Feeds RSS
Feeds RSS

Aug 27, 2015

salam dari Rutgers University...



assalamualaikum sume... hari nie dh hari ke 4 intan dibumi uncle sam nie.. setakat nie ok lg la, xdela jetlag sgt.. maybe mmg x jetlag langsung kot?hehe

rutgers nie besar giler.. travel ngan bas pun penat.. nanti bila dh start kelas mmg kena plan waktu betol2 la.. kan ade yg t'miss kelas dek kerana ťmiss bas..


bas rutgers...

ingat nanti nk share pengalaman flight selama 25 jam(t'masuk transit).. inshaAllah dalam masa yg terdekat..

sekian, salam sayang dr Intan..

gambar muka yg x chubby sgt..haha



Aug 2, 2015

pelarian sementara~

assalamualaikum~~

tak tahu macam mana nak mulakan penulisan hari nie.. ok.. beberapa minggu lepas, intan ada terjumpa blog yang menyenaraikan tempat penginapan yg menarik di malaysia.. antaranya termasuklah nie....


jadi, intan dengan gila2nya mengusulkan idea untuk pergi bercuti di tengah2 alam persekolahan yang tiada cuti ini kepada nana yang tengah bercuti..memandangkan intan memang takde kelas hari selasa dan khamis, kami merancang untuk memilih salah satu hari berkenaan dan pergiiiii bercuti..  dengan seronoknya kami merancang, tetibe mak intan tak bagiii... sebenarnya intan rasa kesian kat mak intan sebab intan selalu buat beliau risau.. memandangkan intan nie jenis yang lupa daratan, jenis yang ingat dunie nie semuanya indah2 belaka, anggap dunia nie takde bahaya, xde mende buruk boleh berlaku, main redah je kann.. apa nak buat kan, dah emak tak bagi, intan pun tukar la rancangan.. still pergi tempat sama tapi tak tidur dalam capsule tu, tidur dekat homestay je..


sooooo.. here we are!!!







p/s: dekat setahun entri nie terperam dlm draft, last skali post jela, malas dah nk edit...hahaha

Jul 25, 2015

Jenjalan raya 2015...




assalamualaikummm...
malam nie intan nak bercerita mengenai jenjalan raya 2015.. macam tahun2 yang lalu, tahun nie pun kami ada trip beraya ke rumah cikgu2.. yang istimewanya, tahun nie kami ada 2 trips.. seronok sangat sebenarnya sebab ramai yang dah lama tak jumpa tetiba join trip nie skali.. dah macam reunion pn ada.. bukan macam la, dah memang reunion kot.. rasanya hanya beberapa orang je daripada 27 orang pelajar kelas 5A 2010 yang xde dalam trip nie... dan ini adalah tahun ke 5 intan ikut trip jenjalan nie..

how time flies ~ di rumah tcer Rina..

TRIP day 1
cikgu Haminah--> Ustazah Roziah --> Ustazah Rosliza--> Tcer Fanida --> Tcer Mis --> Tcer Maryati

TRIP day 2
cikgu Wan Nik--> cikgu Aziz --> Tcer Rina --> Cikgu Zatilah --> Cikgu Siti --> Cikgu Suzana


 antara gambar2 kamiiii....

highlights....

day 1
masa nie, kami sedang otw ke rumah tcer fanida.. tetibe ketua konvoi merangkap ketua kelas sakit perut.. jadi, kami pun berenti la di stesen petron.. tunggu punya tunggu, tak gerak2 jugak.. kami yang dalam kereta nie dah tertanya2.. sembelit ke ape yang lama sangat nie.. akhirnya shafiq yang tunggu di belakang kereta intan buatlah pusingan U untuk tengok apa yang jadi.. rupa-rupanya tayar kereta masuk longkang... dahlah masa tu tengah hujan lebat.. memang dugaan betul la.. tapi intan memang tunggu dalam kereta je.. sebab xde payung nak gi sana.. bila dah hujan berenti barulah intan keluar dan tengok2 dah siap naik atas dah pun tayar tuu.. Alhamdulillah... maka perjalanan kami pun diteruskannn...

