Feeds RSS
Feeds RSS

Dec 30, 2010

Kerja Gilakah??

wahai hati, benarkah keputusan yang dibuat ini?
adakah ia sudah dihitung dengan hati yang waras?
apakah hati ini sudah bersedia?
membuka peluang untuk mengubah rasa..

wahai hati, apakah ini jalan terbaik?
sudah tiadakah jalan lain yang boleh ditempuh?
masih belum penatkah memendam rasa?
biarkanlah semua berlalu mengikut acuannya..

wahai hati, senyumlah..
laluinya,tempuhinya,jalaninya dengan rasa yang tenang..
hilangkanlah segala prasangka dihati..
hapuskanlah segala dendam yang bermaharajalela..

~aal izz well~
p/s: rasa macam dah terpengaruh dgn perangai Dou Yi Fang..


waktu sentiasa berjalan..aku??

assalamualaikum.. sewaktu intan menulis nie, hari baru sahaja bertukar, dari rabu kpd khamis..tarikh juga tidak ketinggalan.. apatah lagi masa yg berlalu saat demi saat.. mereka seakan-akan berlari meninggalkan intan.. sedangkan intan masih jauh ketinggalan di belakang.. malam nie intan malas nak bercerita panjang.. jom kita raikan kemenangan Malaysia ke atas Indonesia dgn agregat 4-2.. tahniah kepada khairul fahmi krn berjaya menjaga gol malaysia dengan amat baik walaupun indonesia berjaya juga membolosi gol 2 kali.. dan tahniah juga kepada pemain yang lain(terutama safee sali) kerana berjaya mencatat nama malaysia sebagai juara piala suzuki aff buat kali pertama.. [u're the rockz!]  macam biasalah, ada banyak benda yang intan nak kongsi dengan korang tapi apa nak buat, masa selalu menjadi kekangan.. kesian kat masa kan.. selalu dipersalahkan..padahal Allah S.W.T dah bagi masa selama 24jam dalam sehari.. masih tidak cukupkah wahai intan suraya?? masa yang panjang sekalipun andai tidak digunakan dengan baik pasti kita rasa tidak cukup.. itulah manusia..sebenarnya itulah intan..tidak reti bersyukur.. tidak sedar diri..tidak hargai masa.. wallawei.. macam mana nak ubah sikap sebegitu ya??  hmm..jika ada kelapangan nanti, intan akan siapkan entri mengenai jamuan raya,kem jenagor n sumai dan lawatan balok-genting-cameron... intan letak dulu gambar nie sebagai pembuka cerita..


intan juga nak kongsi lagu dari citer 3 idiots yang tajuknya give me some sunshine.. intan memang tabiik spriing la kat citer nie.. memang syioOk sgt2 dan mempunyai mesej yang mendalam.. takdela macam filem melayu yang tak abis2 dengan cinta,hantu dan ntah2 pape lagi.. intan bukan la nak mengata tapi intan nak mengutuk..haha





Dec 22, 2010

Ya Allah Ya Tuhanku..
Permudahkanlah Segala Urusanku..
Lapangkanlah Dadaku..
Hilangkanlah Segala Kesusahanku..
Berikanlah Ketenangan Hati Kepadaku..
Bantulah Aku Untuk Menghadapi Semua Ini..
Sesungguhnya Aku Insan Yang Lemah..


p/s:- kepala dah berserabut,berselirat... nak nangis..
p/s:- kpd org tu, thanks sebab kusutkan kepala aku! jasa kau tak akan aku lupa sampai mati!

FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI


assalamualaikum.. hari ini intan sertai satu lagi kontest.. kontest gambar tgh terbang.. korang pernah terbang?? dan ada gambarnya? kalo begitu, jomlah join skali..

