Feeds RSS
Feeds RSS

Dec 31, 2008

KereTa TerBang???

IA bermula dengan angan-angan 30 tahun lalu dan sekadar mampu dijelmakan di layar perak seperti melalui filem Back to the Future, misalnya. Maka, memiliki ‘kereta terbang’ yang mempunyai tahap fleksibeliti tinggi hanya tinggal impian sehinggalah baru-baru ini. Jika perancangan berjalan lancar, kereta terbang itu akan mula ada di jalan raya pada hujung tahun depan.

Mengikut pengeluarnya, kereta itu boleh mencecah harga £127,000 (RM651,686) seunit dan mempunyai kecekapan tinggi untuk membawa penumpangnya ke mana-mana hampir pada setiap masa, termasuk jika cuaca buruk untuk menerbangkan pesawat. Dikenali sebagai Transition, kereta terbang itu dihasilkan Terrafugia Inc, syarikat ditubuhkan graduan Jabatan Aeronautik dan Astronautik bersama Sekolah Perniagaan Institut Teknologi Massachusetts pada 2006. Kereta terbang itu dilengkapi sayap boleh lipat di kedua-dua sisinya. Jika ia diletakkan dalam keadaan bersedia untuk berfungsi, panjang sayap itu adalah 8.38 meter. Tahap kelajuannya pula adalah 185 kilometer sejam dan boleh terbang tanpa henti sejauh 740 kilometer. for more info log on to: [click]
:girl_3::girl_3: (teringin nk naik kereta terbang nie..)

RobOt JaDi KeKASiH??

Sentiasa frust bila b'cinta?? Bosan kerana sering ditinggalkan?? jgn susah,jgn sedih kerana anda boleh meniru le trung dan mencipta sendiri teman sejati.. Le Trung, 33, mencipta Aiko, robot berusia 20-an yang bukan setakat kelihatan seperti wanita tetapi juga seksi dan boleh melakukan tugas rumah serta mengemaskinikan akaunnya. Aiko is made in Canada... Specification Height: 152cm Bust: 82cm Waist: 57cm Hip: 84cm Microprocessor: LS372 and C7 Board Micro Controller: 5-8 8Gig solid state HD with 4Gig internal memory Central Data 1000-1500Gig Power source: Mn-Polymer 7.2V and 12.0V Motors: Max 130kg.cm precise feedback is provided by the military grade, stainless steel potentiometer Motors speed: Max 0.12sec at 60 degree 23 (36) DOF 2x gyros 2cameras, 1x1ccd (1x3ccd) Control by Internal 32 bits OS Aiko's future abilities: 1. Facial Expressions 2. Make tea and coffee 3. Feed me sushi 4. Make simple breakfast: eggs and bacon 5. If I lie my head down on Aiko lap, have her clean my ears with a Q-tip. 6. Ability to massage my shoulders and neck. 7. Able to do print and write 8. Clean the windows 9. Dust the shelves 10. Clean my toilet.
:what::what: (ade sape2 nk ngorat Aiko??)

jOM tEst EQ korg...

Photobucket ha!! korg teliti gambar kt atas nie elok2.. pastu kira ade berapa muka yg korg bleh jumpe.. :girl_7::girl_7: (jawapan d cni..) How many faces can you find? To test your intelligence: If can find 0 - 5 faces - idiot If can find 6 - 7 faces - stupid If can find 8 - 9 faces - normal If can find 10 - 11 - very normal If can find 12 - 13 faces -genius

Dec 30, 2008

JAM 3G??

LG Electronic, pengeluar barang elektronik Korea Selatan memperkenalkan telefon video mudah alih berbentuk jam tangan yang pertama di dunia. Syarikat itu dalam kenyataannya, berkata model telefon jam tangan 3G itu mempunyai sistem dail skrin sesentuh dengan kamera dan pembesar suara binaan dalaman bagi membolehkan pengguna membuat panggilan video menerusi sambungan internet berkelajuan tinggi. Telefon jam tangan yang dapat mengesan suara, menukar teks kepada ucapan itu turut dilengkapi dengan fungsi Bluetooth dan pemain muzik MP3. Photobucket Produk itu didatangkan dengan skrin 3.63 sentimeter dan ketebalan 12.9 milimeter. Ia dijangka ditampilkan pada Pertunjukan Elektronik Pengguna 2009 (CES 2009) di Las Vegas, Amerika Syarikat bermula 8 sehingga 11 Januari depan. LG berkata, syarikat itu merancang melancarkan telefon berkenaan di pasaran Eropah tahun depan.
:phonehappy::phonehappy: (intan pakai phone nie je..huhu)

Dec 29, 2008

Salam Maal Hijrah

Tatkala mendengar azan Maghrib berkumandang maka berubahlah tahun.. Dari 1429H ke 1430H.. Semoga perubahan tahun ini turut membawa perubahan kepada kita semua... Salam Maal Hijrah...
Photobucket
:bye::bye: (umur pon makin bertambah!!)

