Feeds RSS
Feeds RSS

May 26, 2015

chuuuutiiiiii~





malam nie dah nak masuk 3 minggu intan cuti.. setakat nie ada jugak lah menda2 yang dah setel contohnya, isi form bayar visa segala bagai..oh ya, lupa nak bagitau, intan dah dipilih dan memilih untuk melanjutkan pelajaran ke....

kiranya sekarang intan ada kurang lebih 2 bulan++ untuk buat segala persiapan.. doakan intan dipermudahkan segala urusannn...XD

memandangkan cuti yang berbaki nie masih agak panjang, jadinya malam nie intan nak buat perancangan chutiiiii... intan kan memang tak pernah gagal dalam menulis perancangan nie.. bab perlaksanaan tu je yang intan kena lebih titik beratkan lagi.. apa pun kata orang gagal merancang tu merancang kegagalan... berikut merupakan perancangan intan untuk masa cuti ini: (ahah! ayat karangan spm..)

1. visa & kem pembangunan pelajar mara
yang nie inshaAllah bakal dilaksanakan pada hujung minggu ini. berdebar-debar juga sebenarnya, semoga Allah permudahkan segalanya..

2. the super secret project with code Hilang..
wahhh.. gayanya macam super sangat kannn.. tapi biasa2 je.. saje nk bagi nama nampak gempak sikit.. memandangkan namanya secret, jadinya itu jela yang intan boleh tulis kat sini.. yang pasti, tiadala ia perkara yang bertentangan dengan undang2 dunya mahupun akhirahhh~

3. nak menulis kat blog nie mengenai:
    a. pelarian sementara: dah berabad tersimpan dalam draf..sigh~
    b. Ibrah dari si kecil
    c. taylors university; my 2 years journey
    d. bibliophile??

4. self learning kt coursera..
intan dah menyertai beberapa kelas kat sana.. sekarang cuma perlukan komitmen je untuk terus belajar dan belajar... chaiyookkkk intan!!

5. melukis?
hahaha,.. yang kelima nie macam bukan Intan sikit kan.. ceritanya macam nie, kami adik beradik bersembang, dalam kereta, dalam perjalanan ke rumah mak cik intan yang buat kenduri anaknya kahwin... disebabkan sepupu, kami pn belikan hadiah tapi tak sempat balut, jadinya like a boss je balut dalam kereta..(well, kalo dh sume engineer kan... haha macam xde kaitan) tengah2 membalut tu la kitorg bersembang.. lalu timbul la isu pasal ayah intan.. intan claim yang ayah pandai melukis, pastu abang ka tak percaya dan setelah diberikan bukti2 kukuh pn, abg ka tak percaya lagi sebabnya tak tahu la kenapa tapi dia sangat berpegang teguh dengan peribahasa lama kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi dengan mengatakan "kalau ayah pandai melukis, kenapa takde sorang pn dalam kalangan kita yang pandai melukis??"..jeng3.. lalu dengan ini, intan percaya bahawa intan lah yang mewarisi darah pandai melukis cumanya bakat tu masih terpendam.. dan inilah masanya untuk bakat tu bersinaarrr!!! tak tahu la cerah ke gelapnya sinar tu..:P

6. habiskan novel2 dan buku yang melambak tu..

cukuplah sekadar 6 perkara untuk malam nie... nanti2 kita bercerita lagi ya... semoga bertemu lagi di masa yang akan datang...


senyum sokmo,

May 14, 2015

kematian





sebelum nie intan tertanya-tanya, bagaimanakah keadaan intan sekiranya berlakunya kematian dalam kalangan keluarga terdekat intan.. ketika itu, boleh dikatakan intan tak pernah menghadapi sebarang kematian, sementelah nenek intan meninggal sebelum intan dilahirkan lagi dan Alhamdulillah intan diberi kesempatan untuk membesar dengan 2 datuk dan seorang nenek..

antara kematian pertama yang berlaku dalam hidup intan ialah perginya ayoh long intan, abang kepada mak intan... dan diikuti dengan pemergian isterinya yang mana ketika itu intan masih di kmb.. bilamana diingat balik perasaan ketika itu, intan tak rasa apa, kosong, ntah la tak tahu nak describe macam mana..

dan kini.. setelah beberapa tahun berlalu, intan dikhabarkan dengan berita pemergian datuk intan atau intan panggil beliau dgn gelaran tokki.. tokki merupakan ayah kepada mak intan.. boleh dikatakan intan agak rapat jugak la dengan tokki.. sebab dulu, memang dah jadi rutin keluarga kami untuk tidur bermalam di rumah tokki setiap 2 minggu.. intan suka bila dengar tokki bercakap.. sangat bernas, kenkadang tu sangat sarkastik (tp versi orang tua la..haha), tokki suka cakap psl politik dan sangat berilmu.. oh ya.. tokki intan seorang imam! selalu je kalo intan ada apa2 persoalan agama, intan akan rujuk pada tokki.. kenkadang tu, bila dah berkumpul ramai2 dah jadi macam sidang diskusi agama(versi santai) pula.. hmmm.. erti usrah yang sebenar..haha

tokki kembali menemui penciptanya pada malam jumaat lepas(19 Rejab).. masa tu, intan masih di taylors, menanti untuk kertas peperiksaan terakhir pada keesokan harinya.. abang ka yang menjadi penyampai berita.. dan yang sebenarnya mak tak nak pun bagitau intan..(mak memang! masa ayah warded pun kalo boleh nk disoroknya..) takut intan terganggu katanya.. tapi intan rasa intan kuat.. kuat untuk menerima realiti itu..sebenarnya dah beberapa kali intan berdoa sebelum tu semoga intan sempat bertemu tokki, tapi Allah lebih syg kan tokki dan intan redha, sebab intan tahu itulah yang terbaik! dan intan hanya berkesempatan untuk menghadiri kenduri tahlil tokki pd hari ke-3..

semoga tokki, ayoh long, mok long, tok, sanak saudara ahli keluarga dan semua muslimin dan muslimat dan kita semua ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..



p/s: gigih cari gambar dalam hardisk.. punyela ada 32GB gambar, sekeping gambar tokki (yang memandang kamera) pun tak jumpa.. yang jumpa cumalah gambar seperti diatas..