MACAM MANA NAK SERTAI?
Mudah saje. Just follow the step below:

1. Peserta HARUS menjadi followers blog http://falihinjasmy.blogspot.com/ terlebih dahulu   ( bukan WAJIB, tapi peluang nak menang tu lebih cerah kalau tergolong dalam followers blog ni. )

2. Buat satu entry bertajuk FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI

3. Letakkan BANNER contest seperti yang diatas dan di link kan ke post contest ni.
3. Pilih SATU gambar anda melompat paling style. Tak kira lompat secara SOLO atau DUET atau GROUP. Gambar hendaklah original punya lompat OK. Tak nak yang edit2. Kalau edit hue, level, colour, brightness or etc tu boleh la. Ingat! hanya SATU gambar sahaja.

4. Letakkan caption paling kreatif di bawah gambar dalam 3 perkataan. Contoh:

TERBANG TAK TINGGI

5. Copy dan paste senarai hadiah yang ditawarkan. 

1 x 1st Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM100.00

1 x 2nd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 60.00

1 x 3rd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 40.00
6. Tak perlu buat sticky mode. Tapi, perlu sertakan BANNER contest dekat sidebar jugak dan di link kan sekali.

7. Tag sekurang-kurangnye 3 bloggers lain dan harus inform bloggers tersebut yang mereka telah ditag ye...
dan...
gambar yang menjadi taruhan ialah......

Dec 19, 2010

Apa sudah jadi dgn Intan??

Masalah nie.. betul2 bermasalah..sangat2 bermasalah.. sampai lupa nk bg salam.. assalamualaikum sume.. intan rasa sejak2 abis spm nie.. intan ada masalah sikit la nak menulis blog.. bkn kekangan masa.. bkn juga ketiadaan internet.. tp ketandusan idea.. rasa macam takde mood sgt2 nk menulis.. lagi parah bila rasa macam dah hilang skil menulis.. adakah sume skil menulis intan sume dah abis guna masa spm?? mcm mengarut je bunyinya.. tapi apsal ek? ke bidadari hujan dgn cinta sufi telah meninggalkan impak yang terlalu besar dalam diri intan sehingga kepala sudah jadi tidak normal?? atau sikap intan yang cepat rasa bosan dah merebak ke blog..aduhh! segala idea sebelum spm dolu2 da hilang dibawa angin semalam.. parah la intan macam nie.. tp xpe.. mungkin percutian ke balok-genting-cameron dapat mengembalikan diri intan yang asal.. sebelum berundur, intan nakkongsi satu resepi mudah dengan korang.. namanya puding karamel tp kalo korang nak panggil puding roti pon boleh jugak..

Bahan2..
3/4/5 keping roti*
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan air
2 biji telur

cara2..

Dec 17, 2010

Majlis Graduasi kali ke-2 SMKTLS...

assalamualaikum n salam 1Malaysia..
intan nak tanye nie.. Masihkah anda ingat pada gambar ini??


ingat lagi?? Jom kita bercerita mengenai nie.. sebenanrnya, sebelum entri nie sepatutnya ada 3 lagi entri lain tapi disebabkan intan memang tak sabar2 dah nak cerita pasal nie jadi intan pun tangguhkan dulu yang lain.. nanti korang datang korang tengok la bawah entri nie kot2 intan dah tulis yang baru.. sekarang nie nak citer pasal graduasi.. majlis nie disambut pada 24/10/2010.. pada hari ahad.. tapi sebelum majlis besar ini diadakan mestilah ada majlis rehearsalnya terlebih dahulu.. jom...

Intan masih lagi berpegang pada kata2 bahawa sekeping gambar boleh bercerita seribu cerita.. jadi biarlah gambar berbicara...

REHEARSAL(18/10/2010)

persiapan dewan..

dan x lupe jugak..

Dec 15, 2010

Merdeka!!

