Feeds RSS
Feeds RSS

Mar 20, 2010

sibuklah...~!

intan begitu sibuk sejak akhir2 ini.. biasela, budak form 5 la katakan.. intan sebenarnya ingat nk citer pasal kem easyaddmath yg intan pergi minggu lepas tp da kesuntukan masa sangat2 da nie.. InsyaAllah minggu depan blh kot intan curi sedikit masa intan... tp sekarang, intan nak share perbezaan muka intan ble pakai cermin mata..hehe  Semua gambar nie diambil masa kem baru nie.. sempat lagi pinjam spek org len.. org kata intan nampak matang bila pakai spek.. betull ke?? korang nilailah sendiri...  



(4 spek yg berbeza...huhu)

Mar 19, 2010

fikir-fikirkan..

menuju kedewasaan ini terdapat pelbagai perkara yang intan telah lalui.. intan percaya semua orang pasti melalui perkara yang sama seperti intan.. dan semestinyalah orang yang lebih tua dari intan makan banyak garam lagi dari intan.. sebab tu la kena darah tinggi tu..huhu  Tapi orang kata zaman remaja la zaman yang paling mencabar.. kenapa?? kata orang zaman remaja nie la seseorang itu tercari-cari identitinya.. bagaimana dengan intan yer?? intan rasa mungkin sekarang ini intan telah punya satu identiti @ jati diri yang cukup kuat.. cukup kuat untuk bertahan dari anasir2 luar yang tidak elok mungkin.. namun intan masih lagi takut jika intan tergelincir dr landasan diri intan nie.. sebabnya kita semua tahu yang hati kita nie mudah dibolak-balikkan.. hmm.. x percaya??kalo macam tu kita berbalik semula kepada maksud hati.. Hati atau Qalb dalam bahasa Arab, berasal dari kata ‘qalaba-yaqlibu-qalb’ yang bererti: berputar, naik turun keatas dan kebawah, kedalam dan keluar, kedepan dan kebelakang.1  Jadi, melalui maksudnya sahaja sudah terang-terangan menunjukkan yang hati ini mudah berubah-ubah.. satu lagi hujah intan ialah berdasarkan hadis nabi Muhammad s.a.w iaitu Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
” Sesungguhnya hati itu lebih cepat berubah daripada makanan yang sedang mendidih dalam periuk”. Sebab itu Nabi mengajarkan kita doa mengukuh pendirian dan ketetapan hati melalui sabdaan Baginda yang diriwayatkan Malik r.a :
“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam agama-MU.” Seterusnya para sahabat bertanya: Adakah hati itu boleh dibolak-balikkan? Lalu baginda menjawab: Ya, Sesungguhnya hati-hati itu berada di antara jari-jari ALLAH dan DIA membolak-balikkannya sebagaimana yang dikehendaki-NYA.” - Hadis sahih riwayat Tirmizi no. 2140 dan Ibn Majah no.3834...2.


hmm.. ingat lagi tak kita pada ayat hafazan yang kita belajar masa tingkatan 2 dulu?? ala yang surah Ali Imran tu.. haa! tu adelah salah satu doa teguhkan hati.. ini dia..

dalam buku La Tahzan(jangan bersedih) oleh `Aidh Bin Abdullah Al-Qarni ada juga menceritakan mengenai identiti diri iaitu yang bertajuk jangan ikut-ikutan.. intan ambil sedikit dari apa yang intan baca ya..

Mar 7, 2010

Mar 6, 2010

nak menulis tapi....

ade sape2 x yang boleh sambung ayat di atas?? teeeeeeeeeetttttt!! masa menjawab tamat.. biar intan je yang sambung.. nak menulis tapi tak tau nak tulis apa.. kenapa jadi macam nie?? sebab xde hal yang menarik nak dikongsikan.. macam mana nak selesaikan?? fikirkan perkara apa yang belum diceritakan lagi kat korang.. kalo sume da citer?? jadila macam ari nie... nak menulis tapi ketandusan idea.. kalo SPM macam nie agaknya, konpem fail la.. sebab tu la kita kena pahamkan soalan terlebih dahulu.. tapi masalahnya.. soalan pon xde kan..huhu   Mau jawab apa daa.. hmm.. ok la.. disebabkan hari nie memang xde citer, jadi intan ingat intan nak kongsi gambar2 yang ada dalam folder intan tapi x pernah disiarkan disini ok..hehe

(intan bersama-sama buku hlovate)


Mar 5, 2010

apa nak buat...

(ditaip pd 4 mac)
assalamualaikum w.b.t buat sume teman2.. boleh gak intan post entri baru nie..hehe  Yela, semalam nk post tp ayah duk berleter segala bagai.. memeningkan kepala n bla3.. sekarang ayah xde jadi merdeka la sket..huhu intan nak citer sal sambutan maulidur rasul nie.. Oh ya, hari nie intan tak sekolah sebab hari nie ulangtahun pertabalan Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai sultan terengganu..

(ditaip pd 5 mac)
sambutan maulidur rasul nie seronok sangat2.. memang mengujakanla.. intan kan menyertai perarakan, agak jauh jugakla tapi berbaloi.. sepanjang jalan kitorg selawat je.. sekejap bawak lagu rancak pastu selawat yg syahdu tu pastu rancak blk.. bila da letih senyap sekejap.. pastu sambung balik.. sampai je kat skol dalam kul 9.30 lebey2, kitorg pn duk relax2 sambil makan roti yg cikgu bagi n minum air.. mengikut cikgu Nasir(pk hem), kul 11 da kena berkumpul kt dewan.. maknanya lamabt lagi la kan.. tgh2 mkn tu intan pon terperasan la muka nana semacam je..huhu

pastu, intan pon tanyala apsal.. dia cakap sakit perut+migrain+selsema.. intan pon ajakla dia pergi bilik rawatan.. dia pon ok jela.. tapi kecian kt nana tau sebab intan suh tunggu dulu sampai roti intan nie abis..huhu lama gak la.. sori eh na! kt bilik rawatan tu cikgu xde, intan pon buat macam bilik sendiri la.. enjoy gak la.. sempat gak intan tido(bwahaha amik kesempatan sket!) dalam masa tu sempat gak intan jawab soklan +math tau.. baguss x intan nie??(~lalala) dalam kul 11 intan pon buat keputusan untuk ajak nana telefon mak dia.. kan lagi syok kalo berehat kat umah..

Mar 2, 2010

Semangat Maulidur Rasul..

Seperti yang sume tahu, ari jumaat lepas merupakan ulangtahun kelahiran dan kewafatan Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w..kat bawah nie intan nak kongsi sedikit mengenai biodata Nabi Muhammad s.a.w..

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

Intan citer pasal nie sebab esok intan akan menyertai perarakan sempena sambutan maulidur rasul peringkat sekolah intan.. sambil2 berarak sambil2 berselawat.. mesti seronok kan..huhu  Kat bawah nie intan kongsikan bacaan selawat yang diambil dr album tahujud cinta oleh siti nurhaliza..tak sabar nak berarak...