day 2
pada hari pertama, kami konvoi 5 kereta.. namun 3 kereta tiada pada hari kedua.. dan orang yang nak ikut pulak ramai.. nak tak nak memang kena ada satu kereta lagi... memang havoc la pagi tu.. sampaikan intan nekad nak tarik diri.. yelaaa.. intan dah 5 tahun kot beraya macam nie.. lagipun semalam dah pergi.. xpela kalau tak pegi hari nie.. dan beberapa orang yang biasa join pn turut sependapat dengan intan.. hinggalah munculnyaaa hero of the dayyy, Mr. Avanza... jadinya dapatlah kami semua beraya...XD


sekadar inilah ringkasan intan untuk malam nie...

dear intan,
seize the day..
enjoy the moment..
make it memorable
for the whole life...:)




Jul 19, 2015

Raya '15...


Bila buka facebook, semua orang duk tayang family picture.. coz it's raya!!! raya tahun nie abang juan je yang takda sebab dia sekeluarga balik beraya ke kedah.. dan sebenarnya sepatutnya abang pih pun balik beraya di pahang tapi last2 minute mereka sekeluarga tukar rancangan.. dan sampai sekarang intan tak tahu kenapa.. tak kisahlaaa, janji takdala sunyi sangat bila ada budak-budak tu dimalam raya.. jadinyaaaa.. inilah gambar famili intan...   


(abg pih, ayah, mak n kak ila,,,,)

 (aqiff, abg ka n arfan)

hahaha.. cakap gambar famili tapi kenapa intan takde?? biarlaaa.. sekali sekala taknak tayang muka kat blog nie...XP 


dear Intan,
stop being a hypocrite person!
you claim yourself as an understanding person,
but you keep on giving reasons to your heart...
be sincere in your feelings,
stop lying to your heart!!
n sometimes holding on does more damage;
MOVE ON!!!

Jul 15, 2015

it's my 22nd!!!!




it's been 22 years..
since my first cry..
being born in this family
such a blessing to me
the clock is still ticking..
not sure when it's gonna stop..
for now...
let's live life to the fullest
to execute this holy and sacred words of God
"Indeed, my prayer, my rites of sacrifice, my living and my dying are for Allah , Lord of the worlds."

hahaha.. okay la.. acah-acah jadi poet jap..(penangan novel RodieR...) seperti tajuk diatassss,,, umur intan dah menjejak ke angka 22 tahunn.. rasa macam tak percaya je dan sebenarnya masuk je tahun 2015 nie, intan masih terasa macam umur 21 tahun.. tak tahu la apa yang spesialnya 21 tu, tapi angka tu seolah-olah melekat je dengan diri intan.. forever 21 kot!!

tak nak citer panjang sangat.. petang tadi intan ada ifthorrr dengan klasmet terchenta...

(huda yg amik gmbr guna phone canggih mizi)

(#wefie!!!)

(the foodssss and our beloved tcer rina...muahciked!)


last but not least....
(xde kaitan ngan iftar sesaje nak tunjuk gambar intan n the kidsss!!)
p/s: my kids dah besar!!!

so yeahhh.. that's all!!

to my dearest intan,

happy birthday again!
it's just a day, a same day like others,
i know how u feel right now, yesterday and tomorrow..(been there, done that!hahaha)
just keep the happiness inside your heart!
as the sorrow and grief and hatred and frustrated 
won't make you happy!
it's hard but it's possible..
in u i trust INTAN!


May 26, 2015

chuuuutiiiiii~





malam nie dah nak masuk 3 minggu intan cuti.. setakat nie ada jugak lah menda2 yang dah setel contohnya, isi form bayar visa segala bagai..oh ya, lupa nak bagitau, intan dah dipilih dan memilih untuk melanjutkan pelajaran ke....

kiranya sekarang intan ada kurang lebih 2 bulan++ untuk buat segala persiapan.. doakan intan dipermudahkan segala urusannn...XD

memandangkan cuti yang berbaki nie masih agak panjang, jadinya malam nie intan nak buat perancangan chutiiiii... intan kan memang tak pernah gagal dalam menulis perancangan nie.. bab perlaksanaan tu je yang intan kena lebih titik beratkan lagi.. apa pun kata orang gagal merancang tu merancang kegagalan... berikut merupakan perancangan intan untuk masa cuti ini: (ahah! ayat karangan spm..)