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...
tanggal 15 disember 2010, tepat jam 12.15 merupakan satu tarikh yg akan paling diingati dalam hidup intan.. tanggal dimana intan tidak akan lagi memakai pakaian seragam biru, tidak akan lagi menggalas beg putih dgn buku teks dan tidak akan lagi bergegas bersiap utk ke sekolah.. intan tidak lagi bergelar pelajar sekolah! bayangkan.. zaman 5 tahun di sekolah menengah telah berlalu.. meninggalkan kita tanpa sedar.. dan tanpa sedar juga,intan kini akan menjengah ke dunia yang serba mencabar.. intan percaya segala pengalaman yang intan dapat disekolah akan membantu intan mengharungi hidup yang baru bermula ini.. siapa sangka budak hingusan ini dah nak jadi anak dara..haha Pasnie dah boleh nikah dah nie.. ada sapa2 nak masuk meminang??(adeh! mmg dasar muka tak malu la nie..)..hoho

sepanjang peperiksaan ini, intan nak ucapkan jutaan terima kasih kepada para pengawas peperiksaan yang begitu baik membantu kami.. jasa kalian semua tidak terbalas oleh kami.. oh ya, ini ada gambar pengawas kami.. tapi tak semua la.. ketua pengawas pon tak ada.. hari ini cikgu ibrahim tak datang.. mungkin sebab calon yang ambil est pon hanyalah 37 orang.. sempat juga la intan amikgmbr diorg.. ini dia..

Dec 5, 2010

Nov 27, 2010

Majlis Menyambut Menantu : Anis Suraya...

Assalamualaikum sume... ini haa.. ada gmbr yg intan ambil kt majlis menyambut menantu Anis Suraya.. hari tu, masa kahwin tak berkesempatan nak pergi.. hari nie, nasib baik sempat.. kebetulan, masa intan pergi, pasangan raja sehari nie tengah berkaraoke.. sempat gak la intan dengar dua lagu.. Oh ya, pengantin lelaki nie saudara dekat intan jugak la.. tu la pasal, sampai jugak intan kat majlis nie..




dan paling akhir sekali...hehe

(Anis Suraya vs Intan Suraya)

Arfan baru je balik dr Rompin...huhu


p/s : lupe lak nak scan kad jemputan..

Nov 17, 2010

~SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA~


intan nak ucap selamat hari raya buat semua.. maafkan segala salah dan silap intan.. doakan intan dan kawan-kawan berjaya mendapat '' straight a+'s '' dalam SPM.. dan untuk awak, I don't know what exactly had happened to you… I'm really sorry if i had hurt your feeling..now, u seem just like a stranger to me.. So please… i want my old awak.. just let bygones be bygones...


p/s: sekolah dah habis,SPM bakal menjelang..hmm...





Nov 8, 2010

shawlipop contest!

assalamualaikum semua.. hari nie intan join lagi contest..hOhO.. nama contest nie shawlipop contest.. khas untuk orang yang pakai shawl.. x kira la pashmina ke ape shawl yg len2 ke..utk detail tgk bwh ok!

Bila contest ni bermula?
Dari 9 Oktober 2010 (Sabtu) hingga 9 November 2010 (Selasa) .

Siapa yang boleh join contest ni?
Contest ni terbuka untuk semua, tidak semestinya pelanggan shawlipop sahaja. Kami tidak akan bias ok!

Apa yang anda perlu buat untuk menyertai contest ini?
First, like kami di facebook (sila refer sidebar). Jika anda tiada facebook, sila jadi follower blog ini.
Second, pilih satu gambar (gambar anda menggayakan shawl) yang paling menarik dan sertakan dalam sebuah entri bertajuk shawlipop contest. 

(inilah gmbr yg jd taruhan intan..hehe.. menarik x??)

third, sila letakkan link shawlipop di entri blog anda.

dan yang paling menarik, penganjur ada cakap you will stand a chance to win something from NewZealand and United Kingdom, berserta sehelai shawl.



moga2 menang,

Nov 1, 2010

Aku Skandal??

