Feeds RSS
Feeds RSS

Sep 26, 2011

Sep 24, 2011

A Ton Of Works~

Assalamualaikum..

selamat pagi sume~~ apa khabar hari nie?? semoga semua sihat hendaknya..XD
waaa.. sungguh gembira sebab boleh jugak update blog ari nie walaupun HW mmg byk gilerr..

pernah tak bila korang tak tau nak buat cam mana sesuatu keje tu, anda pn tangguhkannya dulu.. dan bila anda dah tau, anda mula membuatnye, ironinya pada masa anda mula membuatnye itu, kerja yang anda tangguh tu dah jadi sebesar gunung bila dicampur dengan kerja2 lain...pada masa itu, anda mula jadi konpius untuk dahulukan yang mana terlebih dahulu... ironinya lagi, pada masa yang sama anda juga perlu study untuk test dan juga anda perlukan siapkan powerpoint presentation untuk dibentangkan kepada kelas dan juga siapkan folio yang markahnya turut dikira dalam exam sem1.. x lupa juga 2 lab report yang dateline nya pada minggu yang sama beserta HW yang perlu dihantar untuk cikgu check.. yang paling ironi ialah orang yang sedang mengalami situasi di atas dengan enjoynya sedang menulis entri nie..

hahaha.. sebenarnya intan baru je siap lukis graf untuk transfromation of graph untuk translation n reflection.. Alhamdulillah sebab dapat siapkan mereka2 itu.. untuk stretches, intan perlukan sikit lg masa untuk mendalaminya lg agar lebih paham.. InsyaAllah boleh kot intan try siapkan apa2 yang patut mengikut kepentingan dorang.. bak kata sape ntah : utamakan yang paling utama sebelum yang utama..

korang tau tak?? semenjak masuk KMB nie, intan rasa semakin enjoy basuh baju.. bila tengok buih2 yang banyak tu, rasa seronok dan besh! n memang hilangkan tension la.. dan intan memang suka basuh baju tengah2 malam.. yela.. kalo siang hari macam xde masa je.. kalau pagi2 buta tu, sebulan sekali boleh r kot.. dan semalam intan buat cabaran membasuh sebakul baju n intan berjaya.. bila jemur semua baju tu, intan pun kira la banyak mana.. yg ada ialah: 4 pasang baju kurung, 3 tshirt, 2 seluar, 4 shawl + "menda2 kecik" n lab coat.. sebenarnya bakul tu intan nak hantar dobi je tp ntah macam mana rasa malas lak nak bawak pegi dobi.. oh ya, giliran dobi intan hari jumaat n selasa.. intan agak kalau kumpul baju2 nie sampai selasa, mesti x muat bakul nanti..so, rajinlah membasuh ye! minggu lepas intan basuh beg sekolah..haha Nanti nak basuh sejadah lak.. dah lama x basuh..:D  

hmmm.. sekarang dah azan menandakan dah masuk waktu zohor, jadi, intan pergi dulu la ye.. semoga jumpa lagi... doakan kejayaan intan kat sini.. sayang anda semua..!


Sep 16, 2011

ketenangan...

Assalamualaikum...

sibuk betul intan minggu lepas sampaikan x sempat nak update blog.. korang apa khabar eh?? intan harap semua sihat..

dalam dunia nie... ada banyak nikmat yang Allah bagi tapi kita tak sedar.. hmmm..mungkin intan jela yg x sedar.. antaranya ialah nikmat tidur (org insomnia menderita xleh tidur), nikmat oksigen(yg kita x sedar pn kita tgh sedut,hirup setiap detik setiap saat..), nikmat makan, nikmat hujan, nikmat tubuh badan dan 2 nikmat terbesar iaitu Iman dan Islam.. sebenarnya terlalu banyak nikmat Allah sehingga tak terhitung oleh kita seperti firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 18



dan nikmat yang intan ingin sebut pada hari ini ialah nikmat ketenangan.. betul la kan kata orang, kita tak akan sedar betapa bernilaianya sesuatu benda itu sehinggalah kita kehilangannya.. dan itulah yang berlaku pada intan.. walaupun Allah tarik nikmat itu dalam masa kurang dari 24 jam namun kesannya amat mendalam dalam diri intan.. sepanjang hari intan rasa moody.. senyum pun macam x ikhlas je.. sampaikan ada kawan intan yang tegur "tgkla muka tu, stress betul.. ikut aku, tarik nafasss, hembuss.. ikut lagii.." haha.. intan memang selalu suruh kawan intan wat macam tu kalo tengok dorang sedih ke stress ke.. x sangka sekarang intan pulak yang kena wat camtu..huhu (i'm glad that i've a good frenz here!)

