Feeds RSS
Feeds RSS

Jun 25, 2018

Because you never asked



Hi blog,

Tajuk tu kalau buat novel mesti menarik kan.. sebab bila kita baca sekali imbas pun kita dah macam dapat agak apa yang berlaku disebaliknya.. kita dapat rasa emosi yang terkandung disebalik ayat "sebab awak tak pernah tanya".. intan terfikir nie masa dalam kereta semalam, rasa macam menarik pulak..

Antara salah satu quote daripada novel hlovate yang Intan ingat sampai sekarang adalah "Ask! Don't assume.."
Tapi terkadang kita rasa sesuatu itu terlalu remeh untuk dijadikan soalan, ada juga keadaan dimana kita fikir kita sudah terlalu mengenali seseorang itu sehinggakan kita merasakan yang kita boleh memberikan jawapan bagi pihak dirinya.. Intan pernah je mengalami keadaan dimana Intan agak je sesuatu tu tapi akhirnya 'agakkan' Intan itu salah, padahal kalau tanya je dari awal, takdelah penat nak fikir..

Dan kadangkala ketidakupayaan kita untuk bertanya telah menyebabkan kita terlepas sesuatu peluang dan mungkin juga jodoh? Jeng..jeng..jeng.. tiba2 pulak muncul pasal jodoh.. kalau nak cakap pasal jodoh, dah boleh buat satu novel dah.. mungkin dengan satu pertanyaan itu boleh menyebabkan anda bahagia happily ever after? Jangan risau, kalau dah jodoh, InshaAllah tak kena reject..hahaha
Kalau kena reject jugak, mungkin salah orang kot..

Akhir kata,


"...maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui..."[16:43]

 

Jun 22, 2018

J.O.D.O.H



Hi blog,

Jodoh tu misteri kann..
Kita tak tahu bila ia akan datang..
Kadang kita ingat A la jodoh kita
Tanpa kita sedar rupanya B jodoh sebenar kita
Kita tak tahu siapa jodoh kita sehinggalah terjadinya Ijab & Qabul
Dan kita tak tahu selama mana jodoh kita tersebut sehinggalah berlakunya kematian atau perceraian(nauzubillahi min zalik)

Jodoh tu misteri kann
Walaupun kita cuba sedaya upaya untuk kaji corak/ciri-ciri pasangan sekeliling kita
Kita masih tidak mampu untuk mencipta formula untuk menentukan siapakah jodoh kita
Tiada algorithma yang kita boleh cipta yang kita boleh 'run' di komputer untuk mencari jodoh kita
Terkadang kita lihat satu pasangan yang berlawanan sikapnya
Ada juga pasangan yang seiras gayanya antara satu dengan yang lain
Ada si kacak dengan si cantik
Tapi ada juga beauty and the beast
Akhirnya kita sedar yang jodoh itu sememangnya misteri

Jodoh itu misteri
Namun punya pencipta sama seperti kita
Carilah pemilik jodoh itu
InshaAllah jodoh juga akan turut kita temui


Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
[36:36]


Jenjalan raya 2k18




Hi blog,
Alhamdulillah tahun ini Intan berkesempatan untuk meneruskan tradisi beraya ke rumah cikgu2 setelah dua tahun tidak berkesempatan untuk berbuat demikian..

Untuk edisi 2018 nie, ada dua trip iaitu trip hari raya kedua dan kelima.. rasa seronok la bila dapat bertemu kembali dengan cikgu2 yang dah lama kita tak jumpa.. raya nie lah peluang nak melawat pun, kalau hari lain macam peliklah pulak kan..

Untuk jalan2 kali nie, Intan memang dah set kan masa 30 minit je untuk satu rumah.. tapi malangnya kebanyakan masa habis dijalanan disebabkan trafik yang sesak..

Trip 1:

Ustazah Rosliza --> ustazah rodziah(nil)
--> tcer fanida(nil) --> cikgu aziz
--> cikgu wan nik

Rumah pertama untuk jenjalan kali ini

Rumah Cikgu Aziz dengan Cikgu Hasani

Dengan Cikgu Wan Nik

Memandangkan Ustazah Rodziah dan Tcer Fanida tiada dirumah, makanya 3 rumah sahajalah untuk hari raya kedua nie.. dan kalau perasan, memang Intan sorang je perempuan kali nie, macam mengulangi kembali trip 2010 cumanya tahun tu ada Shafiq jugak..

Trip 2:

Trip yang kedua nie, Intan, Pia dengan Mizi je.. dan kebetulan(dah janji sebenarnya) berjumpa Huda dan suami di rumah Tcer Rina..