(intan ngn Mr.WAH semasa majlis graduasi...)

hehe.. gilanya gempak tajuk.. dengan gambar yang tak nampak muka tuh.. sebenarnya saje-je nak kasi orang yang baca rasa teruja untuk membaca lagi... korang rasa teruja tak?? kalo rasa silalah tekan 'read more...'

Oct 20, 2010

Oct 19, 2010

Assalamualaikum...

Ramai yg tanya intan, apsal lama dah lame xde post baru kt blog.. wah! sejak2 buka sekolah nie banyak betul kerja yg ada.. apatah lagi, baru-baru nie rumah intan ketiadaan sambungan internet dala seminggu lebih gak.. minggu tu memang mati kutu la.. tak tahu nak buat apa..lagipun, SPM dah tak lama lagi dah.. tinggal 35 hari lagi.. memang menghitung hari r..

Intan sebenarnya tak berniat pun untuk menulis panjang hari nie, sekadar nak melepaskan rindu berblogging je.. lepas tu intan ada gak terfikir nak letak gambar-gambar intan yang terbaru, macam gambar hari raya ke jamuan raya ke.. tapi malangnya semua gambar ada dalam komputer yang satu lagi.. jadi lain kali jela ya intan memuatnaikkan gambar2 tersebut.. InsyaAllah selepas SPM nie..  

Kat sini, intan nak kongsi dengan semua lagu yang paling intan suka.. Tajuknya You Are Never Alone oleh Zain Bhikha..  walaupun sekarang dunia telah diserang oleh fenomena Maher Zain, intan tetap sukakan Zain Bhikha.. layann jela ya!



Dan dengan berakhirnya lagu tersebut, maka intan ingin mengisytiharkan bahawa intan akan berhibernasi selama kurang lebih 2 bulan.. intan nak pergi bertapa dalam gua (geng dgn Mr.Bear..) untuk menambahkan lagi ilmu di dada ini...h0h0

p/s: Doakan intan supaya dapat menjawab SPM dengan hati yang tenang dan diberikan ilham oleh Allah dan dapat mencapai A+ lurus (straight A+'s) ..



Sep 10, 2010

Sep 7, 2010

Arfan Danish in HD..huhu

Hari nie intan nak show off video Arfan yg tengah bergalak di atas katil.. kalo nak tengok, korang kena tengok sampai akhir tau sebab awal2 Arfan still malu2 nak bergalak... oh ya, video nie diambil dalam HD tau..~saksikanlah~



senyum je,

Sep 5, 2010

Contest Saya & Baby..



tengah intan sibuk berjalan-jalan di alam maya ini, intan terjumpalah satu blog nie iaitu blog cik awynn.. buat pengetahuan semua, cik awynn nie tgh buat satu kontest yang tersangatlah menarik pada intan iatu contest saya dan baby.. dan sudah tentulah intan pon nak join skali.. dah seperti biasa, Arfan la babynya.. apa nak buat, setakat nie Arfan seorang jela anak sedara intan..

(Arfan Danish bin Aliff Hafiz dgn Cik Sue nya..)

ini gambar snap sendiri sebab takde orang nak tolong snapkan..huhu  So, kepada sesiapa yang berminat nak join jugak kontest nie (ehem! yg berani nak bersaing dgn intan..).. blh la klik link blog @ gmbr kt atas sana.. syarat-syaratnya ialah..:

1) anda mesti warganegara Malaysia. n jadi follower blog ni.
2) mesti gambar anda dan baby.  
3) hanya sekeping gambar aje tau.
4) boleh aje edit2. tapi jangan lah over sangat :)
5) buat satu entri pasal contest ni.. yang simple2 aje dan letak link blog ni
( http://matahati-aween.blogspot.com)
6) letak kan gambar di atas di side bar blog korang.. link back to entry.
7) lepas tu jangan lupa taruk nama, email dan link entri anda pada ruang comment ye.
8) tag at least 2 orang. lebih pun boleh.  

oh ya! intan nak tag:
 

saje-je..