mungkin selama nie intan terlalu lalai kot dalam melalui liku2 hidup sebab tu la Allah s.w.t tarik nikmat tenang tu untuk sementara waktu.. terima kasih ya Allah sebab beri kesedaran ini..!


last skali,intan nak share video nie dgn korang..




p/s: i luv matluthfi!!=D

Sep 6, 2011

Alhamdulillah.. selamat tiba di KMB..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. setelah seminggu lebih2 bercuti kat rumah, akhirnya baliklah intan ke KMB yang terchenta ini.. nampaknya, KMB masih sama seperti dulu..mcm xde apa yang berubah je..

korang nak tau tak?? banyak gilerr barang yang intan bawak balik ke kmb.. memang haru la bila nak naik n turun bas.. tyme naik n turun teksi.. naseb baek selamat sampai dalam bilik..

intan bertolak dari marang dalam kul 10 tadi dan sampai dalam bilik lebih kurang pukul 6.15.. memang bosan giler duk dalam bas tadi.. so, konklusinya, intan tidur je tadi walaupun mata x ngantuk..

korang nak tau lagi x?? bas transnasional nie kalo dari trg ke putrajaya, dia memang berhenti kat r&r chendor je.. tyme berenti tadi pukul 12.30 lebih2.. dan masa tu jugak perut intan mula lapar.. dan korang tau tak, intan berjaya menghabiskan 1 kebab ayam + 1 burger daging special..(mcm org kebuluran kan..)

last skali... bila dah sampai kmb tadi, perut intan mula lapar balik.. jadi, lepas unpack sume barang2, intan pun bergerak la ke DS.. amik la nasi walaupun lauk ikan, redah jela.. pastu pergi la duduk skali dgn zaf,ama,farah n mimi.. n korang tau tak?? diorang tegur intan makin chubby skrg.. n diorang pelik macam mana intan boleh jadi makin chubby dalam masa seminggu++..

kesimpulannya... biar muka chubby tapi hati baek..huhu


p/s: nak gerak pergi concourse pulak..:D



Sep 5, 2011

Bergelumang dgn kerja...arghhhh!!

Assalamualaikum..

 .......................................................???

haha.. sebenarnya intan x tau camne nak start menulis entri nie..
straight to the point-----> homework byk giler.. n the best part is semuanya x siap!
yehuuuu... memang raya sakan.. matiiilaa..haha

sekarang baru bertangkak-tangkak nak buat.. n the best part is konpem x siap wpun x tidO malam..
(ehem! nasib baek lab report da setel...)

so... mari kita belajar psl IB Learner Profile..




ada 10 IB Learner Profile yg mana pelajar2 IB patut mengaplikasikan ke dalam hidup mereka.. so, kepada rakan-rakanku.. jomlah kita jadi risk-takers.. kalau dah x sempat nak buat homework tu, sama2 la kita bertawakal dengan denda yang bakal diberikan.. atau lebih elok kalau kita ramai2 buat solat hajat agar cikgu buat 'derk' je pasal homework nie..

intan sebenarnya dah plan baek punya masa2 yang bakal diperuntukkan untuk homework nie, tapi apa mahu buat kita hanya merancang tp Allah lah yang menentukan..

last skali... manusia memang pandai buat alasan untuk menutup kesalahannya kan.. yes! that's me..

B: ala.. kerja aku tak siap..
A: itulah.. sape suruh procrastinate.. 
B: yela.. dah syawal sekali setahun je.. mmg la sakan sket..
A: tgk la tuh.. x abis2 dgn alasan..
C: B, kenapa Ko suka sgt bg alasan ek?
B: sebab aku manusia..
A & C : dah tu.. kitorg nie bukan manusia jugak ke??
B: errrr...
 (agak2 si A n si C tu dah siap kerja ke belum??XD)

kesimpulannya: janganlah jd macam saya yg suka procrastinate n byk alasan.. live life, long life.. smile alwayz!


Sep 4, 2011

A day with ar-rijal...?

