Feeds RSS
Feeds RSS

Jun 30, 2010

Visi baru untuk Hidup...

Haha.. pelik betul kan kalau tiba-tiba je tajuk entri macam nie..kalau awal tahun tak adalah pelik sangat sebab orang memang suka cakap pasal misi,visi,azam n byk lagi bila masuk tahun baru.. tapi kalau tengah2 tahun macam nie?? Tak kisahlah kan.. ini blog intan jadi ikut suka intanlah nak tulis pasal apa.. tapi betullah.. intan dapat rasakan yang intan dah ada visi baru untuk teruskan hidup.. teruskan hidup?? semacam je bunyinya kan?? tapi tak apalah, itu antara perkataan yang paling sesuai digunakan untuk menggambarkan situasi intan sebelum ini.. sebelum ini intan rasa macam lagu Dugaannya oleh hujan tu memang ditujukan khas buat intan,

Berkecamuk hati, hatinya sendiri,
Persoalannya kini, sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?
WoWo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Tapi itu dulu, sekarang dengan Jus mate5 berat badan saya telah turun sebanyak 15 kilo.. eh! apalah pulak nie.. tiba2 je iklan jus mate5 masuk blog intan?? maaf ya, iklan jap tadi!huhu  Hmm.. sebenarnya intan dah lupa lak pulak nak cite pasal apa.. ok lah, macam nie.. selepas je peperiksaan pertengahan tahun nie, perasaan memang bercampur baur, bukan shj sebab kimia dpat C, tapi ada banyak lagi sebab2 lain.. Kalau difikirkan balik, keputusan intan bukanlah teruk sangat, 4A,4A-,1B,1C-, betul tak?? Jadi buat apa intan nak kusutkan kepala fikirkan pasal nie.. Pasal hal2 lain, intan ingat intan nak ikut je jalan yang ada kat depan, dah malas nak menongkah arus, tak ada faedahnya pun.. Jadi, apa ya visi intan yang baru nie?? Lu fikirlah sendiri!

Tapi, sebelum intan mengundurkan diri, intan ada sesuatu yang nak dikongsikan bersama iaitu beza suka dan cinta:

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

p/s: banyak betul bilangan 'tapi' dalam entri nie, kalau dibilang-bilang, itulah kedudukan intan dalam kelas untuk peperiksaan pertengahan tahun nie..


Senyumlah,

Jun 23, 2010

Menarik tau!

Haa.. ini kisah Ayee yg ronda-ronda pusing terengganu...


Your Laughter by Pablo Neruda..

Take bread away from me, if you wish,
take air away, but
do not take from me your laughter.

Do not take away the rose,
the lance flower that you pluck,
the water that suddenly
bursts forth in joy,
the sudden wave
of silver born in you.

My struggle is harsh and I come back
with eyes tired
at times from having seen
the unchanging earth,
but when your laughter enters
it rises to the sky seeking me
and it opens for me all
the doors of life.

Jun 19, 2010

Tahniah..

Hari ini banyak sangat perkara yang baik-baik berlaku.. jadi intan mengambil keputusan untuk membuat satu entri khas untuk menujukan ucapan tahniah..

pertama..

Tahniah kepada semua pelajar 5 Amanah yang terlibat serta Cikgu Rina kerana berjaya menjayakan parti BBQ yang sungguh menyeronokkan pada tengah hari td..

Kedua..

Tahniah kepada Intan n geng yang berjaya dalam pertandingan Hlovate..

Ketiga..

Tahniah kepada semua atlit Terengganu kerana berjaya dalam SUKMA yg ke-13.. Kontigen Terengganu mmg rocks!!

Terakhir, intan tujukan lagu ini kepada semua skali..




Kehadiran yang tak disangka..

Pergghh!! kalau kita perhati entri yang sejak akhir2 ini, semuanya sedih2 je, sakit ati,sakit kepala, geram, benci n sume adela.. bab kata orang, sume yang negatif je kan.. tapi hari ini...Intan ada khabar gembira yang lg mengujakan.. mula2.. kita tengok dulu gambar kt bwh nie..

hehe.. inilah kotak yang tiba-tiba je ade bila intan balik ke rumah.. kotak ape ye?? tertera nama intan kt situ.. kalau nk tahu, korang terpaksala teka 'read more..' kt bawah nie..

Jun 17, 2010

Forward: Adakah anda sedar??

assalamualaikum semua..
nak kongsi apa yang saya baca baru2 ni tentang kasut "crocs" yg tertera nama ALLAH swt pada logonya apabila dipusingkan ke 180 darjah...apabila diperhatikan amat mengejutkan,



Tapi,adakah semua ini satu kebetulan? Atau syarikat Crocs tidak tahu menahu? Hanya maskot buaya yang comel, tanpa ada agenda disebaliknya? Bagaimana pendapat anda?