Malam nie, intan sesaje-je malas nak tidur lagi, kononnya nak melepaskan tekanan la nie.. lagipun bukan selalu intan boleh duk relaks2 camnie.. kalau petang memang agak sibuk la dengan kerahan tenaga.. kilatkan kerusi la meja la.. nak raya la katakan.. malam nie Arfan tak ade sebab dia dah balik Rompin dengan mama dan abahnya.. wah! memang rasa sunyi terus r.. oh ya! sekarang nie intan sibuk tau dengan lawatan yang kitorg rancang nak buat akhir tahun nanti.. memang sibuk gak la.. dan destinasi pilihan adalah pantai balok, kuantan.. kenapa pantai balok?? sebabnya abang juan n kakak Sab cakap kat situ banyak kemudahan berbanding dengan pantai TC.. lepas tu kan, intan masih lagi tengah berfikir nak bawak apa untuk jamuan kelas nanti.. yang tengah ada dalam kepala sekarang nie ialah puding roti, trifle,dadih @ kek marble.. tapi kalau nak yang paling mudah tentulah dadih.. hmm.. tak ingat la pulak nak check bekas tupperware kecil ade lagi atau tak untuk dadih.. tapi kalau buat trifle sedap gak kan.. bukan selalu boleh jumpa trifle nie.. kena buat istikharah nie.. yang paling penting, intan tak rasa yang intan akan buat kek keju.. serik dah weh! oh ya! untuk pertukaran hadiah intan nak beli apa ya?? fuh! kena fikir gak apa yang sesuai tuh.. kan beli selendang, dapat lak kat bdk laki, tak ke naya tuh! jadi, cuti nie memang kena banyak berfikir la nie.. takpela.. makin banyak kita berfikir makin berkembang la sel2 dalam otak kita..

ini untuk tatapan korang semua.. Arfan Danish yang chumel..



sekian sajalah,

Sep 2, 2010

Raya Dah Dekatlah..

assalamualaikum sume.. dah lama betul kan kita tak bersua muka kat alam maya nie.. dah hampir 3 minggu kot.. intan baru je selesai menduduki peperiksaan percubaan... memang menakutkanla.. harap-harap ada peningkatan dari yang dulu.. korang sedar tak?? peperiksaan intan baru je abis jadi maknanya, sekolah dah mula cuti la nie.. eh! seronoknya... kalau sekolah dah cuti maknanya raya pon dah dekat la kan.. wah! lagila seronok.. tapi kan, kalau diingat, masa kecik2 dulu, raya lagi best.. mungkin sebab dulu masing2 bersemangat nak jelajah satu kampung untuk cari duit raya tapi sekarang memang dah tak la kan.. wat malu je dah besar tapi still mintak duit raya dengan orang.. dah lama tak menulis nie rasa macam dah berkarat je minda nie.. ada idea tapi tak tau nak tulis camne.. jadi setakat nie jela.. selamat hari raya ya semua.. intan tinggalkan korang dengan lagu nie.. ~enjoy!~ 


p/s: rasa macam serabut je bila terlalu banyak berfikir.. fikirkan tentang orang yang terlalu kaya dan terlalu miskin.. teruskanlah hidup anda ya! semoga hidup anda sentiasa diberkati... intan hanya mahu hidup aman..;)

p/s: InsyaAllah, kalau ada masa intan akan buat 'review' novel Untuk Awak Teja Aulia dan Labyrinth..

Aug 11, 2010

selamat berpuasa ya!

Assalamuamualaikum sume..ramadhan dah datang nanti nak raya..lepas raya, ada peperiksaan..nampaknya SPM dah tak lama lagi..Jadi, kena kurangkan la aktiviti blogging nie..semoga kita semua sentiasa diberkati Allah..





