? Salah satu pegangan dan amalan penting yang diberikan agama kita untuk menghadapi kehidupan ini adalah Istiqamah, Istikharah dan Istighfar.3
Bunyi macam mudah je 3I nie, tapi kalau nak amal tu, memang kena sepenuh jiwa la.. orang cakap kalau nak berubah tu tak boleh drastik sebabnya keputusannya pun akan drastik jugak nanti..(tak tahan lama la maksudnya..) Buat perlahan-lahan tapi berterusan dan tambah supaya jadi makin banyak amalan.. istikharah supaya apa saja yang keputusan yang kita buat betul (bkn bila nk kahwin baru buat istikharah..) perbanyakkan istighfar sebab kita nie memang tak sedar bila kita buat dosa..

intan tak tau apa yang intan tulis hari nie.. macam tergantung, melayang-layang kat udara.. tak tau la.. amik la yang betul n kalau yang mengarut hiraukan je..

salam rindu,

Mar 20, 2010

sibuklah...~!

intan begitu sibuk sejak akhir2 ini.. biasela, budak form 5 la katakan.. intan sebenarnya ingat nk citer pasal kem easyaddmath yg intan pergi minggu lepas tp da kesuntukan masa sangat2 da nie.. InsyaAllah minggu depan blh kot intan curi sedikit masa intan... tp sekarang, intan nak share perbezaan muka intan ble pakai cermin mata..hehe  Semua gambar nie diambil masa kem baru nie.. sempat lagi pinjam spek org len.. org kata intan nampak matang bila pakai spek.. betull ke?? korang nilailah sendiri...  



(4 spek yg berbeza...huhu)

Mar 19, 2010

fikir-fikirkan..

menuju kedewasaan ini terdapat pelbagai perkara yang intan telah lalui.. intan percaya semua orang pasti melalui perkara yang sama seperti intan.. dan semestinyalah orang yang lebih tua dari intan makan banyak garam lagi dari intan.. sebab tu la kena darah tinggi tu..huhu  Tapi orang kata zaman remaja la zaman yang paling mencabar.. kenapa?? kata orang zaman remaja nie la seseorang itu tercari-cari identitinya.. bagaimana dengan intan yer?? intan rasa mungkin sekarang ini intan telah punya satu identiti @ jati diri yang cukup kuat.. cukup kuat untuk bertahan dari anasir2 luar yang tidak elok mungkin.. namun intan masih lagi takut jika intan tergelincir dr landasan diri intan nie.. sebabnya kita semua tahu yang hati kita nie mudah dibolak-balikkan.. hmm.. x percaya??kalo macam tu kita berbalik semula kepada maksud hati.. Hati atau Qalb dalam bahasa Arab, berasal dari kata ‘qalaba-yaqlibu-qalb’ yang bererti: berputar, naik turun keatas dan kebawah, kedalam dan keluar, kedepan dan kebelakang.1  Jadi, melalui maksudnya sahaja sudah terang-terangan menunjukkan yang hati ini mudah berubah-ubah.. satu lagi hujah intan ialah berdasarkan hadis nabi Muhammad s.a.w iaitu Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
” Sesungguhnya hati itu lebih cepat berubah daripada makanan yang sedang mendidih dalam periuk”. Sebab itu Nabi mengajarkan kita doa mengukuh pendirian dan ketetapan hati melalui sabdaan Baginda yang diriwayatkan Malik r.a :
“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam agama-MU.” Seterusnya para sahabat bertanya: Adakah hati itu boleh dibolak-balikkan? Lalu baginda menjawab: Ya, Sesungguhnya hati-hati itu berada di antara jari-jari ALLAH dan DIA membolak-balikkannya sebagaimana yang dikehendaki-NYA.” - Hadis sahih riwayat Tirmizi no. 2140 dan Ibn Majah no.3834...2.


hmm.. ingat lagi tak kita pada ayat hafazan yang kita belajar masa tingkatan 2 dulu?? ala yang surah Ali Imran tu.. haa! tu adelah salah satu doa teguhkan hati.. ini dia..

dalam buku La Tahzan(jangan bersedih) oleh `Aidh Bin Abdullah Al-Qarni ada juga menceritakan mengenai identiti diri iaitu yang bertajuk jangan ikut-ikutan.. intan ambil sedikit dari apa yang intan baca ya..

