Feeds RSS
Feeds RSS

Jan 24, 2015

Taylor's University....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hari nie InshaAllah intan nk bercerita mengenai Taylor's University...(kiranya bayar hutang la nie sbb hari tu ada orang minta intan ceritakan psl nie...) so.. intan nk bahagikan kepada 3 parts:
1. Taylor's University
2. ADP
3. Kehidupan Intan di Taylor's..

…………...…...............…....….........………………………………………

1. Taylor's university Lakeside campus
- terletak di PJS7 walaupun beralamatkan Subang Jaya
- menawarkan program dr pre university ke PHD..
- bkn cawangan uni luar negara.. Taylor's uni mmg uni Malaysia..
- terkenal dgn program hospitality, culinary n bisnes..
- xde program fashion,design etc walaupun taylor bunyi mcm tailor..
- ada lake! n library yg agak besar..( tp sebijik novel pn xde..)
- yuran n resources fee yg sgt mahal! ( n dlm campus ada Starbucks, subway, secret recipe, old town white coffee, chatime etc..)
- dan lain-lain..
…………...…...............…....….........………………………………………
2. American Degree Transfer Program(ADP)
- program yg membantu anda merealisasikan cita-cita anda ke luar negara dgn lbh mudah... anda blh ke usa, canada, aussie n even UK!
- pembelajaran macam uni bkn mcm pre-uni.. rasanya intan blh ckp adp jauh lg senang dr IB n a-level.. sbbnya? Ianya menggunakan sistem modular dimana klu subjek math contohnya dipecahkan kpd calculus I,II,III,Linear Algebra, Differential Equation etc.. jadi, satu sem kita perlu fokus pd sikit je, n next sem kita dh blh tinggalkan yg tu n fokus pd yg lain pulak... kalau IB, kita belajar semua benda n final baru luahkan apa yg dh belajar tu..(agak susah la utk Intan nk ingt semua mnda dr A to Z tu)
- ada pelbagai range umur, bangsa, negara kt sini.. tp semua dilayan sama rata.. kat sini la intan belajar erti sbnr 1 Malaysia..
- ADP best sbb satu kelas ada dlm 20-30 org je..( sem lps kelas intan ada 8 org je..) jadi kita boleh lagi fokus dlm kls tu..
- n yang paling intan suka, kita blh customize jadual kita.. nak kelas pagi ke petang ke, lecturer  A ke B ke, nak amik subjek A ke B ke... jadi jadual intan blh suits my needs(ecece..my needs la sgt)
…………...…...............…....….........………………………………………

Alamakkk!! Bateri tab dah low.. inshaAllah nantilah intan ceritakan part 3..hehe Barulah suspen sikit kan...:p



Jan 12, 2015

post buang masa.. jangan baca jika buzyyy!!

assalamualaikum duniaaaaa...(hehe.. cam lagu faizal tahir la pulak..)

dah lebih sebulan bercuti, baru hari nie terasa nk update..
tapi tak tahu pun nak cakap pasal apa..
apa?? pasal isu semasa?
yg mana? hanis zalikha? ifa raziah? ke emma?
ohhh.. kpop??
tak nak ahh... dah ramai orang ulas pasal tu semua..
pendapat intan??dah lama dah kot artis2 Malaysia yg ISLAM berpelukan sesama sendiridalam drama2, xde pulak yg nak bising.. daripada kita duk kutuk org sana sini,baik kita sebarkan kefahaman ISLAM nie supaya orang ramai lbh paham..(ouchhh..nk tulis senang tp nk buat tu, Allah je yg tahu..) Jom kita doakan supaya semua drama2 selepas nie ikut polisi drama TV Al-Hijrah tak kira la siar kt tv mana2 pn..

anywayyy~

cuti intan berbaki kurang dari 2 minggu lagi.. sememangnya cuti kli nie sgt tidak produktif! InshaAllah sem baru nanti akan jadi sem terakhir intan di Taylor's Uni sebelum intan meneruskan perjuangan di Uni yg identitinya belum lagi dapat dikenal pasti..(masih dalam proses isi borang..XD)

hmmm.. mungkin blh buat refleksi untuk cuti nie...
* bukan senang nk pilih sesebuah universti.. byk menda yg perlu dititikberatkan..
*ayah pesan lepas grad terus kahwin tak yah nak sibuk kerja dua tiga tahun dlu bru ingt nk kahwin..
(gaya mcm intan nie dh ada calon je...sigh~ Bukannya lelaki blh suka2 nk pinang sape2 bila2 masa je..)
*merancang tanpa ada usaha untuk membuat apa yg dirancang itu suatu pekerjaan yg sia2...
*rasa mcm writing in english makin teruukkk..(camne nk repeat ielts nie??)
*tak tau dah nk tulis apa~
*sekarang dah pukul 2 tapi mata masih tak nak tido..

setakat nie jela dulu post yg sangat tak berfaedah dr intan..(sesaje nk lps gian berblogging..)
selamat maju jaya dalam hidup..
semoga hidup kita sentiasa berada dalam naungan rahmat Allah di dunya wa akhirahhh..