Aug 4, 2010

Selamat Hari Lahir!!


selamat hari lahir buat abang intan iaitu Mohd Izwan Mohd..semoga sukses selalu n cepat2 kahwin ya!
intan gak nak ucap selamat hari lahir kt siti nur ilham (kak yong),nur asyira fahana(syira),ketua kelas intan, Mohamad Syafiq Fauzan, bdk kls sebelah, Nur Jannah n Siti Farah.. Moga dimurahkan rezeki n dapat straight A+'s SPM..Ramai lg sebenarnya tp tunggu birthday diorg dulu la..

Jul 30, 2010

oh hidupku..

assalamualaikum semua..sudah lama ya kita tak bersua muka di alam maya ini.. apa khabar agaknya anda semua? intan harap anda sihat.. intan betul-betul sibuk sejak akhir-akhir ini.. entah apa yang intan sibukkan intan pun tak tahu, yang intan tahu intan memang tak ada masa nak buka komputer untuk menulis di blog ini.. dan kalau diikutkan terlalu banyak benda yang intan nak ceritakan.. tapi tuhan saja yang tahu intan memang tak berupaya untuk bercerita semua perkara itu..

masihkah anda ingat pada camior di bawah ini??
intan nak bagitau je yang camior nie memang sedapla.. terima kasih la skali lg kat org yg bg camior nie kt intan.. lps nie intan panggil awk dgn nama mr/miss camior la eh.. dan terima kasih jugakla sebab anda sedarkan intan bahawa sebab sebenarnya intan sukakan coklat ialah kacang yang ada kat dalam tu.. sebab tu la semua coklat yang intan beli selama nie memang ada kacang sebab intan memang sukakan kacang.. oh ya! bear tu pon masih ada lagi kt henpon intan...


oh ya! sekarang intan tengah kem tau.. kem dearah marang 2010 yg b'tempat kt sekolah intan.. apa yang intan rasa?? pada hari pertama intan rasa tersangatlah tidak seronok.. kenapa?? entahlah.. intan pon tak tahu.. rasa macam tengah terbang ke awang-awangan je.. memang takde mood sangat2 la nak tumpukan perhatian kat kem tu.. adakala rasa macam orang tengok intan memang tumpukan sepenuh perhatian la tapi roh intan sebenarnya tak tahu dah sampai kat mana.. tapi hari ini dah ok sikit la.. pagi2 je intan mula sengih2 bila jumpa orang.. nak dapatkan balik semangat nie.. intan 'say hai!' kt ketua kelas intan yang muka dia ada ala2 Ashraf Muslim kalo skali tgk.. tak percaya?? nah tengok!

Jul 17, 2010

Video for my friends!!





dan ini satu lagi..




Jul 14, 2010

izinkan aku berbicara..

~assalamualaikum~
semua orang tau (yg x tau buat2 tau je k..) hari ini, genaplah intan 17 tahun.. terima kasih buat semua yang ucapkan 'hari jadi@lahir' untuk intan.. terima kasih banyak2..

mula2 skali... sebelum intan berbicara banyak.. intan nak korang baca ini dulu.. sebelum baca angkat tangan kanan macam orang nak baca ikrar.. sekarang baca..
dengan ini, saya (sebutkan nama anda) berikrar dan berjanji akan membaca entri ini sama ada habis atau tidak, dengan tidak merasa apa2.. saya tidak akan menyumpah,menyeranah,meluat, mengata dan semua yang sama waktu dengannya, ketika membaca entri ini walaupun saya memang teringin untuk berbuat begitu.. saya juga akan sentiasa tersenyum dan ketawa apabila baca entri ini walaupun saya memang nak muntah tahap gaban..
lepas tu tekan read more ok!

Jul 11, 2010

Jul 7, 2010

Aku Tak Paham....