Assalamualaikum... masih adakah mood raya dalam diri anda semua hari nie?? bagi orang pantai timur, esok dah mula bekerja.. esok juga dah mula bersekolah.. semoga moOd raya boleh ditukar kepada moOd kerja tetapi masih mengekalkan semangat raya tu..(asal macam pelik je ayat nie?? buat2 paham la kalo x paham..)

sebenarnya, entri nie intan nak tulis semalam(2/9/2011) tetapi dek kerana keletihan intan tertidur awal (pengsan sebenarnya), jadi malam nie baru  berkesempatan.. siang hari tadi intan pergi kenduri..

ingat lagi tak pasal entri yg sebelum nie?? iye.. betul..betul.. entri pasal aida tu.. nak dijadikan cerita, masa kat rumah aida tu, intan dapat tau, yang budak2 lelaki nie nak pergi beraya rumah cikgu pada keesokan harinya.. jadi, intan ngan nana beriya la nak ikut beraya sekali.. memandangkan kami berdua nie xde kenderaan nak pergi.. mereka cakap berilah waktu untuk mereka memikirkan hal ini terlebih dahulu..(sembang je.. dorang x cakap pun camnie..)

dalam agak2 kul 12.00 tgh malam lebih2 sket.. inche ibnu syed pun mesej cakap kereta on je.. malangnya, malam tu, intan pun tidur awal jugak.. jadi, pagi esok barulah intan reply mesej tu.. pastu, intan mesej la nana ajak join skali, TETAPI, nana cakap tak boleh pergi sebab toknya mengajaknya membakar sate.. well, family first.. so, intan text pula aida.. aida cakap, dia memang nak pergi TETAPI dengan maal n shu.. well, 'family-to-be' n bestfriend first.. intan pun text lagi orang lain TETAPI xde yang nak pergi.. jadi, tinggallah intan keseorangan disamping jejaka2 pujaan malaya...haha

(di rumah tcher rina: hakim mny,akh zarfan, intan, didi arefiq,ambe msf n ibnu syed..)

rumah pertama yang intan tuju ialah rumah ambe msf sebabnya ibnu syed suh pergi sana.. sampai sana memang terlebih awal sebab abg juan ada kerja lepas tu.. ala.. dalam 15 minit je pun awal.. lepak sana kejap pastu ibnu syed pun sampai.. sebenarnya dorang baru je balik dari men tenis tyme intan sampai.. then,kitorg berangkat ke rumah akh zarfan.. hakim mny kitorg jumpa kt tangah jalan,so angkut dia skali.. kat rumah akh zarfan, memang kebetulan buat rumah terbuka jugak.. intan makan nasi kuning.. nasi kunyit pun ada.. oh ya, didi arefiq dah tunggu kitorg kat rumah akh zarfan..

dalam pukul 9 lebih2,kami berenam pun bergeraklah, intan bersama ibnu syed,ambe msf n hakim mny menaiki kereta manakala akh zarfan merempit bersama didi arefiq.. destinasi pertama rumah cikgu haminah.. sembang serba sedikit sambil makan mihun goreng + puding, kami pun minta berundur.. 

kemudian, rumah cikgu zatilah pula menjadi sasaran kami..

 (bersama cikgu zatilah..)

borak2 jugak dengan cikgu zatilah, cerita pasal kolej masing2.. pastu rumah ustazah roziah pula menjadi mangsa seterusnya.. modus operasinya masih sama.. oh ya, sebenarnya kami dah terlajak jalan ryme datang ke rumah ustazah nie.. agak jauh jugak la u-turn.. apa nak buat kalau masing2 x bape sure dengan jalan nie.. yang beshnya beraya kat rumah ustazah nie, kami masih diberi duit raya..haha

rumah ke-4 pula, kami singgah di rumah ustazah rosliza.. di sini, intan telah ditinggalkan seketika kerana mereka berlima hendak pergi menunaikan solat jumaat di masjid.. so, borak panjangla dengan ustazah.. dalam pukul 2 lebih2 barulah dorang datang balik ke rumah ustazah.. kata dorang datang nak amik anak..huhu

destinasi seterusnya ialah rumah teacher rina..


teacher cakap dari pukul 11 lagi dia dah tunggu kitorang.. nasi pun dah sejuk.. tapi.. kitorg tak kisah pun nasih sejuk.. janji perut terisi.. makan punya makan, lepastu teacher cakap nak pergi kenduri.. kitorg pun minta berundur diri untuk menuju ke rumah teacher maryati..

setibanya di rumah teacher mar, kami disambut dengan pintu pagar+rumah+tingkap yang tertutup rapat.. bila call, teacher cakap dia xde kat rumah.. inilah padahnya kalau main terjah je..(akh zarfan punye idea la nie..)

so, rumah cikgu mala yang konpem ada kami tuju seterusnya.. kenapa konpem ada?? sebabnya cikgu mala buat open house hari nie..