1. visa & kem pembangunan pelajar mara
yang nie inshaAllah bakal dilaksanakan pada hujung minggu ini. berdebar-debar juga sebenarnya, semoga Allah permudahkan segalanya..

2. the super secret project with code Hilang..
wahhh.. gayanya macam super sangat kannn.. tapi biasa2 je.. saje nk bagi nama nampak gempak sikit.. memandangkan namanya secret, jadinya itu jela yang intan boleh tulis kat sini.. yang pasti, tiadala ia perkara yang bertentangan dengan undang2 dunya mahupun akhirahhh~

3. nak menulis kat blog nie mengenai:
    a. pelarian sementara: dah berabad tersimpan dalam draf..sigh~
    b. Ibrah dari si kecil
    c. taylors university; my 2 years journey
    d. bibliophile??

4. self learning kt coursera..
intan dah menyertai beberapa kelas kat sana.. sekarang cuma perlukan komitmen je untuk terus belajar dan belajar... chaiyookkkk intan!!

5. melukis?
hahaha,.. yang kelima nie macam bukan Intan sikit kan.. ceritanya macam nie, kami adik beradik bersembang, dalam kereta, dalam perjalanan ke rumah mak cik intan yang buat kenduri anaknya kahwin... disebabkan sepupu, kami pn belikan hadiah tapi tak sempat balut, jadinya like a boss je balut dalam kereta..(well, kalo dh sume engineer kan... haha macam xde kaitan) tengah2 membalut tu la kitorg bersembang.. lalu timbul la isu pasal ayah intan.. intan claim yang ayah pandai melukis, pastu abang ka tak percaya dan setelah diberikan bukti2 kukuh pn, abg ka tak percaya lagi sebabnya tak tahu la kenapa tapi dia sangat berpegang teguh dengan peribahasa lama kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi dengan mengatakan "kalau ayah pandai melukis, kenapa takde sorang pn dalam kalangan kita yang pandai melukis??"..jeng3.. lalu dengan ini, intan percaya bahawa intan lah yang mewarisi darah pandai melukis cumanya bakat tu masih terpendam.. dan inilah masanya untuk bakat tu bersinaarrr!!! tak tahu la cerah ke gelapnya sinar tu..:P

6. habiskan novel2 dan buku yang melambak tu..

cukuplah sekadar 6 perkara untuk malam nie... nanti2 kita bercerita lagi ya... semoga bertemu lagi di masa yang akan datang...


senyum sokmo,

May 14, 2015

kematian





sebelum nie intan tertanya-tanya, bagaimanakah keadaan intan sekiranya berlakunya kematian dalam kalangan keluarga terdekat intan.. ketika itu, boleh dikatakan intan tak pernah menghadapi sebarang kematian, sementelah nenek intan meninggal sebelum intan dilahirkan lagi dan Alhamdulillah intan diberi kesempatan untuk membesar dengan 2 datuk dan seorang nenek..

antara kematian pertama yang berlaku dalam hidup intan ialah perginya ayoh long intan, abang kepada mak intan... dan diikuti dengan pemergian isterinya yang mana ketika itu intan masih di kmb.. bilamana diingat balik perasaan ketika itu, intan tak rasa apa, kosong, ntah la tak tahu nak describe macam mana..

dan kini.. setelah beberapa tahun berlalu, intan dikhabarkan dengan berita pemergian datuk intan atau intan panggil beliau dgn gelaran tokki.. tokki merupakan ayah kepada mak intan.. boleh dikatakan intan agak rapat jugak la dengan tokki.. sebab dulu, memang dah jadi rutin keluarga kami untuk tidur bermalam di rumah tokki setiap 2 minggu.. intan suka bila dengar tokki bercakap.. sangat bernas, kenkadang tu sangat sarkastik (tp versi orang tua la..haha), tokki suka cakap psl politik dan sangat berilmu.. oh ya.. tokki intan seorang imam! selalu je kalo intan ada apa2 persoalan agama, intan akan rujuk pada tokki.. kenkadang tu, bila dah berkumpul ramai2 dah jadi macam sidang diskusi agama(versi santai) pula.. hmmm.. erti usrah yang sebenar..haha

tokki kembali menemui penciptanya pada malam jumaat lepas(19 Rejab).. masa tu, intan masih di taylors, menanti untuk kertas peperiksaan terakhir pada keesokan harinya.. abang ka yang menjadi penyampai berita.. dan yang sebenarnya mak tak nak pun bagitau intan..(mak memang! masa ayah warded pun kalo boleh nk disoroknya..) takut intan terganggu katanya.. tapi intan rasa intan kuat.. kuat untuk menerima realiti itu..sebenarnya dah beberapa kali intan berdoa sebelum tu semoga intan sempat bertemu tokki, tapi Allah lebih syg kan tokki dan intan redha, sebab intan tahu itulah yang terbaik! dan intan hanya berkesempatan untuk menghadiri kenduri tahlil tokki pd hari ke-3..

