Feeds RSS
Feeds RSS

Dec 30, 2010

Kerja Gilakah??

wahai hati, benarkah keputusan yang dibuat ini?
adakah ia sudah dihitung dengan hati yang waras?
apakah hati ini sudah bersedia?
membuka peluang untuk mengubah rasa..

wahai hati, apakah ini jalan terbaik?
sudah tiadakah jalan lain yang boleh ditempuh?
masih belum penatkah memendam rasa?
biarkanlah semua berlalu mengikut acuannya..

wahai hati, senyumlah..
laluinya,tempuhinya,jalaninya dengan rasa yang tenang..
hilangkanlah segala prasangka dihati..
hapuskanlah segala dendam yang bermaharajalela..

~aal izz well~
p/s: rasa macam dah terpengaruh dgn perangai Dou Yi Fang..


waktu sentiasa berjalan..aku??

assalamualaikum.. sewaktu intan menulis nie, hari baru sahaja bertukar, dari rabu kpd khamis..tarikh juga tidak ketinggalan.. apatah lagi masa yg berlalu saat demi saat.. mereka seakan-akan berlari meninggalkan intan.. sedangkan intan masih jauh ketinggalan di belakang.. malam nie intan malas nak bercerita panjang.. jom kita raikan kemenangan Malaysia ke atas Indonesia dgn agregat 4-2.. tahniah kepada khairul fahmi krn berjaya menjaga gol malaysia dengan amat baik walaupun indonesia berjaya juga membolosi gol 2 kali.. dan tahniah juga kepada pemain yang lain(terutama safee sali) kerana berjaya mencatat nama malaysia sebagai juara piala suzuki aff buat kali pertama.. [u're the rockz!]  macam biasalah, ada banyak benda yang intan nak kongsi dengan korang tapi apa nak buat, masa selalu menjadi kekangan.. kesian kat masa kan.. selalu dipersalahkan..padahal Allah S.W.T dah bagi masa selama 24jam dalam sehari.. masih tidak cukupkah wahai intan suraya?? masa yang panjang sekalipun andai tidak digunakan dengan baik pasti kita rasa tidak cukup.. itulah manusia..sebenarnya itulah intan..tidak reti bersyukur.. tidak sedar diri..tidak hargai masa.. wallawei.. macam mana nak ubah sikap sebegitu ya??  hmm..jika ada kelapangan nanti, intan akan siapkan entri mengenai jamuan raya,kem jenagor n sumai dan lawatan balok-genting-cameron... intan letak dulu gambar nie sebagai pembuka cerita..


intan juga nak kongsi lagu dari citer 3 idiots yang tajuknya give me some sunshine.. intan memang tabiik spriing la kat citer nie.. memang syioOk sgt2 dan mempunyai mesej yang mendalam.. takdela macam filem melayu yang tak abis2 dengan cinta,hantu dan ntah2 pape lagi.. intan bukan la nak mengata tapi intan nak mengutuk..haha





Dec 22, 2010

Ya Allah Ya Tuhanku..
Permudahkanlah Segala Urusanku..
Lapangkanlah Dadaku..
Hilangkanlah Segala Kesusahanku..
Berikanlah Ketenangan Hati Kepadaku..
Bantulah Aku Untuk Menghadapi Semua Ini..
Sesungguhnya Aku Insan Yang Lemah..


p/s:- kepala dah berserabut,berselirat... nak nangis..
p/s:- kpd org tu, thanks sebab kusutkan kepala aku! jasa kau tak akan aku lupa sampai mati!

FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI


assalamualaikum.. hari ini intan sertai satu lagi kontest.. kontest gambar tgh terbang.. korang pernah terbang?? dan ada gambarnya? kalo begitu, jomlah join skali..

MACAM MANA NAK SERTAI?
Mudah saje. Just follow the step below:

1. Peserta HARUS menjadi followers blog http://falihinjasmy.blogspot.com/ terlebih dahulu   ( bukan WAJIB, tapi peluang nak menang tu lebih cerah kalau tergolong dalam followers blog ni. )

2. Buat satu entry bertajuk FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI

3. Letakkan BANNER contest seperti yang diatas dan di link kan ke post contest ni.
3. Pilih SATU gambar anda melompat paling style. Tak kira lompat secara SOLO atau DUET atau GROUP. Gambar hendaklah original punya lompat OK. Tak nak yang edit2. Kalau edit hue, level, colour, brightness or etc tu boleh la. Ingat! hanya SATU gambar sahaja.