rumah cikgu mala memang perghhh r.. letaknya dikawasan elit berdekatan istana yang tengah dibina.. tetamu cikgu mala memenuhi rumahnya.. walaupun begitu, cikgu mala masih lagi sempat mencuri waktunya untuk berborak ringkas dengan kami.. setelah itu, kami bergerak pula ke rumah cikgu suzana, singgah sebentar di masjid seberang marang untuk bersolat.. di rumah cikgu suzana, kami makan spageti n sate..

uwarghhh.. intan dah mengantuk dah sekarang.. selepas pergi ke rumah cikgu suzana.. kami beraya pula ke rumah pia n pipoh..


(pipoh vs kaum adam..)

itulah untuk malam nie.. intan nak pergi tidur pulak nie.. papepun, intan sampai rumah dah dekat pukul 7 kot hari tu.. memang sakan la beraya.. dari pagi sampai petang.. memang seronok sebab dah lama tak jumpa cikgu2..

itu jela untuk penulisan intan kali nie..:D

p/s: terima kasih banyak2 ye korang sebab sudi bawak aku hari tu..



Sep 1, 2011

best raya of the year!

assalamualaikum sume~
raya hari nie memang terbaek la..paling besh... hari nie barulah terasa macam raya.. seronok habisan.. terima kasih kat Aida Nasuha bt Zaini sebab buat majlis nie.. begini kisahnya.. Aida nie bakal berangkat ke cairo 15/9/2011 nie utk melanjutkan pelajarannya di university of cairo dlm bdg medik.. jadi, dia buat la majlis nie.. intan pun dengan bersemangatnya pergila rumah dia tadi.. intan orang yang paling awal sampai.. dalam pukul 11 gitu.. intan pergi dgn abg juan..

(aida n pipoh.. dua2 dapat fly ke cairo..)


bila sampai kat sana.. memang xde lagi geng2 yang sampai.. jadi, intan pun sembanglah dulu ngan aida.. tak lama lepas tu, nana pun sampailah..hihi  Bila dah jumpa nana, macam2 citer la keluar.. mungkin kita boleh panggilnya sbg perkongsian budaya/citer/pengalaman/syllibus kmb-kms.. tapi rasanya macam ada banyak lagi je yang belum citer..huhu

then, huda pun sampaila.. n macam biasala kalau huda drive, mesti ada yang akan ikut.. so, siapa yang ada ye?? yg ada ialah pipoh,pika n tirah.. masa diorang sampai, intan tengah makan ngan nana.. yang beshnya, pipoh jerit "mek sue!! lamanya tak tengok mung.." haha.. serius intan terharu masa tu.. sangat2 terharu kot..


(yg nie snap lepas shu n syira sampai...)

tengah2 lepak tu, tiba2 ada orang tanya "tak nak solat zohor ke?" intan cepat2 tgk jam.."ya Allah.. dah pukul 1.30.. x sedar pun orang azan.." So, kitorg pun pergilah bilik aida.. yang beshnya, intan ngn nana solat beriman..huhu Dah lama rasanya tak jadi imam nie.. kat kmb sume hebat2, xde peluang nak jadi imam..yang kelakarnya pulak, bila suh nana iqamah, dia tak nak.. last2, solat je terus..

(nana,nini,tira,syira n bihah..)

dalam bilik aida pun kecoh tadi.. kalau dah ada bihah,tira,shu n syira + aida, memang gamatla keadaan.. macam2 yang dorang sembang.. usik-mengusik memang amalan yang wajib... bak kata bihah "bihah kat matrik jadi bdk skema,balik ganu baru blh jd diri bihah mula.."

(ini pulak grup lelaki.. masa amik gmbr nie sume bdk pompuan dah balik..)

grup yang paling last sampai adalah grup lelaki.. waaa.. dah lama kot tak jumpe dorang..(xcept hakim la..) banyak jugak sembang ngan dorang.. kalau dh tempat lain2 memang banyak citer la kan.. lepas tu, dorang cakap nk datang rumah intan pulak..hmm.. dah alang2 nak datang rumah intan kan, so, intan tumpang la dorang balik rumah..  tak yah la nak call abg juan utk dtg amik kan...