Mar 7, 2010

Mar 6, 2010

nak menulis tapi....

ade sape2 x yang boleh sambung ayat di atas?? teeeeeeeeeetttttt!! masa menjawab tamat.. biar intan je yang sambung.. nak menulis tapi tak tau nak tulis apa.. kenapa jadi macam nie?? sebab xde hal yang menarik nak dikongsikan.. macam mana nak selesaikan?? fikirkan perkara apa yang belum diceritakan lagi kat korang.. kalo sume da citer?? jadila macam ari nie... nak menulis tapi ketandusan idea.. kalo SPM macam nie agaknya, konpem fail la.. sebab tu la kita kena pahamkan soalan terlebih dahulu.. tapi masalahnya.. soalan pon xde kan..huhu   Mau jawab apa daa.. hmm.. ok la.. disebabkan hari nie memang xde citer, jadi intan ingat intan nak kongsi gambar2 yang ada dalam folder intan tapi x pernah disiarkan disini ok..hehe

(intan bersama-sama buku hlovate)


Mar 2, 2010

Semangat Maulidur Rasul..

Seperti yang sume tahu, ari jumaat lepas merupakan ulangtahun kelahiran dan kewafatan Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w..kat bawah nie intan nak kongsi sedikit mengenai biodata Nabi Muhammad s.a.w..

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

Intan citer pasal nie sebab esok intan akan menyertai perarakan sempena sambutan maulidur rasul peringkat sekolah intan.. sambil2 berarak sambil2 berselawat.. mesti seronok kan..huhu  Kat bawah nie intan kongsikan bacaan selawat yang diambil dr album tahujud cinta oleh siti nurhaliza..tak sabar nak berarak...



Feb 27, 2010

Pengumuman...

dukacita dimaklumkan bahawa mulai hari ini dan seterusnya, aktiviti menulis blog ini terpaksa dihadkan dan mungkin tiada terus.. seperti biasa, sila tekankan perkataan mungkin.. seperti yang semua tahu(yang x tau buat2 tau yer!) intan akan menduduki SPM tahun nie, jadi intan perlulah melebihkan apa yang penting terlebih dahulu.. dan prioriti intan sekarang adalah SPM(setelah puas dileteri oleh ayah...) kesimpulannya, segala kerja yang tak berkaitan dengan SPM terpaksa(sila tekankan perkataan ini) dihadkan... termasuklah baca novel..uwaaa.. sedey woO.. intan nak baca 9 nyawa oleh Ramlee Awang Murshid..
masalahnya, bukan intan xde buku nie.. intan ada novel nie, baru je beli masa pesta buku tapi intan xde masa nak baca.. yela, ayah marah intan pegang novel depan dia.. adoyai! camna mau idup maa?? intan kena curik2 baca tau.. xpela, janji boleh baca kan..huhu  Malas nak tulis panjang, intan ada banyak kerja lagi mau buat.. sejak2 jadi budak tingkatan 5 nie, kerja sekolah tak putus2.. sampai intan da nak putus fius.. xperla.. demi kejayaan intan kan.. tak salah berkorban.. man jadda wa jada...

salam sayang,
~intan suraya mohd~

Feb 26, 2010

Feb 21, 2010

tarappappa..

intan tak tau nak cite pasal ape ari nie... memang xde cite nk cite.. kan nk cite pasal lagu korang jadi bosan lak.. tp lagu 1234 by plain white t's best la.. video klip pon best tau.. sweet sgt2.. haa! tetibe plak intan ingat nak cite pasal hari ini dan semalam.. eh2..! bukan pasal lagu hari ini dan semalam tu, tapi pasal hidup intan..huhu  semalam kan.. intan rasa teruk(bad) sangat.. perasaan memang berkecamukla.. lagi2 dgn kwn2.. intan rasa macam ade garis pemisah antara kwn2 intan dgn intan.. intan rasa intan mcm da tak tau macam mana nak bergaul dengan dorang..intan rasa macam intan nie sekadar berpura-pura dengan dorang.. intan tak tau kenapa rasa macam tu.. intan rasakan bahawa perbezaan minat antara kami telah menyebabkan kerenggangan berlaku.. intan jadi takut bila ingat kwn2 akan anggap intan yg bkn2.. pastu bila blk kt rumah.. intan cuba tenangkan diri.. intan mintak pertolongan Allah suh bg petunjuk..