Tcer Rina --> Tcer Fanida --> Cikgu Mala

Rumah paling lama dilawati(dekat 2 jam jugak)


Yang nie special sikit sebab Tcer Fanida requested nak background Eiffel tower.. jadi Intan pun edit la pakai snapseed.. kool giler weh apps tu, main pakai double exposure je pastu brush2 sket n tadaaa.. rasanya x sampai sejam buat(termasuk dengan waktu tonton tutorial)

Rumah terakhir untuk tahun ini

Rasa macam tak syok jugaklah sebab dapat visit 6 orang cikgu je.. kalau ikut sejarah yang lalu, 6 buah rumah boleh visit dalam satu hari je.. tak percaya? Nie trip 2015:

TRIP day 1
cikgu Haminah--> Ustazah Roziah --> Ustazah Rosliza--> Tcer Fanida --> Tcer Mis --> Tcer Maryati

TRIP day 2
cikgu Wan Nik--> cikgu Aziz --> Tcer Rina --> Cikgu Zatilah --> Cikgu Siti --> Cikgu Suzana


Tapi nak buat macam mana, adatlah kalau dah menumpang orang.. InshaAllah tahun depan kalau dah ada kereta sendiri, boleh visit ramai lagi cikgu, walaupun takde geng nak ajak..

Secara keseluruhan, seronok sangat dapat jumpa balik kawan2 dengan cikgu.. terima kasih buat yang sudi tumpangkan Intan..😍

Lots of love,
 

Jun 20, 2018

Selamat Hari Raya




Hi blog,
Harapnya masih belum terlambat untuk Intan ucapkan selamat hari raya dan mohon dimaafkan segala salah dan silap Intan pada kalian..

Raya kali nie Alhamdulillah dapat beraya bersama keluarga yang terchenta.. Tak nak sembang panjang, jom tengok gambar raya..

Gambar cukup quota di rumah Abg Pih

Gambar di rumah pada pagi raya

Gambar di rumah Che De

Gambar di rumah Ayah Su selepas bbq

Maaflah kalau caption tak menarik..lol sekadar nak berkongsi gambar raya.. nanti entri seterusnya Intan akan cerita pasal jenjalan raya ke rumah cikgu, InshaAllah...

Till then,

Jun 19, 2018

I no longer need you




Hi blog,

I'm feeling a bit blue tonight, not really sure why, maybe i did overthink of something and it somehow affected my emotions?

And what's with the title? Nothing particular to be honest..

I'm currently reading a book, The Likeness, and maybe the lead of the book somehow stirs my emotion which results this entry..

I'm going to write about my raya pretty soon.. can't wait to share with you..


Jun 6, 2018

Move On!!!



Hi blog,
Pernah dengar tak cerita pasal lelaki yang dah bunuh 99 orang lepas tu dia nak bertaubat? Lepastu dia jumpa orang alim dan orang alim tu cakap Allah takkan ampunkan dosanya lalu dia pun bunuh orang alim itu jugak menjadikan orang yang dibunuhnya genap 100 orang. Lepastu dia jumpa orang alim yang lain dan orang alim tersebut menyebut bahawa Allah maha pengampun tapi dia perlulah berpindah ke tempat yang lebih baik dan dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke tempat yang baru.. dan akhirnya rohnya diambil oleh malaikat rahmat..

Ini adalah ringkasan cerita yang Intan rasa ramai antara kita yang dah tahu, dah pernah dengar sebelum ni.. Intan cuma terfikir yang kalau kita betul2 nak 'move on' dari sesuatu, kita mestilah putuskan sebarang perhubungan/connection dengan sesuatu itu.. Intan bukan apa, Intan sebenarnya risaukan pasal hati Intan.. macam yang Intan pernah cakap dulu, how to move on from something that never a thing at the first place.. rasa macam stress jugaklah bilamana setiap kali pergi facebook mesti ternampak dia. Kalau nak unfriend/block pun tak sampai hati sebab kawan kan tapi masalahnya facebook tu la tempat Intan lepak hari2.. i hate this feeling sebab Intan tahu yang Intan tengah bertepuk sebelah tangah, menampar angin tapiiiii susah nak get rid of this feeling.. dan rasa berdosa sangat2 sebab ada rasa ni.. Intan tak nak ingat pada sesuatu yang haram.. dan lagi menyakitkan bila rasa ini timbul juga di bulan ramadan, kiranya ianya bukanlah hasutan syaitan semata.. serabuutttt!!mungkin Intan patut cari tempat lepak lain selain facebook..

 Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang. 
[13:28]


---

Apalah guna ke bendang
Padi seberang takkan menjadi
Apalah diharap sayang
Kasihnya orang orang tak sudi.

Jun 5, 2018

It's me, not...!!