semoga tokki, ayoh long, mok long, tok, sanak saudara ahli keluarga dan semua muslimin dan muslimat dan kita semua ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..



p/s: gigih cari gambar dalam hardisk.. punyela ada 32GB gambar, sekeping gambar tokki (yang memandang kamera) pun tak jumpa.. yang jumpa cumalah gambar seperti diatas..


Mar 29, 2015

WHY???? KENAPAAAAA?????

"Intaannnn... soooo many careless mistakes!!"

after 5 years......

anda masih disini.. kenapaaaaa???????????????

hanya mampu tersenyum pahit...

MAAF. saya tak kuat!




Mar 21, 2015

Memberi Untuk Menerima...

Hello dear! Me again...

malam nie malam balas dendam! setelah berjaya menghabiskan duit dengan buffet Seoul Garden dari pukul 5 ptg sampai 9.30 malam, moh le kita membuat entri kedua untuk malam(pagi sebetulnya) ini.. tetiba rasa macam pelajar cemerlang tatkala berjaya menulis dua entri dalam satu malam..(heh.. baru mukadimah je nie.. belum tentu publish lagi..) dan kepala sedang mengarang-ngarang entri ke-3.. tetiba kepala bertanya, mengapa tidak digabungkan sahaja menjadi satu entri? aahhhh.. dan jawapannya? sudah tentulah setiap entri mempunyai tajuk berbeza dan cara penyampaian yang berbeza..(kononnyala..) dan intan kini mengubah prinsip menulis blog iaitu menulis untuk diri, untuk my 'future intan'.. eh? macam yakin sangat je esok masih ada.. bukan begitu wahai diri, cumanya masihkan anda ingat hadis ini;

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut.." [Hadis Riwayat Imam Ahmad]

usaha kena ada! walaupun esok anda mungkin mati, namun untaian kata yang anda tulis akan sentiasa berada disini bak kata V, Ideas are bulletproof... jadi dengan dasar pandang ke hadapan ini, intan menulis untuk pedoman diri di masa hadapan, kerana mungkin sahaja Intan yang disana menjadi seorang yang alpa dan lalai dek kerana tipu daya dunia kerana Intan juga seorang manusia..yang lemahh..

jadi berbalik kepada topik, sebelum nie dalam tahun 2012 intan pernah menulis [memberi tanpa menerima], dan kini intan nak ubah perkataan 'tanpa' kepada 'untuk' menerima, tapiiiii bukan menerima dari manusia(kenapa bukan manusia? boleh baca dalam entri 2012 tu), sekarang nie intan nak bercerita menerima dari yang Maha Kaya...

seronoknya mengira sifir cinta dengan Yang Maha Pengasih Penyayang nie, semakin banyak kita memberi semakin banyak kita dapat.. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 Allah berfirman;
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . 
lihatlah dalam ayat nie, Allah lipatgandakan kepada 700 kali ganda kot.. banyak x banyak tu.. dan Alhamdulillah, dengan izinNya Intan dapat merasai sendiri pengalaman menerima 700 kali ganda tu.. dan inilah kisahnya..