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka" - Al-Baqarah 120

Kalo anda dalam dilema,mintalah petunjuk daripada-Nya..insyaAllah..


a) Aku ada sepasang kasut Crocs. Makanya, aku akan menghilangkan logo ini dengan cara menggoresnya dengan pisau. Biar ia kelihatan bercalar-balar, kesucian Islam itu perlu dijaga.
b) Jika anda benar-benar marah akan perkara ini, bakar kasut Crocs kepunyaan anda sendiri.
c) Jika rakan anda belum maklum, sila maklumkan kepada beliau. Bukan membakar terus kasut Crocs mereka.
d) Jika anda mereka masih mengira-ngira untuk membeli kasut ini, anda ada pilihan (a) dan pilihan (b).
e) Jika anda berautoriti untuk mengetengahkan perkara ini kepada sekalian warga, aku cukup-cukup mengalukan.
f) Jika anda tidak ambil peduli akan pendedahan ini, sahlah keimanan yang ada di dalam diri bagi seorang muslim telah dicabut oleh Allah.
g) Jika anda seorang muslim yang beriman, sebarkan artikel ini kepada semua. Baik menggunakan blog anda, akaun facebook anda, akaun twitter, atau lain-lain medium

jadi kita sbgai hamba-Nya ambil la yg jernih buang yang keruh.Mudah-mudahan usaha kita diberkati YANG MAHA ESA..InsyaAllah..:)

maafkan segala kesilapan saya YA ALLAH dalam menulis artikel ini..mudah-mudahan aku diberi petunjuk.insyaAllah..amiin

Jun 16, 2010

aaarrghh!!

ok! dis is my second post wif the same title.. that's enough ok!
i'm too tired to go through all of this..
plezz stop ok! enough! i'm tired,bored,fed up wif all of this..
plezz give my old life back..
i don't want to live like dis anymore..
plezz don't make my hackles rise k!


Berita Tergempar!!

sempena hari pengguna 2010, pelbagai pertandingan kepenggunaan telah dianjurkan.. Anda semua bolehlah melayari [mypengguna] untuk mengetahui tentang pertandingan yang dianjurkan dengan lebih lanjut.. Oh ya! berita tergemparnya ialah intan akan menyertai pertandingan blog kpenggunaan.. mungkin agak terlewat sedikit tp join jela.. intan berharap sangat agar korang sume boleh datang ke blog  nie [penggunaberhemah] untuk menyokong intan.. tolonglah jadi follower intan.. tolong sangat2..



Jun 15, 2010

Nak Berleter Boleh Tak??

Tak kira la apa yang berlaku hari ini, intan tetap nak berleter.. intan nak keluarkan segala benda yang ada dalam hati sanubari ni..(haiya!intan suraya nk berleter lagi??) Intan bukanlah apa, intan nie bukanlah spesies yang suka berleter tak tentu pasal nie tapi intan rasa sejak akhir2 nie, darah intan asyik naik mendidih je.. pasal apa?? pasal jamuan yang bakal diadakan hari sabtu nie.. wah! jamuan ker??(tiru gaya jimmy shanley) apa yang korang rasa kalaulah korang je beriya-iya nak buat tapi orang lain macam tak bersemangat?? apa yang korang rasa kalau korang memberi tapi orang lain tak hargai?? apa yang korang rasa??  apa yang intan rasa ialah baik tak payah buat jamuan nie kalau semua benda hanya *aku je yang kena buat.. ke mana perginya kami?? kenapa hanya aku yang tinggal?? heyy! tolonglah, kita hidup sekelas bagai satu keluarga, jangalah kita amalkan sikap ke'aku'an nie.. bertanggungjawab la.. ambik bahagian.. jangan nanti bila tiba hari jamuan semua datang.. semua seronok, semua enjoy! tapi masa sebelum nak buat jamuan nie, bila tanya sket, 'eh! rumah aku xdee bnde tu','sorila, aku tak boleh..' dan macam2 lg la manusia2 nie bersuara..jadi, segala kesusahan sape yang tanggung?? aku!  sape yang berhabis tenaga?? aku! sape yang berhabis duit?aku! sape yang berhabis masa? aku! abis tu sape yang seronok,lepak,sempoi? manusia2!  intan nak tengok je bila dah tiba hari jamuan tu berapa ramai yang bawak makanan tambahan seperti yang di minta.. kalau ikutkan pengalaman yang lalu, tak ramai yang bawak.. senang citer masing2 bawak diri jela.. apa nak buat.. dah memang oarng melayu macam tu.. intan bukan nak merungut jauh skali nak perasan baguss tapi intan hanya nak orang yang baca entri nie sedar bahawa kita hidup nie kena peka dengan sekeliling kita, peka dengan perasan orang, jangan hidup pentingkan diri je.. ucapakanlah terima kasih kat kawan2 korang yang banyak membantu ok! agak2 kalau intan pon buat senyap macam manusia2 nie, jamuan tu boleh gerak tak?? haiya! tahun lepas ingat dah tak nak jadi salah seorang organizer tapi tahun nie jadi jugak.. mungkin sebab tu la manusia2 nie buat diam je kot sebab tahu intan akan ambik alih jugak..~sigh