Hi blog,

Antara realiti yang perlu kita tempuh di bulan Ramadhan adalah menyedari siapa diri kita yang sebenarnya.. Intan tak tahu kenapa tapi tahun ni rasa macam liat sangat nak ke ke masjid(dah la masjid belakang rumah je).. pertama kali Intan pergi masjid sejak2 balik Malaysia ialah pada bulan puasa ni.. dekat 4 bulan jugak la, bila pergi je terus makcik2 kat masjid tegur dah lama tak nampak, baru sekarang nampak batang hidung..(taktahu pulak femes jugak Intan nie..hahahahahaha)

Bila fikir balik, masa kat US dulu memang jarang2 je Intan pergi masjid, kalau pergi pun biasanya untuk iftar, terawih, i'tiqaf dan solat raya, kalau hari biasa2 memang tak sampai masjid rasanya.. solat solat jumaat pun biasa buat dalam universiti, tu yang kadang join kalau tak memang idokle nk join.. kalau dekat Taylor's pulak, tak pergi surau hari2 jugak untuk solat terawih.. rasanya untuk 4 tahun kebelakangan nie memang kebanyakan solat terawih buat kat rumah je.. mungkin  ini la punca yang tahun nie rasa macam liat je nak pergi masjid..

Tapi apapun rasa yang ada dalam diri kita, kita kena paksa jugak untuk beramal.. inshaAllah mungkin permulaan tu adalah rasa terpaksa tapi kita doa banyak2 semoga Allah gantikan rasa keterpaksaan ini dengan rasa seronoknya beribadat.. apatah lagi bila dah masuk 10 malam terakhir ni.. kita kena berlumba-lumba untuk mencari Lailatul-Qadar kerana...

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. 
[97:3]

Jom Beramal,

Jun 2, 2018

Senyum 😊



Hi blog,

Intan suka sangat quote ni sebab dia bunyi macam orang yang sangat redha, penuh dengan kesyukuran dan sangat positif.. maka dengan sebab itulah, Intan tampal kat sini untuk renungan diri Intan pada masa hadapan..

Lots of love,

Jun 1, 2018

Late Night reflection



Hi blog,
Tadi ada terfikir, kan sebelum ni Intan ada tulis "saya nak jadi baik", jadi terfikir lah apa definisi baik tu sebenarnya? Yelah macam mana nak jadi baik kalau kita sendiri tak tahu baik tu apa.. ada ke indikator yang kita boleh guna untuk ukur tahap 'kebaikan' kita? kiranya dah cukup baik ke kalau kita solat 5 waktu tak tinggal, baca Quran setiap hari, bersedekah, qiamullail, puasa sunat sekali sekala, pakai pun menutup aurat.. dah cukup baik ke tu?

Tapi bila fikir balik, kenapa, apa sebab kita nak jadi baik? Apa yang triggered kita untuk berubah? Kita pun sedia maklum dengan hadis setiap amal bergantung kepada niatnya.. jadi perkara pertama yang harus kita teliti adalah niat kita, niat kita mestilah Lillahi Ta'ala, yakni kerana Allah Taala..

Setelah kita 'clear' dengan niat kita barulah kita boleh teruskan agenda nak jadi baik.. tapi macam awal2 tadilah, baik tu apa? Intan rasa setiap orang ada kayu ukur dalam diri masing2, kita kenal diri kita masing2, kita tahu amalan kita macam mana.. jadi bilamana kita sebut nak jadi baik, mungkin dengan cara kita kita secara istiqamahnya(slow2 pun takpe) tambah elemen baru dalam amal kita.. mungkin sebelum ni kita tak buat solat sunat sebelum/selepas solat fardhu, mungkin dalam proses nak jadi baik ni, kita boleh tambah, mungkin buat masa sekarang masa pergi masjid je sebab kat rumah takde kekuatan lagi, tapi kita cuba untuk maintain kan, lepas dah stabil yang tu, mungkin kita boleh buat yang lain pulak.. lagipun Allah suka orang yang konsisten dalam beramal walaupun sikit..

Sebenarnya baik ke tak baik tu semua hanyalah dari kaca mata manusia.. kita tak tahu pandangan Allah macam mana. Dan Intan suka cara pandang Imam Kaiser, chaplain intan masa dekat universiti dulu.. intipatinya lebih kurang macam ni la, kita percaya yang Rahmat Allah tu maha luas melebihi kemurkaanNya, jadinya janganlah kita berburuk sangka dengan Allah, inshaAllah sekecil zarah pun usaha kita, Allah akan pandang.. dan Intan suka untuk tutup entri nie dengan ayat

“Wahai jiwa yang tenang! (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang ridha dan diridhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambak-Ku (29), dan masuklah ke dalam surga-Ku (30).” 
[89: 27-30]

Intan suka ayat 28 tu, lagi2 kalau baca English translation: "...Allah being pleased (ridha) with them and they with Him" Bayangkan situasi dimana Allah being pleased with us, Allah rasa puas hati rasa content rasa happy dengan kita.. dan kita pun memang seharusnya la untuk menerima(redha) apa je yang Allah tentukan.. tapi kalau kita perasan redha bukan setakat terima, pasrah tapi kita terima dengan hati yang terbuka, kita tak questions apa2, malah kita rasa gembira dengan pemberianNya.. alangkah indahnya sekiranya kita tergolong dalam golongan Al-Mutmainnah tersebut..

Semoga kita tergolong dalam golongan yang mempunyai jiwa yang tenang,