Diceritakan pd zaman moden ini, seseorang telah mendapati tabletnya rosak lalu dibawanya ke kedai.. beberapa hari kemudian yakni hari jumaat dia telah menerima mesej yg menyatakan tabletnya sudah sedia utk diambil.. nk dijadikan cerita, ketika dalam perjalanan ke sana, dia ternampak pakcik tua yg sedang meminta sedekah.. lalu hatinya terdetik, mungkin nie peluang utk aku bersedekah.. mungkin aku jarang bersedekah lately sbb tu la duit mengalir mcm air.. lalu diambil RM1 dr dlm dompet dan dihulurkan pd pakcik tersebut.. perjalanannya diteruskan.. setibanya di mall utk mengambil tab, dia membuat keputusan utk mengeluarkan duit terlebih dahulu kerana bimbang perlu membayar lebih utk kos pembaikian tabletnya, sambil itu dia terfikir mengenai RM1 yg dihulurkan sebentar td. kalau setiap kali sedekah RM1 je, darab 7 baru RM7.. kalau mcm nie sampai bila nk kaya.. patutnya kena sedekah lg byk... setelah urusan mengeluarkan wang selesai, dia bergegas ke kedai komputer tersebut.. alangkah terkejutnya dia kerana tabletnya tidak dapat dibaiki namun digantikan dengan yg baru yg bernilai RM700.. lalu kepala membuat konklusi, silap darab rupanya, bukan darab 7 tp 700.. alangkah indahnya bersedekah.. dan sesungguhnya Allah Maha Pemurah dan Dia memberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka...
mungkin ada yang akan kata, "alaaaa... tab tu under warranty lg sebab tu la boleh one-to-one exchange.." tp intan tetap percaya semua nie xkan belaku jika tidak kerana kekuasaan Allah, apatah lagi tab tu intan beli dari lazada, dan bukan dari kedai tempat yg intan hantar tab tu..(pada awalnya, pakcik tu x nak ambil kot tab tu.. Alhamdulillah Allah bukakan hati pakcik tu utk tolong intan..XD)

dannnnn... harus diingat juga yang kadang2 tu 700 kali ganda bukan datang dalam bentuk material semata-mata.. mungkin Allah gantikan dengan kesihatan yang baik, mana tau jika kita tak bersedekah, kita mungkin dilanda penyakit yang menyebabkan perlunya kita keluarkan wang untuk mengubatinya.. atau mungkin, motosikal atau kereta kita rosak n ofkos la kena ada duit utk baikinya, dan banyak lagilah perkara yang kita mungkin tak nampak, tak sedar yang sebenarnya Allah telah mempermudahkan bg kita kerana duit yang telah kita infakkan..

jadiiiii, to my future lovely Intan; jangan pernah rasa takut utk memberi, kerana Allah sentiasa memerhatikan, dan Allah takkan mensia-siakan perbuatan baik makhlukNya..;)
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)![99:7] 
teruskan memberiii!!!

DREAMs: Always account for variable change!

Assalamualaikum...


malam nie intan nak bercerita mengenai perancangan.. sementelah ada mutiara kata berbunyi gagal merancang, merancang kegagalan..(Baru sedar rupanya baris ayat tu merupakan quote oleh Benjamin Franklin yg dialih ke BM..) Jadinya, gambar diatas merupakan rancangan ringkas yang intan buat masa Ib dulu...(masa buat tu kononnya mengisi masa lapang yang tak lapang pun sebenarnya)

Jadi bilamana intan tengok balik chart tu, intan tergelak sendiri.. "aisehhh.. macam x follow je nie.." setakat nie matlamat masih sama lagi iaitu kejuruteraan elektrikal(walaupun BEng dah tukar kpd BS) tapi 'alat' dah bertukar dari 4 tahun di seberang laut kepada 2 tahun dan daripada Aussie kepada negara Uncle Sam..(masih menunggu keputusan dr Uni... Doakan Intan plsss~) Betullah kan kata orang, apa yang penting matlamat, mana2 alat yang digunakan tu tak kisahla, janji kita dapat mencapai matlamat yang kita nak, dan hal ini selarilah dengan tajuk intan kat atas tu;

'Always account for variable change!'

patah kata diatas intan dapat dari movie 21.. Movie 21 nie kisah pasal seorang genius di MIT..(boleh rujuk IMDB or pakcik gugel untuk matlumat selanjutnya..) Intan memang suka kalo tengok movie2 pasal orang genius nie sbb ia mengingatkan intan pada diri intan..(haha.. perasan genius sunggoh!) dan hidup kita didunia ini dipenuhi dengan pelbagai pembolehubah yang sentiasa berubah-ubah dan menjadi tugas kita untuk sentiasa menjadi seorang yang flexible(apa perkataan yang sesuai untuk ganti perkataan flexible dalam BM? Fleksibel? Keanjalan?) dan adaptable(kebolehan menyesuaikan diri?)..

