Mar 29, 2015
Mar 21, 2015
Memberi Untuk Menerima...
Hello dear! Me again...
malam nie malam balas dendam! setelah berjaya menghabiskan duit dengan buffet Seoul Garden dari pukul 5 ptg sampai 9.30 malam, moh le kita membuat entri kedua untuk malam(pagi sebetulnya) ini.. tetiba rasa macam pelajar cemerlang tatkala berjaya menulis dua entri dalam satu malam..(heh.. baru mukadimah je nie.. belum tentu publish lagi..) dan kepala sedang mengarang-ngarang entri ke-3.. tetiba kepala bertanya, mengapa tidak digabungkan sahaja menjadi satu entri? aahhhh.. dan jawapannya? sudah tentulah setiap entri mempunyai tajuk berbeza dan cara penyampaian yang berbeza..(kononnyala..) dan intan kini mengubah prinsip menulis blog iaitu menulis untuk diri, untuk my 'future intan'.. eh? macam yakin sangat je esok masih ada.. bukan begitu wahai diri, cumanya masihkan anda ingat hadis ini;
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut.." [Hadis Riwayat Imam Ahmad]
usaha kena ada! walaupun esok anda mungkin mati, namun untaian kata yang anda tulis akan sentiasa berada disini bak kata V, Ideas are bulletproof... jadi dengan dasar pandang ke hadapan ini, intan menulis untuk pedoman diri di masa hadapan, kerana mungkin sahaja Intan yang disana menjadi seorang yang alpa dan lalai dek kerana tipu daya dunia kerana Intan juga seorang manusia..yang lemahh..
jadi berbalik kepada topik, sebelum nie dalam tahun 2012 intan pernah menulis [memberi tanpa menerima], dan kini intan nak ubah perkataan 'tanpa' kepada 'untuk' menerima, tapiiiii bukan menerima dari manusia(kenapa bukan manusia? boleh baca dalam entri 2012 tu), sekarang nie intan nak bercerita menerima dari yang Maha Kaya...
seronoknya mengira sifir cinta dengan Yang Maha Pengasih Penyayang nie, semakin banyak kita memberi semakin banyak kita dapat.. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 Allah berfirman;
dannnnn... harus diingat juga yang kadang2 tu 700 kali ganda bukan datang dalam bentuk material semata-mata.. mungkin Allah gantikan dengan kesihatan yang baik, mana tau jika kita tak bersedekah, kita mungkin dilanda penyakit yang menyebabkan perlunya kita keluarkan wang untuk mengubatinya.. atau mungkin, motosikal atau kereta kita rosak n ofkos la kena ada duit utk baikinya, dan banyak lagilah perkara yang kita mungkin tak nampak, tak sedar yang sebenarnya Allah telah mempermudahkan bg kita kerana duit yang telah kita infakkan..
jadiiiii, to my future lovely Intan; jangan pernah rasa takut utk memberi, kerana Allah sentiasa memerhatikan, dan Allah takkan mensia-siakan perbuatan baik makhlukNya..;)