(enak menjamu selera??)

masa dorang sampai rumah, ex-students ayah ada lagi dalam rumah.. so, dorang pun duk la kat luar dulu.. pastu, ayah datang bawak kamera.. n mulalah~

best snap kot~



posing maut~



apakah??


hikhik.. mak pun gelak tyme tgk gambar dorang tu..nampaknya my ketua kelas still tak berubah perangainya.. yang beshnya datang rumah intan nie, dorang siap boleh pilih nak air apa..hehe  n intan macam tak percaya bila tgk dalam bekas kek lapis sarawak bila dorang balik.. apa?? kosong?? perghhh.. mantops la..2 bekas kot.. dalam hati,"nie belum ada mizi lagi nie, kalo mizi ada ntah2 siap mintak tambah lg kot..hehe" dorang balik lepas tok chik intan ngan famili sampai..


famili tok chik memang meriah la.. 5 buah kereta kot tadi.. penuh satu rumah.. dari moyang sampai ke cicit.. semua generasi ada.. terus terang cakap,intan kenal tok chik, tok su ma ngn tok ngOh je.. yang len memang x kenal r.. dah ramai sangat tu,x sempat jugak nak berkenalan tadi..

sampai sini jela.. hari yang penuh kegembiraan n keceriaan.. yang akan sentiasa dalam ingatan n akan kekal dalam hati.. kalau buat esei english ending dia mesti macam nie "dead beat but over the moon.."

p/s: wehhh... rindu gilerr ngan korang sume... nanti kita buat reunion lagi yerr..mcm biasela...
p/s: sangat b'harap dpt join bdk2 laki beraya ke rumah cikgu2 esok..(apa kata kita buat solat hajat..nak??)

selamat hari merdeka raya...!

assalamualaikum.. Salam sejahtera semua.. salam1malaysia..semoga semua sihat hendaknya..:D
merdeka datang dulu sebelum raya sebab hari nie hari merdeka n raya da hari ke-2..huhu

(pic yg di snap sblm pergi solat raya..)

Dari petang tadi lagi intan nak menaip entri nie tapi asyik bertangguh je..baru je nak menaip, ada orang datang,baru je nak menaip, intan pulak sibuk baca blog orang lain, dah abis baca blog orang, hujan+ribut+petir+kilat mula melanda.. ntah sape yg tutup modem, so x jadi lagi nak menulis..bila tiba malam nie pulak, intan terlayan citer cikgushida.com pulak.. sekarang, bila tgh menaip nie, abg ka pulak meminta+merayu-rayu minta digorengkan segala mcm fast-food yg ada dlm peti ais..

ok.. kerja menggoreng dah selesai.. so,mari menulis.. eh jap.. polkadotdoughnuts ada vlog baru la.. intan pergi layann jap eh..huhu  Ok dah.. harap2 selepas nie dah xde gangguan lagi.. hmmmm.. apa yang intan nak citer eh??

Alhamdulillah.. walaupun umur dah menjangkau 18 thn tapi masih ada lagi orang yang sudi menghulurkan duit raya kepada intan.. nie yg best nie.. citer psl raya... raya pertama mcm biasala.. raya kedua pulak intan duk kat rumah je.. tengok boboiboy.. layann tetamu yg datang.. ramai jugak yg datang tadi.. biasela kalo ayah tu cikgu kan.. ramai la ex-students nya..

jom sembang psl mkn pulak.. sebut pasal makan nie.. sejak2 balik rumah, intan rasa gaya intan makan macam x ingat dunia je.. habis sume mende intan makan n habiskan..(ehem.. org cakap kalo kita habiskan makanan paling last blh dpt suami soleh..ameen~) raya nie jugakla intan jumpa ketupat, rendang tok, lemang, kek lapis yg dijamin halal dll.. sampai ada satu detik intan terasa betapa berdosanya diri ini..yela, intan sedap2 je makan kat rumah nie, orang lain cam mana? penduduk palestin yg kelaparan... orang2 fakir kat luar sana tu.. Ya Allah, betapa bersyukurnya aku lahir dlm keluarga ini.. terima kasih ya Allah...

last but not least... ada orang tegur intan makin gemuk skrg..haha Ini yang malas nak pakai shawl nie..makin menonjol pipi I tau.. intan sengih je.. yela, setiap kali naik penimbang asyik 40kg je.. so,tak kisahla apa orang nak cakap..huhu

“Tiada seorang mu’min yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali kerana Allah mahu menghapuskan dosa-dosanya” 
(HR. Bukhari).

~share hadis nie sebab tahun nie sambut raya dgn suara yg rock!(nasib baik selsema da hilang..)


p/s: kpd inche haikal hazwan, xdenya aku pergi concourse pagi2 buta untuk update blog..ko tak yah nak propa la ye..:P