Feeds RSS
Feeds RSS

Jan 30, 2009

Yeay!!Bleh Trus Kekal kt skol lame!!

:kiss::kiss: (sukenye....!!)

Cara Menutup Aurat..

@fizi01@fizi01 (renung2kan & slmt beramal...)

Jan 28, 2009

Wasiat Luqman Hakim sebelum meninggal..

LUQMAN al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan: "Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian: 1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki. 2. Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya. 3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana. 4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya. 5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah. 6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu.
:girl_6::girl_6: (konfius jap mse first tyme bce...)

6 akibat buruk makan berlebihan

MANUSIA perlu makan secukupnya bagi membina kecergasan tubuh badan tetapi tidak digalakkan berlebihan. Ulama dahulu ada mengatakan, makan secara berlebihan akan menimbulkan enam akibat buruk, iaitu:

 1) Menghilangkan rasa takut hati kepada Allah.
 2) Melenyapkan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah daripada hatinya kerana individu terbabit selalu beranggapan semua makhluk dalam keadaan kenyang.
 3) Berat untuk melakukan ketaatan. Tidaklah sebuah bekas dipenuhi barang melainkan akan menjadi berat dan sukar untuk bergerak. 
 4) Telinganya tidak mahu mendengar nasihat dan hatinya tertutup untuk menerima nasihat. 
 5) Jika ia menasihati tidak akan berbekas pada hati orang yang dinasihati. 
 6) Menimbulkan banyak penyakit. Kata Lukman al-Hakim: “Jika perut dipenuhi dengan makanan, fikiran akan tertidur, jauh daripada hikmah dan anggota badan akan malas diajak beribadat.”

:girl_12::girl_12: 
(so,jgnla amal mkn byk2..mknlah sekadar kepeluan..huhu)

Jan 26, 2009

GambAr konvO aBg Karl..

@star:flower::flower:@star (byk bunga tul aritu....huhu)

Jan 24, 2009

Pahlawan CInta - Ebi

lagu ciptaan n nyanyian ebi kornelis..first tyme intan dgr lagu nie kt radio suria...vc xde lg la so intan amik je vid yg mne lgu nie p'tama kali d'pedgrkan kpd org ramai.. tyme konsert ambang merdeka @ KK..so pe lg..~layaann~
Pahlawan CInta - Ebi
:wink::wink: (besh laguu...huhu)

Jan 23, 2009

Robot haiwan peliharaan jadi teman.....

korg sume b'minat x?? zaman skrg ni kalo nk bela haiwan mmg susah.. mcm2 kena buat..so pe kata korg try lak bela robot haiwan peliharaan.. n sesape yg xleh bela haiwan coz alahan ngn bulu x perlu risau lg...korg pilihla yg mane b'kenan ok!! I-CAT

Merupakan kucing yang cukup menarik, I-CAT dikategorikan sebagai teman muzik interaktif hiburan yang menawarkan kesan bunyi terbaik.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu mengaktifkan sistem muzik secara terus dan muzik akan dimainkan menerusi pembesar suara binaan dalam.

Membawa watak kucing, I-CAT mampu mengeluarkan bunyi meow dan juga cakaran seiring dengan muzik yang keluarkan.

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan fon kepala untuk mendengar muzik dan seterusnya berdansa mengikut rentak bersama I-CAT.

ROBOPET Teknologi Robopet ini didatangkan dengan kombinasi pergerakan kawalan pengguna dan merupakan robot berautonomi yang dilengkapi dengan kepelbagaian kelakuan seperti baik dan juga nakal.

Dengan ketinggian tujuh inci, robot ini sangat sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan interaktif yang menarik.

Dari segi teknikal, Robopet mengandungi bendalir realistik untuk membantu pergerakan biomekanikal seperti berjalan, berlari, duduk, baring, bangun dan juga meluncur.

Dengan interaktiviti sensor infra merah, ia membolehkan robot berkenaan berkomunikasi dengan persekitarannya dan mengelak daripada halangan.

Robopet turut dilengkapi sensor sonik untuk respons kepada bunyi dan sensor motion untuk respons kepada manusia. Kelebihan lainnya adalah ia mampu untuk menyalak, merengek dan mengeluarkan pelbagai bunyi.

i-Dog

i-Dog merupakan robot anjing yang dibangunkan oleh syarikat Sega Toys bersama Hasbro dengan menyasarkan golongan pengguna dari Amerika Utara selain dikenali sebagai eDog di Jerman, Itali dan Netherlands.

Kelebihan i-Dog adalah ia boleh bertindak balas terhadap permainan muzik luar seperti MP3.