kerana apa? kenkadang tu ketidakupayaan untuk menjadi seorang yang fleksibel dan adaptable ini menyebabkan kita menjadi seseorang yang tidak dapat menerima kenyataan.. menerima kenyataan bilamana sesuatu itu tidak terjadi mengikut yang kita inginkan.. dan tanpa kita sedar, kita menjadi makhluk yang meragui keupayaan Tuhannya sedangkan tiada yang lebih upaya dari pencipta Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa yakni Allah S.W.T... Apakah patut kita merasa ragu sedangkan yang diatas itu Maha Mengetahui dan sesungguhnya tidak mungkin Allah menganiayai makhlukNya melainkan apa yang berlaku hanyalah merupakan ujian untuk meninggikan darjat kita disisiNya..

kesimpulannya, dalam hidup ini, kita hendaklah menetapkan matlamat kita, dan alat untuk mencapainya? bergantung kepada pembolehubah2 di sekeliling kita... Ingat! Jadilah seorang yang Flexible dan Adaptable.. dan mohonlah kepada Yang Maha Berkuasa supaya dipermudahkan segala urusan kita, dunya wa akhirahhh~

Feb 20, 2015

fake it!!

Note to self:

Intan... i know it's hard but it's not impossible! remember that the word itself says "im possible"... kuatkan semangat! jadikan segala halangan sebagai cabaran dan hidup tanpa cabaran sangatlah membosankan..

intan.. terkadangkan tu kita terfikir betul ke keputusan yang kita ambil tu, kenapa meragui sedangkan kita punya yg diatas yg mampu menghilangkan segala keluh kesah.. berdoalah kepadaNya, mohonlah padaNya agar diberikan petunjuk dan jalan yg lurus dihadapan..

intan... seringkali kita rasa kita sepatutnya pilih B instead of A tp pernahkah kita terfikir sebenarnya Allah yg memberikan A itu kerana A tu lebih baik buat kita.. jika kita rasa tak kuat, mintalah kekuatan pada Yang Maha Kuat, inshaAllah jalan ini boleh kita lalui sebaik yg mungkin...

intan... tiada orang yang dalam dunia ini yg x punya masalah, yang membezakan kita dgn mereka adalah cara kita mengendalikan sesuatu masalah itu.. gunakan akal yg diberikanNya sebaik-baiknya... adakala emosi mendahui akal, bertenanglah, ber'istighfar'lah, tarik nafas sedalamnya, berfikirlah dengan waras, jangan kelak kau yg menyesal!

intan... bilamana dirimu rasa tak kuat, kuatkanlah jua semangatmu, kenanglah kembali kenapa kau berbuat sesuatu itu, kembalilah ke pangkal jalan, betulkan kembali kompasmu yang mungkin terpesong dek kerana kealpaanmu..

intan!!! fake it till u make it! fake it till u become it!!!

Feb 9, 2015

JODOH

Assalamualaikum...

Hari nie intan nk cerita mengenai program yang intan hadiri sabtu lepas iaitu Jodoh dan persiapan sebelum kahwin.. awalnya intan agak keberatan sebenarnya nak pergi sebab rasa macam "perlukah aku pergi? why should i go? tak awal sangat ke? etc.." tapi bila fikir2 balik, why not kan, tak salah pun nak pergi, kira macam nk menuntut ilmu jugak la nie.. jadinyaaaa... banyak benda yang intan belajar dan intan rasa intan patut kongsikan dekat sini...

kepentingan memilih jodoh...
antara sebab pentingnya utk kita memilih jodoh krn ianya berkait rapat dengan baitul muslim, dan kita sedia maklum yg BM tu merupakan elemen penting dalam pembentukan Islam.. keluarga merupakan indikator kpd keadaan sesebuah masyarakat.. sebab tu la kalau kita nak memperbetulkan keadaan masyarakat skrg, perlulah bermula dr rumah, dan utk mendapatkan 'rumah' yang baik, kita kenalah memilih jodoh yg baik..haaaa.. nampak tak perkaitannya kat situ...XD
yang menariknya, nak dapat jodoh yang baik, kita kenalah jadi baik krn ALLAH dah janji

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [24:26]


"taapiiiii.... aku tgk ada je yg baik tp kahwin dgn yg x baik..."