Dec 28, 2008

Tips/Panduan Atasi Zina Hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini. Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis." Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: "Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." - (Surah Yusuf, ayat 24)

  • Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: "Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
  • Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: "Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
  • Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
Photobucket Sumber : http://bicarakalbu.blogspot.com

Salamun Salam

first tyme intan dgr lagu nie time tgk MHI(TV3)... mak intan yg beria-ria sgt suh intan dgr.. intan pon layann jela.. lame2 dgr besh gak.. so intan pon nk kongsila ngn korg...~layann~ Salamun Salam Album : Salamun Salam Munsyid : Inteam,Fareast,Akhil Hayy,Nazrey Johari http://liriknasyid.com Salamun salamun kamiskil hitam, Alal Anbiya'il Izamil Kiram, Salamun salamun kamiskil hitam, Alal Anbiya'il Izamil Kiram, Selawat dan salam doa dan pujian Keatas junjungan Nabi yang Mulia, Selawat dan salam doa dan pujian Keatas junjungan Nabi yang Mulia, Keatas junjungan Nabi yang Mulia. Engkau Matahari dikala siang, Engkau Rembulan di waktu malam Seisi dunia menatang cahaya, Seluruh buana meyambut gembira, Penyelamat ummat hidup sejahtera. Ulang Rangkap 1 2X You are the Sunshine brigthens the Day, You are the Moonlight guiding our way, You with the light to the entire worid, You with the light to the entire worid, Peace Be Upon You Massenger of Allah, Peace Be Upon You Massenger of Allah. Ulang rangkap 1 2X Sakantum fu'adi waRabbil ibad, Wa antumara'i wa aqsal murad, Fahal tusduni bisaf wil widad, Fahal tusduni bisa wil widad, Wahal tamnahuni syarifal maqam, Wahal tamnahuni syarifal maqam. Salamun salamu kamiskil hitam, Alal Anbiya'il Izamil Kiram, Selawat dan salam doa dan pujian Keatas junjungan Nabi yang Mulia, Alal Anbiya'il Izamil Kiram, You Rasullulah The Messenger of Allah.

Komik- Untukmu (diadaptasikan dari cerpen Untukmu)

Intan t'tarik tul ngn komik nie.. so pe lg.. ~layannn~ :reading: Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

BodOh vs PanDai...

Orang bodoh = pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar (berlagak macam org banyak duit!) Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!) Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel'la ni) Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ada otak (kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!) Orang bodoh = company dah sediakan nescafe, milo, biskut bla bla bla tapi gi minum gak kat cafeteria kena bayar plak tu Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut bla bla bla angkut bawak balik !!!! Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor je pas tu buang Orang pandai = orang yg tunggu org bodoh buang pas tu dia kutip... dapat baca semua sekali woo Orang bodoh = kentut kuat² kat office pas tu bangga ngan baunya Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi) baunya... boleh buat unta sakit perut! dhab pun koma sekejap! pas tu bermati-matian salahkan member sebelah guess sapa member sebelah tu?...sibodoh yg kentut kuat tula!) Orang bodoh = ada masalah cerita kat orang pandai Orang pandai = dengar masalah orang bodoh pastu cerita kat orang bodoh yang lain, pas tu membodohkan orang bodoh tu...jadinya orang bodoh yang pertama tu jadi bodohs (plural) Ada lagi...scroll down Orang bodoh = orang yg buang masa baca cerita ni! Orang pandai = saper yang forward cerita ni... há há há...aku la tu... jadi yang mana satu pilihan bijak? pandainyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee LEPAS BACA JANGAN MARAH.....NANTI KENA JUAL!!!! ****kalau nak jadi org yg pandai, cepat-cepat ler fwd cerita nih.......heheheheeeee.......... p/s: takkan nak kena sorang2 kan??? Kan?? Kan????
:girl_13::girl_13: (geram tul intan!!camne bleh t'kne nieh??)

Adakah yang akan mendoakan kita?

Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya. Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia! Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan yakinnya. Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati. Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah. Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu...... Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besar berupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka. Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu. Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri. Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung kerana kurang rehat. Melihat peristiwa itu, tanpa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya. Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang! Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku? Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam. Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu. Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00. Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu. Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.

Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.

Kuasa Doa

Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia. Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain. Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain. Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan,

''Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang soleh, Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang taat pada Mu, taat pada RasulMu s.a.w., taat pada kedua orang tuaku, ayahbonda ku tercinta, taat kepada semua guru murshidku yang telah membimbingku menuju jalan sampai kepada Mu. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang bijaksana hikmah yang dibekali olehMu ilmu yang menjadikan teguh pendirianku dalam bertaqwa mengabdikan diri pada Mu dengan penuh rasa syukur atas segala nikmat-nikmatMu wahai Tuhan yang berbelas kasih.
:girl_11::girl_11: (cedey tul artikel nie)
copy from:http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1307

Dec 27, 2008

CheCk FrEnZ YM sTatus...

anda ade kwn yg slalu invi??? mesti susah kn kalo saat2 kite perlukan dia.. so jgn susah jgn pening.. ada caranya nk tentukan yg die tu on9 or 0ff9.. caranya?? juz enter: http://invisibleyahoo.net/ pastu, kuar la gmbr nie... masukkan ID kawan kite tu n klik check.. done!! kite da tau statusnya...
:pompom::pompom:
~seLamat Berjaya~

mY fIrSt PoSt...

Assalamualaikum sume... Nie first post intan.. Actually da lame rasenya intan nk try tulis blog tp skrg bru t'gerak hati nk menulis... so, di blog nie intan akan kongsikan ngan korang pape je yang menarik pd intan.. well, sharing is caring rite! so intan harap korg enjoy r kt cni...
:girl_4::girl_4: (all da besh to me)