*aku boleh merujuk kepada sorg, 2 org, 3 org & ramai lg..

p/s: terima kasih kat Athirah Ismail sebab selesaikan masalah nasi goreng tanpa banyak songeh.. terima kasih kat nashatul amalina untuk ayam dan kepada semua yang sudi meminjamkan tangan kepada intan.. kan kalau list semua tak larat korang nak baca..

renung-renungkan,

Jun 6, 2010

kecewanya..

balik je dari kelas tadi, perasaan intan memang betul2 bergolak.. perut rasa bergelodak.. air muka rasa macam dah tak tau macam mana.. memang kecewa sangat2.. teramat-amat kecewa.. keterlaluan kecewanya.. kenapa boleh jadi macam nie?? geramnya.. bencinya.. tak patutnya.. waaa.. sedihnya.. intan dapat C untuk salah satu subjek kegemaran intan.. apa nie.. di ulang ye!! intan nie memang suka subjek kimia, tapi intan dapat C?? aduhh!! kenapala intan banyak sangat cuai masa menjawab?? nampaknya sikap yakin yang keterlampauan telah mengusai diri intan masa menjawab periksa hari tu..kena kikis balik tuh.. sekarang nie pun perut intan masih lagi rasa lain macam.. yela, korang bayangkan bila sesuatu yang korang nak sangat2 tapi tak dapat.. ini dah lebih dari 'frust' tau.. 'frust menonggeng' pon tak macam nie.. tapi tak rasa macam nak menangis la.. cuma hati nie rasa sebu sangat2.. rasa macam tak jumpa ngan orang.. rasa malu sangat2.. tak tau kenapa..  sebenarnya intan takdelah rasa sedih sangat, yang intan rasa sekarang nie ialah intan nak ambik peperiksaan kimia sekali lagi sebab intan rasa intan memang boleh buat.. tapi kalau kita fikir balik, inilah ujian yang sebenarnya.. kita kena ingat yang hidup kita nie macam sekolah la, memang tak lepas dari ujian.. macam firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 155..

(ayat nie kita belajar masa tingkatan 2 atau 3.. lupa lak..)

Jun 4, 2010

selamat bercuti...!



You know how this is:
if I look
at the crystal moon, at the red branch
of the slow autumn at my window,
if I touch
near the fire
the impalpable ash
or the wrinkled body of the log,
everything carries me to you,



Jun 2, 2010

analisis sonnet XVII..

assalamualaikum.. nampaknya peperiksaan intan tinggal satu subjek shj lg iaitu est.. jadi, malam ini intan berhajat untuk membuat sedikit analisis ringkas mengenai sonnet XVII oleh pablo neruda yg intan pos 4 hari yang lalu..

rangkap pertama:
I do not love you as if you were salt-rose, or topaz,
or the arrow of carnations the fire shoots off.
I love you as certain dark things are to be loved,
in secret, between the shadow and the soul.

bagi intan, dalam rangkap ini, pablo neruda menyatakan bahawa cintanya kepada kekasihnya bukan kerana rupa luaran.. bukan kerana apa yang boleh dilihat dengan mata kasar tapi sesuatu yang kita hanya boleh rasa dengan hati.. memang suatu rasa cinta yang sangat mendalam..fuhh! sebabnya kalau kita lihat pada topaz,  salt- rose(setakat kajian intan, ada 2 benda yang dikatakan sbg salt rose)dan carnation semuanya termasuk dalam kategori yang lawa la..

topaz...

salt-rose...
(rosa rugosa)

atau

(aragonite)


carnation...


rangkap 2...
I love you as the plant that never blooms
but carries in itself the light of hidden flowers;
thanks to your love a certain solid fragrance,
risen from the earth, lives darkly in my body.