Aku tak paham bila...
*Lagak diri bak alim ulama tapi tak amanah..
Tak paham2 ke dalam Al-Quran tu ade sebut salah satu ciri muslim tu
adalah AMANAH?? tak percaya?? tengok kt bawah nie..
antara ciri orang muslim ialah "orang yang menjaga amanah dan janjinya.."
jadi, kalau cikgu suruh balik pukul 2, balik la pukul 2..
jangan pandai2 nk balik awal.. walaupun awal 15 minit je..


Lagi aku tak paham bila..
*Lagak diri memang dah hebat dalam bidang agama tapi pentingkan diri sendiri..
tak boleh ke kalau bekerjasama sikit?? kalau amal sikap ithar tak boleh ke??
Maksud ithar...
Ithar itu ertinya mengutamakan kepentingan orang lain lebih daripada kepentingan kita…bahkan, kita akan melebihkan diri orang lain lebih daripada diri kita sendiri.[1]
atau..
Apakah ithar? Definisi ithar ialah manusia mendahulukan hajat orang lain melebihi dirinya sendiri.Contohnya manusia menahan lapar dan dahaga demi menghilangkan lapar dan dahaga manusia lain terlebih dulu. Ia ialah sifat mengutamakan orang lain daripada diri sendiri.Dalam erti yang lain ithar bermaksud gaya hidup masyarakat yang menolong, menghormati, berbakti, bersimpati, berkasih sayang, bertimbang rasa, pemurah kepada golongan yang memerlukan bantuan dan berada dalam kesempitan.[2]

Jun 30, 2010

Visi baru untuk Hidup...

Haha.. pelik betul kan kalau tiba-tiba je tajuk entri macam nie..kalau awal tahun tak adalah pelik sangat sebab orang memang suka cakap pasal misi,visi,azam n byk lagi bila masuk tahun baru.. tapi kalau tengah2 tahun macam nie?? Tak kisahlah kan.. ini blog intan jadi ikut suka intanlah nak tulis pasal apa.. tapi betullah.. intan dapat rasakan yang intan dah ada visi baru untuk teruskan hidup.. teruskan hidup?? semacam je bunyinya kan?? tapi tak apalah, itu antara perkataan yang paling sesuai digunakan untuk menggambarkan situasi intan sebelum ini.. sebelum ini intan rasa macam lagu Dugaannya oleh hujan tu memang ditujukan khas buat intan,

Berkecamuk hati, hatinya sendiri,
Persoalannya kini, sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?
WoWo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Tapi itu dulu, sekarang dengan Jus mate5 berat badan saya telah turun sebanyak 15 kilo.. eh! apalah pulak nie.. tiba2 je iklan jus mate5 masuk blog intan?? maaf ya, iklan jap tadi!huhu  Hmm.. sebenarnya intan dah lupa lak pulak nak cite pasal apa.. ok lah, macam nie.. selepas je peperiksaan pertengahan tahun nie, perasaan memang bercampur baur, bukan shj sebab kimia dpat C, tapi ada banyak lagi sebab2 lain.. Kalau difikirkan balik, keputusan intan bukanlah teruk sangat, 4A,4A-,1B,1C-, betul tak?? Jadi buat apa intan nak kusutkan kepala fikirkan pasal nie.. Pasal hal2 lain, intan ingat intan nak ikut je jalan yang ada kat depan, dah malas nak menongkah arus, tak ada faedahnya pun.. Jadi, apa ya visi intan yang baru nie?? Lu fikirlah sendiri!

Tapi, sebelum intan mengundurkan diri, intan ada sesuatu yang nak dikongsikan bersama iaitu beza suka dan cinta:

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

p/s: banyak betul bilangan 'tapi' dalam entri nie, kalau dibilang-bilang, itulah kedudukan intan dalam kelas untuk peperiksaan pertengahan tahun nie..


Senyumlah,

Jun 23, 2010

Menarik tau!

Haa.. ini kisah Ayee yg ronda-ronda pusing terengganu...