mesti ada yang terfikir soalan yg kat atas tu..(sbb kawan intan pn pernah tanya soalan yg sama) Yang nie la ustaz bagitau yang baik tu ada 3: sebelum kahwin(maknanya mmg sedia baik), baik ketika pertengahan kahwin (bila dh kahwin, pasangan berjaya bimbing utk jd baik) dan baik diakhir hayat(nie yg mcm drama melayu nie, bila nk mati baru insaf..:P)

tapi kalau tak baik jugak, ingatlah yg Asiah yang baik tu pn kahwin dengan firaun.. betapa besarnya ujian, InshaAllah rewardnya pn besar diakhirat kelak...

dan banyak lg yg ustaz ceritakan.. dan nie antara tips utk dapat jodoh: doa, usaha, tawakal, sabar(jika x dpt), syukur(jika dapat) dan bersangka baiklah Allah(coz He knows better)

jadiiiii...  macam mana nk cari jodoh??
1. kita kena jd org yg baik...(keterangan spt diatas)
2. ikut pilihan org yg baik..(ulama,ustaz,sahabat etc)
3. ikut cara yg baik..(menepati syariat n ahklak islamiyyah.. x kisahlah perigi cari timba or vice versa)
4.tawakal, sangka baik dan doa..

pesanan ustaz yg intan agak terkesan: perkahwinan hanyalah alat bukannya matlamat...

dan tujuan kita berkahwin sebab kita nk ke syurga!!!!

dan dalam proses utk kita dapatkan jodoh yg kita inginkan, hendaklah kita ubah sikap kita!!!

........................................................................................................selingan

antara salah satu perkara yg intan rasa mcm terkilan sket utk program nie ialah makanan tak disediakan..(mmg dorg dh bgtau awal2 lg dh psl nie) Sebab kafe tu ramai sangat org berkerumun dan rehatnya pn sejam je.. jadi intan buat keputusan utk beli air je.. dekat tempat beli air tu, intan ambil la 2 botol air(utk intan dan kak qudwah) pastu not rm10 dihulurkan pd peniaga, tp disebabkan ramai sgt org yang membeli, dia pn xde duit kecik nk pulangkan.. tiba2 ada seorang abg/pakcik nie ckp "xpe2 biar sy byrkan.. intan pn x jd la nk ambil 2 sbb org yg nk byr kan tp pakcik tu ckp "xpe.. ambil je".. mmg berterima kasih sgt2 intan kt dia... lepas tu intan terus gi solat.. after solat, teringat pasal perbentangan ustaz sblm rehat mengenai keperluan, kehendak dan pelengkap, tp instead of jodoh intan olah dlm bentuk makanan... makanan nie mmg keperluan tp utk mkn 3 kali sehari tu merupakan kehendak je dan utk mkn nasi ayam ketika lunch tu pulak hanyalah pelengkap...(mungkin nie cara kepala intan nk pujuk intan yg x mkn lunch nie...haha) lepastu intan pn masuk dalam dewan dan bersembang dengan org sebelah..(yeay.. dapat kawan baru...XD) dan bila dia tau intan x makan lagi, dia pn bg dia punya sandwich.. mmg gembira tak terkata la.. (betapa ALLAH Maha Pemurah.. didatangkanNya rezeki dr arah yg x disangka-sangka...) jadi lunch intan = air dan sandwich free..

........................................................................................................

sekianlah sahaja post intan utk mlm nie... (utk post taylors maybe lambat sikit sbb tgh cri bahan lg...haha)

Jan 24, 2015

Taylor's University....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hari nie InshaAllah intan nk bercerita mengenai Taylor's University...(kiranya bayar hutang la nie sbb hari tu ada orang minta intan ceritakan psl nie...) so.. intan nk bahagikan kepada 3 parts:
1. Taylor's University
2. ADP
3. Kehidupan Intan di Taylor's..