 

Feb 17, 2010

letihnya maak oiii!!

hari ini dalam sejarah.. kaki intan ni rasa macam nak tercabut je.. masa merentas desa aritu tak rasa sampai macam nie skali.. intan rasa intan lebih suka merentas desa berbanding sukantara nie..sukatara nie melibatkan tiga permainan je.. lari 200m,lontar peluru n lompat jauh..


Feb 16, 2010

Melankolia – L Danielle..

korang pernah dgr x lagu nie?? kalo korang bese dgr x.fm mesti tau lagu nie.. tapi rasanya korang memang penah dgr sebab kalo x silap ade drama kt tv2 yang guna lagu nie sbg lagu tema.. intan sebenarnya nak citer pasal liriknya.. yang pada intan memang ade maksud tersirat yang agak mendalam.. bagi intanla.. bg orang lain intan x tau.. papepon, layann dulu lagu nie.. pandangan intan kita tengok lepas nie...



sorilah kalo ade sape2 yang x minat fasha sandha kt sni.. intan x jumpa video lain yang lebih elok dari nie.. ketahuilah bahawa intan pon x suka.. oppss!! x minat kat fasha nie.. ade apa dengan liriknya ye?? mula2 kita belajar dulu apakah ia melankolia?? sape boleh jawab angkat kaki?? eh.. angkat kaki tu simpulan bahasa yang bermaksud lari meninggalkan.. pembetulan.. sape boleh jawab angkat tangan yer??wah!! ramainya yang angkat tangan.. ok.. bila dah angkat tangan tu, buat ala2 mcm tgh lambai orang..  "fuiyyyoo!! ramainya peminatku.."haha  maaf! sekadar selingan di siang @ di malam hari.. melakolia tu dtg dr perkataan melancholy(english) atau melancholia(latin lama)  yang bermaksud kesedihan,kemurungan,muram dan lain2..

dari situ, kita ketahui bahawa lagu ini berkaitan dengan perasaan sedih.. dah tajuknya melankolia kan.. tapi disebabkan apa?? pada mulanya, ketika intan hanya mendengar tanpa m'hayati lirik, intan fikirkan bahawa lelaki ini telah ditinggalkan kekasihnya.. tapi pandangan itu berubah setelah lama intan mendengar lagu nie.. pada intan, kekasih lelaki ini memang benarla telah meninggalkannya tapi bukan untuk orang lain, wanita itu meninggalkannya untuk mengadap Ilahi.. dalam erti kata yang mudah difahami, wanita berkenaan telah mati..

kenapa?? Sayup,Melihatmu,Dingin tubuh,Disisiku,Wajah,Senyumanmu,Tiada lagi,Detik ini.. perkataan yang intan 'bold'kan menunjukkan yang jasad wanita berkenaan masih ada disisinya, hanya nyawa je yang da xde..hehe   lagi satu, frasa Andai,Dikau pergi, juga menguatkan lagi tafsiran intan mengenai kematiannya.. tapi lelaki nie baguss tau sebab dia tetap mendoakan kekasihnya ini agar mendpt kehidupan yang lebih baik di alam sana walaupun dia tgh b'sedih...Airmata,Mengiringi,Mungkin,Kau disana,Bahagia,Lebih sempurna.. tapi lagu nie memang syok bagi intan.. lagi2 liriknya memang mudah nak hafal.. betul x??hehe

sekadar disini sajalah.. hidup intan kat sekolah ok je.. walaupun tadi memang agak kelam kabut nak siapkan kerja fizik.. esok ada sukantara.. intan akan buat yang terbaik.. InsyaAllah.. doakan intan yer.. keputusan peperiksaan baru2 nie pon da hampir semuanya intan tau.. nanti kalo ada masa intan akan berbicara dengan lebih lanjut mengenainya..apa lagi eh?? hmm.. intan juga akan mengurangkan lagi masa berblogging nie..(sejak dulu lagi dgr azam nie tapi...).. intan akan buat yang terbaik untuk peperiksaan pertengahan tahun nanti.. ini mindset intan.. intan da tetap awal2.. jadi intan pasti akan berjaya masa peperiksaan nanti.. takkan ade lagi cikgu yang kompelin pasal jawapan intan.. InsyaAllah... intan pasti boleh!! Man Jadda Wa Jadda!!