Ia dilengkapi dengan tujuh lampu LED pada bahagian muka serta berkebolehan menari mengikut rentak muzik.

Terdapat juga butang nombor pada bahagian hidung, kepala dan ekornya untuk membenarkan pengguna memasukkan input.

Ia turut mempunyai pelbagai bentuk emosi yang boleh berubah berdasarkan interaksi yang dipaparkan pada warna lampu LED yang berbeza.

Selain itu, ia mempunyai kelebihan untuk diselaraskan dengan alat permainan muzik iPod.

Aibo

Robot yang mampu meneroka persekitarannya menerusi kamera dan pengecaman arahan suara ini di kenali sebagai AIBO.

Merupakan robot berautonomi, ia mempunyai pergerakan yang matang dan bergantung kepada rangsangan sekitar.

Reka bentuk awal bagi AIBO dihasilkan oleh pereka terkenal, Hajime Sorayama.

Menurut Sony, pengeluaran AIBO dihentikan pada 26 Januari 2006 tetapi syarikat akan memberi sokongan kepada pengguna AIBO ERS7 sehingga tahun 2013.

Paro

Robot haiwan peliharaan yang diberi nama Paro ini merupakan robot terapeutik di mana ia mula diperkenalkan kepada umum pada Pameran Elektronik Konsumer 2009 anjuran Organisasi Perniagaan Luar Jepun pada 8 Januari lalu di Las Vegas, Nevada.

Ia direka untuk peka dan memberi tindakbalas terhadap cahaya, bunyi, suhu, sentuhan dan juga pergerakan.

Dengan karakternya tersendiri, Paro bakal menjadi teman haiwan peliharaan yang disayangi seperti mana haiwan sebenar.

:kiss::kiss:

(comeyla paro nie.. korg beli utk intan bleh??)

Jan 21, 2009

Livescribe's Pulse Smartpen.....

Livescribe's Pulse Smartpen, which creates digital copies of notes and links them to recorded audio, launches today in 1GB and 2 GB models. Using specialized paper with microdots to track pen movement, the Pulse not only copies notes, but can do quick calculations, translate foreign words and record 3D audio. Demo...1 Demo...2

Ikan paus terdampar di Terengganu...

Ikan Paus Terdampar Spesies Kogia Previceps

KUALA TERENGGANU, 21 Jan (Bernama) -- Ikan paus biru yang ditemui terdampar di pantai Batu Buruk malam tadi adalah dari spesies Kogia Previceps yang semakin jarang ditemui di perairan negara, kata Pengarah Perikanan Terengganu Munir Mohd Nawi. Beliau berkata berdasarkan pemerhatian visual, paus betina sepanjang 3.14 meter dan dianggarkan seberat 150 kilogram itu mengalami kecederaan fizikal yang agak serius dengan kesan calar di bahagian bawah badan serta tepi sirip pektoralnya. "Semasa terdampar di pantai itu kira-kira pukul 9.30 malam tadi, ikan paus yang boleh mencapai saiz matang sehingga 3.3 meter panjang itu masih hidup, namun ia mati kira-kira sejam kemudian," katanya dalam satu sidang media di sini, Rabu. Munir berkata bangkai ikan paus itu akan diawet dan disimpan di galeri perikanan di Dungun untuk kajian kepada pelajar selain sebagai pameran. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam tadi orang ramai yang mengunjungi Pantai Batu Buruk gempar apabila menemui seekor ikan paus terdampar di pantai berkenaan. Mereka cuba menyelamatkan ikan itu dengan mengheretnya ke air, bagaimanapun pukulan ombak kuat menyebabkan ikan itu terdampar semula ke pantai dan mati kira-kira sejam kemudian. -- BERNAMA

:girl_6::girl_6: (bior btul! ade ikan paus kt ganu woO!!)