…………...…...............…....….........………………………………………

1. Taylor's university Lakeside campus
- terletak di PJS7 walaupun beralamatkan Subang Jaya
- menawarkan program dr pre university ke PHD..
- bkn cawangan uni luar negara.. Taylor's uni mmg uni Malaysia..
- terkenal dgn program hospitality, culinary n bisnes..
- xde program fashion,design etc walaupun taylor bunyi mcm tailor..
- ada lake! n library yg agak besar..( tp sebijik novel pn xde..)
- yuran n resources fee yg sgt mahal! ( n dlm campus ada Starbucks, subway, secret recipe, old town white coffee, chatime etc..)
- dan lain-lain..
…………...…...............…....….........………………………………………
2. American Degree Transfer Program(ADP)
- program yg membantu anda merealisasikan cita-cita anda ke luar negara dgn lbh mudah... anda blh ke usa, canada, aussie n even UK!
- pembelajaran macam uni bkn mcm pre-uni.. rasanya intan blh ckp adp jauh lg senang dr IB n a-level.. sbbnya? Ianya menggunakan sistem modular dimana klu subjek math contohnya dipecahkan kpd calculus I,II,III,Linear Algebra, Differential Equation etc.. jadi, satu sem kita perlu fokus pd sikit je, n next sem kita dh blh tinggalkan yg tu n fokus pd yg lain pulak... kalau IB, kita belajar semua benda n final baru luahkan apa yg dh belajar tu..(agak susah la utk Intan nk ingt semua mnda dr A to Z tu)
- ada pelbagai range umur, bangsa, negara kt sini.. tp semua dilayan sama rata.. kat sini la intan belajar erti sbnr 1 Malaysia..
- ADP best sbb satu kelas ada dlm 20-30 org je..( sem lps kelas intan ada 8 org je..) jadi kita boleh lagi fokus dlm kls tu..
- n yang paling intan suka, kita blh customize jadual kita.. nak kelas pagi ke petang ke, lecturer  A ke B ke, nak amik subjek A ke B ke... jadi jadual intan blh suits my needs(ecece..my needs la sgt)
…………...…...............…....….........………………………………………

Alamakkk!! Bateri tab dah low.. inshaAllah nantilah intan ceritakan part 3..hehe Barulah suspen sikit kan...:p



Jan 12, 2015

post buang masa.. jangan baca jika buzyyy!!

assalamualaikum duniaaaaa...(hehe.. cam lagu faizal tahir la pulak..)

dah lebih sebulan bercuti, baru hari nie terasa nk update..
tapi tak tahu pun nak cakap pasal apa..
apa?? pasal isu semasa?
yg mana? hanis zalikha? ifa raziah? ke emma?
ohhh.. kpop??
tak nak ahh... dah ramai orang ulas pasal tu semua..
pendapat intan??dah lama dah kot artis2 Malaysia yg ISLAM berpelukan sesama sendiridalam drama2, xde pulak yg nak bising.. daripada kita duk kutuk org sana sini,baik kita sebarkan kefahaman ISLAM nie supaya orang ramai lbh paham..(ouchhh..nk tulis senang tp nk buat tu, Allah je yg tahu..) Jom kita doakan supaya semua drama2 selepas nie ikut polisi drama TV Al-Hijrah tak kira la siar kt tv mana2 pn..

anywayyy~

cuti intan berbaki kurang dari 2 minggu lagi.. sememangnya cuti kli nie sgt tidak produktif! InshaAllah sem baru nanti akan jadi sem terakhir intan di Taylor's Uni sebelum intan meneruskan perjuangan di Uni yg identitinya belum lagi dapat dikenal pasti..(masih dalam proses isi borang..XD)

hmmm.. mungkin blh buat refleksi untuk cuti nie...
* bukan senang nk pilih sesebuah universti.. byk menda yg perlu dititikberatkan..
*ayah pesan lepas grad terus kahwin tak yah nak sibuk kerja dua tiga tahun dlu bru ingt nk kahwin..
(gaya mcm intan nie dh ada calon je...sigh~ Bukannya lelaki blh suka2 nk pinang sape2 bila2 masa je..)
*merancang tanpa ada usaha untuk membuat apa yg dirancang itu suatu pekerjaan yg sia2...
*rasa mcm writing in english makin teruukkk..(camne nk repeat ielts nie??)
*tak tau dah nk tulis apa~
*sekarang dah pukul 2 tapi mata masih tak nak tido..

setakat nie jela dulu post yg sangat tak berfaedah dr intan..(sesaje nk lps gian berblogging..)
selamat maju jaya dalam hidup..
semoga hidup kita sentiasa berada dalam naungan rahmat Allah di dunya wa akhirahhh..