Feb 14, 2010

peristiwa di kejar..............

ok.. jom mulakan cerita.. cerita nie berlaku pada hari ini iaitu pd ari raya cina.. intan n aida telah dikejar sesuatu.. apa dia sesuatu tu yer?? kalo intan bagitau konpem korang suma gelak sakan macam tgh tgk raja lawak tapi nie memang cerita benar dan memang bersejarah la buat intan.. bukan hantu..bukan juga anjing sewel.. bukan juga red bull..eh, red bull tu air.. senang citer apa saja yang korang tengah pikir tu, bukanlah 'benda' yang mengejar intan ngan aida.. benda yang mengejar kitorang sebenarnya ada seekor k*c*ng... korang blh teka x?? tak boleh teka?? kucinglah!!

Feb 13, 2010

cerita, ceriti, ceritu....

malam nie intan nak cerita pasal keputusan tov yang blh dikatakan kurang memberansangkan.. sebenarnya, intan tak dapat semua pun lagi keputusan untuk semua subjek tapi blh dikatakan agak menurun la jika dibandingkan dengan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4..ehem.. kecuali sejarah yer!! cikgu pon ramai yang 'kompelin' kenapa intan jawab periksa macam bukan intan yang jawab.. mengarut je.. adehh!! sbnrnya, intan pon tak tau nak jawab macam mana soklan tu.. lagipon intan kan kena selsema & batuk masa periksa, nak bagi perhatian pon agak sukarla ketika menjawab.. tak gitu?? ini dikira satu alasan yang agak konkrit la kan..hehe Lagipon dah memang 'mindset' intan macam tak nak periksa, begini la jadinya.. ok la.. meh kita citer sket pasal 'mindset'.. mula2, apa itu 'mindset'?? 'mindset' nie boleh diertikan sebagai apa yang kita telah 'set'kan atau tetapkan dalam minda kita.. contohnya: 'malam nie intan tak nak tidur!' jadi fikiran kita telah setkan yang malam nie intan tak nak tidur.. jadi walau mata kita memang mengantuk tapi mata masih tak nak tutup..hal yang sama berlaku pada intan masa peperiksaan baru2 ini.. memang dalam kepala da set 'alah, nie TOV je kalo tak tinggi pon xpe...'.. jadi keputusannya, "intan!! kenapa addmath kertas 2 jawapan awak mengarut sangat??""sue, bakpe awak jawab gitu fizik??" "sue, ustazah rasa awak x baca buku untuk periksa nie..".. dan byk lagi la kompelin2 yang timbul..hehe Mintak maaf la cikgu2 sume.. nanti bila tibanya peperiksaan sekali lagi intan wat yang terbaik yer!!

oh ya! mesti ada yang tanya, "kalo dh mindset macamtu, kenapa sejarah boleh skor lg??" intan boleh skor sejarah sebab mindset intan, walau apapun berlaku, sejarah kena tinggi.. sebab intan kan anak cikgu sejarah.. malulah kalo sejarah tak boleh skor.. betul x??

hmm.. malam nie, nana jiran intan wat BBQ tau.. besh sgt2.. ade ayam,udang, n sotong.. tapi sayangnya, my lumix ade ngan abang juan.. jadi xde la gmbr nk dikongsi.. pastu, umi kan suka baca novel, jadi dia bagi intan pinjam novel yang terbaru yang dia beli.. kali nie novel die bertajuk 'makna cinta'.. nampak mcm besh.. intan da mula baca sampai bab 4.. nantilah sambung.. update blog dulu..hehe ini dia kulit depan novel tu..



intan pon ade beli tabloid iluvislam.. rm 2 je.. kebetulan terjumpa.. yang edisi pengenalan aritu intan tak sempat beli.. tak jumpa jadi tak beli la..hehe Tapi tak sempat baca lagi la.. baru baca sket2.. lepas nie ade masa baru baca dengan khusyuknya..hehe