4. Letakkan caption paling kreatif di bawah gambar dalam 3 perkataan. Contoh:

TERBANG TAK TINGGI

5. Copy dan paste senarai hadiah yang ditawarkan. 

1 x 1st Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM100.00

1 x 2nd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 60.00

1 x 3rd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 40.00
6. Tak perlu buat sticky mode. Tapi, perlu sertakan BANNER contest dekat sidebar jugak dan di link kan sekali.

7. Tag sekurang-kurangnye 3 bloggers lain dan harus inform bloggers tersebut yang mereka telah ditag ye...
dan...
gambar yang menjadi taruhan ialah......

Dec 19, 2010

Apa sudah jadi dgn Intan??

Masalah nie.. betul2 bermasalah..sangat2 bermasalah.. sampai lupa nk bg salam.. assalamualaikum sume.. intan rasa sejak2 abis spm nie.. intan ada masalah sikit la nak menulis blog.. bkn kekangan masa.. bkn juga ketiadaan internet.. tp ketandusan idea.. rasa macam takde mood sgt2 nk menulis.. lagi parah bila rasa macam dah hilang skil menulis.. adakah sume skil menulis intan sume dah abis guna masa spm?? mcm mengarut je bunyinya.. tapi apsal ek? ke bidadari hujan dgn cinta sufi telah meninggalkan impak yang terlalu besar dalam diri intan sehingga kepala sudah jadi tidak normal?? atau sikap intan yang cepat rasa bosan dah merebak ke blog..aduhh! segala idea sebelum spm dolu2 da hilang dibawa angin semalam.. parah la intan macam nie.. tp xpe.. mungkin percutian ke balok-genting-cameron dapat mengembalikan diri intan yang asal.. sebelum berundur, intan nakkongsi satu resepi mudah dengan korang.. namanya puding karamel tp kalo korang nak panggil puding roti pon boleh jugak..

Bahan2..
3/4/5 keping roti*
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan air
2 biji telur

cara2..

Dec 17, 2010

Majlis Graduasi kali ke-2 SMKTLS...

assalamualaikum n salam 1Malaysia..
intan nak tanye nie.. Masihkah anda ingat pada gambar ini??


ingat lagi?? Jom kita bercerita mengenai nie.. sebenanrnya, sebelum entri nie sepatutnya ada 3 lagi entri lain tapi disebabkan intan memang tak sabar2 dah nak cerita pasal nie jadi intan pun tangguhkan dulu yang lain.. nanti korang datang korang tengok la bawah entri nie kot2 intan dah tulis yang baru.. sekarang nie nak citer pasal graduasi.. majlis nie disambut pada 24/10/2010.. pada hari ahad.. tapi sebelum majlis besar ini diadakan mestilah ada majlis rehearsalnya terlebih dahulu.. jom...

Intan masih lagi berpegang pada kata2 bahawa sekeping gambar boleh bercerita seribu cerita.. jadi biarlah gambar berbicara...

REHEARSAL(18/10/2010)

persiapan dewan..

dan x lupe jugak..

Dec 15, 2010

Merdeka!!

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...
tanggal 15 disember 2010, tepat jam 12.15 merupakan satu tarikh yg akan paling diingati dalam hidup intan.. tanggal dimana intan tidak akan lagi memakai pakaian seragam biru, tidak akan lagi menggalas beg putih dgn buku teks dan tidak akan lagi bergegas bersiap utk ke sekolah.. intan tidak lagi bergelar pelajar sekolah! bayangkan.. zaman 5 tahun di sekolah menengah telah berlalu.. meninggalkan kita tanpa sedar.. dan tanpa sedar juga,intan kini akan menjengah ke dunia yang serba mencabar.. intan percaya segala pengalaman yang intan dapat disekolah akan membantu intan mengharungi hidup yang baru bermula ini.. siapa sangka budak hingusan ini dah nak jadi anak dara..haha Pasnie dah boleh nikah dah nie.. ada sapa2 nak masuk meminang??(adeh! mmg dasar muka tak malu la nie..)..hoho

sepanjang peperiksaan ini, intan nak ucapkan jutaan terima kasih kepada para pengawas peperiksaan yang begitu baik membantu kami.. jasa kalian semua tidak terbalas oleh kami.. oh ya, ini ada gambar pengawas kami.. tapi tak semua la.. ketua pengawas pon tak ada.. hari ini cikgu ibrahim tak datang.. mungkin sebab calon yang ambil est pon hanyalah 37 orang.. sempat juga la intan amikgmbr diorg.. ini dia..

Dec 5, 2010