Jan 20, 2009

Sudin & Kak Midah

Ada satu cerita yang berlaku di pasar ayam di Selayang. Peniaga ayam ini nama dia Sudin. Dia jual ayam yang di beli dari beberapa tempat. Ada pulak seorang pelanggan nama dia Hamidah. Dia ni pelanggan tetap ayam Sudin. Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran. Jadi hari hari lah dia beli ayam dari Sudin. Disebabkan dah setiap hari dok main dengan ayam, sampai Kak Midah dah kenal jenis jenis ayam sebelum di sembelih. Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah ialah ayam dari Bangi dan ayam dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak Midah. Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja. Kalau tak ada lansung dia tak akan beli ayam lain. Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh kenal samada ayam tu dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu. Selalunya Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi jenuhlah Kak Midah dok belek sekor sekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis. Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama-lama Sudin dah mula boring. Sebab Kak Midah ni customer tetap Sudin pendam je bengang dia. Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek punggung ayam nak cari ayam Bangi. Habis semua ayam dibeleknya. tak ada satu pun ayam Bangi atau ayam Perlis. Jadi Kak Midah pun panggil Sudin dan tanya, Kak Midah : Din ! ayam Bangi tak ada ke?. Sudin : Tu ada dalam tu. (Yang sebenarnya tak ada sebab lori ayam Bangi terbalik dekat Puchong) Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah, semua ayam dari tempat lain. Sudin : Ayam Perlis ada. (Yang sebenarnya pun tak ada sebab lori rosak dekat Nibong Tebal). Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la. Hang ingat Kak Midah tak kenai ke ayam-ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok main dengan ayam. Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia boleh kenal. Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong ayam. (lalu blah sambil tersenyum walau pun tak dapat ayam hari itu) Kemudian sampailah nak dekat Hari Raya. Kak Midah macam biasalah nak belek punggong ayam. Sudin tengok Kak Midah, bengang je rasa macam nak bertempik dekat Kak Midah sebab orang terlalu ramai dan sesak pada masa tu. Kak Midah perasan yang Sudin memang bengang kat dia. Sambil Sudin dok bersihkan ayam Kak Midah, Kak Midah cuba ambil hati Sudin. Kak Midah : Din ! Tak balik raya ke tahun ni. Sudin : Tak!!! (Bengang) Kak Midah : Famili ada kat sini ke?. Sudin : Tak dak!! Kak Midah : Habih tu raya dengan siapa?. Sudin : Raya sorang-sorang. Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah. Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah. Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung Din kat mana? Sudin : (Diam)(Buat tak dengar) Kak Midah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana. Sudin : (Masih diam)(Tiba-tiba Sudin naik atas meja lalu membuka seluar dan menonggeng ke arah Kak Midah sambil berkata......) Kalau Kak Midah teror cuba Kak midah belek punggong saya dan teka saya berasal dari mana?. Kak Midah : (Ambil ayam dia dan terus blah)
:laugh::laugh::laugh: (haha.. lawak tul cite nieh..)

Jan 18, 2009

StrAnge PeopLE??

:what::what: (pelik tul manusia nie kn??)
PETUA KESIHATAN DARI IMAM SYAFIE Empat perkara menguatkan badan.. 1. Makan daging 2. Memakai haruman 3. Kerap mandi 4. Berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan.. 1. Banyak bersetubuh 2. Selalu cemas 3. Banyak minum air ketika makan 4. Banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan mata.. 1. Duduk mengadap kiblat 2. Bercelak sebelum tidur 3. Memandang yang hijau 4. Berpakaian bersih Empat perkara merosakkan mata.. 1. Memandang najis 2. Melihat orang dibunuh 3. Melihat kemaluan 4. Membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran.. 1. Tidak banyak berbual kosong 2. Rajin bersugi (gosok gigi) 3. Bercakap dengan orang soleh 4. Bergaul dengan para ulama Ada 5 perkara yang dapat mencelakakan orang bahkan dapat membunuh.. 1.Orang-orang kaya yang kedekut 2.Hilangnya rasa kasih sayang 3.Tertanamnya sifat sentiasa iri hati 4.Nasihat yang tidak mempunyai pengaruh lagi 5.Orang-orang bodoh yang mentertawakan orang-orang pintar...
:girl_4::girl_4: (info yg b'guna.. jom amalkan..!)

Jan 11, 2009

Peliknya saudara2ku....

Peliknya saudara2ku.... Bola punya hal, pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal, ringan aje tubuh untuk bangun di waktu ayam pun tak bangun lagi. Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat di waktu sahur cukup menyeksakan baginya. Peliknya saudara2ku.. Menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa? Berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin? Peliknya saudara2ku.... Sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit utk dimasukkan ke dalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah. Peliknya saudara2ku.... Gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia, Malaysian Idol. namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa. Peliknya saudara2ku.... Sanggup bersesak-sesak, berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan.. sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya.. program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku. Mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit saja. Peliknya saudara2ku.... Setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat kebangsaan.. dibuat peringkat antarabangsa tapi, dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan.. mana rasa tak elok untuk nafsu, baca aje dah le. Peliknya saudara2ku.... Setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai.. tak kira jantan betina detik saat jam 12, saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya.. tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid Peliknya saudara2ku.... Setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah. Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan...
:girl_8::girl_8: (pelik tul aku...!)