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” .lihatlah dalam ayat nie, Allah lipatgandakan kepada 700 kali ganda kot.. banyak x banyak tu.. dan Alhamdulillah, dengan izinNya Intan dapat merasai sendiri pengalaman menerima 700 kali ganda tu.. dan inilah kisahnya..
Diceritakan pd zaman moden ini, seseorang telah mendapati tabletnya rosak lalu dibawanya ke kedai.. beberapa hari kemudian yakni hari jumaat dia telah menerima mesej yg menyatakan tabletnya sudah sedia utk diambil.. nk dijadikan cerita, ketika dalam perjalanan ke sana, dia ternampak pakcik tua yg sedang meminta sedekah.. lalu hatinya terdetik, mungkin nie peluang utk aku bersedekah.. mungkin aku jarang bersedekah lately sbb tu la duit mengalir mcm air.. lalu diambil RM1 dr dlm dompet dan dihulurkan pd pakcik tersebut.. perjalanannya diteruskan.. setibanya di mall utk mengambil tab, dia membuat keputusan utk mengeluarkan duit terlebih dahulu kerana bimbang perlu membayar lebih utk kos pembaikian tabletnya, sambil itu dia terfikir mengenai RM1 yg dihulurkan sebentar td. kalau setiap kali sedekah RM1 je, darab 7 baru RM7.. kalau mcm nie sampai bila nk kaya.. patutnya kena sedekah lg byk... setelah urusan mengeluarkan wang selesai, dia bergegas ke kedai komputer tersebut.. alangkah terkejutnya dia kerana tabletnya tidak dapat dibaiki namun digantikan dengan yg baru yg bernilai RM700.. lalu kepala membuat konklusi, silap darab rupanya, bukan darab 7 tp 700.. alangkah indahnya bersedekah.. dan sesungguhnya Allah Maha Pemurah dan Dia memberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka...mungkin ada yang akan kata, "alaaaa... tab tu under warranty lg sebab tu la boleh one-to-one exchange.." tp intan tetap percaya semua nie xkan belaku jika tidak kerana kekuasaan Allah, apatah lagi tab tu intan beli dari lazada, dan bukan dari kedai tempat yg intan hantar tab tu..(pada awalnya, pakcik tu x nak ambil kot tab tu.. Alhamdulillah Allah bukakan hati pakcik tu utk tolong intan..XD)
dannnnn... harus diingat juga yang kadang2 tu 700 kali ganda bukan datang dalam bentuk material semata-mata.. mungkin Allah gantikan dengan kesihatan yang baik, mana tau jika kita tak bersedekah, kita mungkin dilanda penyakit yang menyebabkan perlunya kita keluarkan wang untuk mengubatinya.. atau mungkin, motosikal atau kereta kita rosak n ofkos la kena ada duit utk baikinya, dan banyak lagilah perkara yang kita mungkin tak nampak, tak sedar yang sebenarnya Allah telah mempermudahkan bg kita kerana duit yang telah kita infakkan..
jadiiiii, to my future lovely Intan; jangan pernah rasa takut utk memberi, kerana Allah sentiasa memerhatikan, dan Allah takkan mensia-siakan perbuatan baik makhlukNya..;)
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)![99:7]teruskan memberiii!!!
DREAMs: Always account for variable change!
Assalamualaikum...
malam nie intan nak bercerita mengenai perancangan.. sementelah ada mutiara kata berbunyi gagal merancang, merancang kegagalan..(Baru sedar rupanya baris ayat tu merupakan quote oleh Benjamin Franklin yg dialih ke BM..) Jadinya, gambar diatas merupakan rancangan ringkas yang intan buat masa Ib dulu...(masa buat tu kononnya mengisi masa lapang yang tak lapang pun sebenarnya)
Jadi bilamana intan tengok balik chart tu, intan tergelak sendiri.. "aisehhh.. macam x follow je nie.." setakat nie matlamat masih sama lagi iaitu kejuruteraan elektrikal(walaupun BEng dah tukar kpd BS) tapi 'alat' dah bertukar dari 4 tahun di seberang laut kepada 2 tahun dan daripada Aussie kepada negara Uncle Sam..(masih menunggu keputusan dr Uni... Doakan Intan plsss~) Betullah kan kata orang, apa yang penting matlamat, mana2 alat yang digunakan tu tak kisahla, janji kita dapat mencapai matlamat yang kita nak, dan hal ini selarilah dengan tajuk intan kat atas tu;
patah kata diatas intan dapat dari movie 21.. Movie 21 nie kisah pasal seorang genius di MIT..(boleh rujuk IMDB or pakcik gugel untuk matlumat selanjutnya..) Intan memang suka kalo tengok movie2 pasal orang genius nie sbb ia mengingatkan intan pada diri intan..(haha.. perasan genius sunggoh!) dan hidup kita didunia ini dipenuhi dengan pelbagai pembolehubah yang sentiasa berubah-ubah dan menjadi tugas kita untuk sentiasa menjadi seorang yang flexible(apa perkataan yang sesuai untuk ganti perkataan flexible dalam BM? Fleksibel? Keanjalan?) dan adaptable(kebolehan menyesuaikan diri?)..
kerana apa? kenkadang tu ketidakupayaan untuk menjadi seorang yang fleksibel dan adaptable ini menyebabkan kita menjadi seseorang yang tidak dapat menerima kenyataan.. menerima kenyataan bilamana sesuatu itu tidak terjadi mengikut yang kita inginkan.. dan tanpa kita sedar, kita menjadi makhluk yang meragui keupayaan Tuhannya sedangkan tiada yang lebih upaya dari pencipta Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa yakni Allah S.W.T... Apakah patut kita merasa ragu sedangkan yang diatas itu Maha Mengetahui dan sesungguhnya tidak mungkin Allah menganiayai makhlukNya melainkan apa yang berlaku hanyalah merupakan ujian untuk meninggikan darjat kita disisiNya..
kesimpulannya, dalam hidup ini, kita hendaklah menetapkan matlamat kita, dan alat untuk mencapainya? bergantung kepada pembolehubah2 di sekeliling kita... Ingat! Jadilah seorang yang Flexible dan Adaptable.. dan mohonlah kepada Yang Maha Berkuasa supaya dipermudahkan segala urusan kita, dunya wa akhirahhh~

'Always account for variable change!'

Subscribe to:
Posts (Atom)