Aug 18, 2014

Pokok kurma dan usaha...


"Amboiii Mer, syoknya landing atas katil.. kau dah habis study ke?? Esok dah nak exam ni.."tegur Umar tatkala melihat Amer yeng sedang enak bersantai dikatilnya..

"Eh kau nie, main redah je bilik aku, salam tak, ketuk pun tak." Balas Amer tanpa menghiraukan persoalan yang ditanya Umar.

"Ye memang bilik kau tapi bilik aku jugak. Aku dah bagi salam dah tadi tapi kau tu asyik sangat berangan sampaikan tak dengar salam aku.."Umar bergerak mendekati katilnya, lantas mencapai tualanya yang digantung pada hujung katil. Badannya terasa belengas setelah sepetang bermain futsal.

"Ohhh ye ke... Maaf.. Waalaikumussalam..Eh, kau dari mana nie? Habis lencun satu badan aku tengok.." soal Amer pula.

Umar yang sedang menyejukkan badannya dibawah kipas menjawab, "Kau nie memang kann, soalan aku pun tak dijawab lagi, dah sibuk duk tanya orang soalan lain. Aku main futsal tadi dengan budak-budak hostel sebelah, ingatkan nak main frisbee tapi tak ada geng pula."

"Ohhhh.. futsal.. soalan kau tadi ape ye? Study? Alahhh.. Aku sekarang tinggal masuk hall dengan tawakal je lagi, lain semua setel.."balas Amer sambil mengubah posisinya dari baring kepada bersila.

"Hebatnya kau.. Aku juga yang tertinggal sorang-sorang kat belakang. Penat la weh nak menghadap buku je 24/7." Balas Umar sambil bergerak ke arah pintu toilet.

" Haaa.. sebab penat tu la, aku tawakal je.."

Umar berhenti lantas berpaling memandang kawannya itu, "Maksud kau?"

"Aku tak habis study pun lagi.. Kepala aku ni dah tak boleh nak masuk dah semua benda tu.. Baca pun tak guna Mar..Jadi, daripada aku baca tapi tak masuk, lebih baik aku bercinta dengan katil aku ni.."Amer kembali kepada posisi asalnya yang sebelum ini.

Umar bergerak kembali ke arah Amer, " Tapi Mer, at least usahalah.. Hmmm.. Kau pernah baca tak Surah Maryam?"

"Surah Maryam? Mestilah pernah.. Aku kan khatam Quran sebulan sekali."

"Tapi kau tak baca maksud kan?"soal Umar.

"Errrr.. Tak..  Kenapa dengan maksud surah tu?" Amer lantas mencapai Quran yang berada di atas meja yang terletak di sebelah katilnya itu.

"Haaa.. sekarang buka Surah Maryam, ayat 25 dan baca kuat-kuat"

Dan goyangkanlah pangkal pohon tamar itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah tamar yang masak kepadamu." Amer membaca maksud ayat itu dengan suara yang kuat, lalu dia kemudiannya bertanya, "Kenapa dengan ayat ni Umar? Kot ye pun kau nak makan kurma, bagitahu jela.. Yang ayah aku bawa balik dari umrah hari tu banyak lagi, ada kat dalam rak kat depan tu, ambil je banyak mana yang kau nak..”

"Weh, kurma yang mak aku bekalkan pun banyak lagi lah, ayat ni nak ceritakan tentang pentingnya usaha kita dalam membuat sesuatu perkerjaan."Terang Umar kepada Amer.

"Maksudnya? Aku tak nampak pun mana-mana ayat yang merujuk kepada usaha."Amer menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

" Kau dulu pemenang kuiz sirah masa zaman sekolah kan? Cuba cerita sikit pasal Saidatina Maryam nie" Umar memang dah kenal sangat perangai Amer ini, memang pantang disebut-sebut kemenangnya itu, kembang satu badan..

Amer tersenyum kambing lalu memulakan penceritaannya," Saidatina Maryam nie merupakan anak kepada Imran dan Hannah. Pasangan Imran dan Hannah telah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan anak, sehinggalah Hannah bernazar sekiranya mereka dikurniakan anak, maka anaknya itu akan dipersembahkan kepada Allah diurus di Baitul Maqdis. Apabila Maryam dilahirkan, Hannah pun menyerahkannya kepada bapa saudara Maryam iaitu Nabi Zakaria untuk dijaga di Baitul Maqdis. Maryam ditempatkan di dalam salah stu bilik di Baitul Maqdis dan hari-harinya dihabiskan dengan beribadat. Sehinggalah datang malaikat Jibril memberi pengkhabaran bahawa beliau akan mengandungkan Nabi Isa. Setelah itu, Maryam telah melarikan diri disuatu kawasan terpencil dan hanya kembali setelah beliau melahirkan Nabi Isa. Dan Allah telah memberi kelebihan kepada Nabi Isa untuk bercakap walaupun ketika itu baginda masih lagi bayi bagi membersihkan nama ibunya.. Sekian ringkasan cerita daripada saya, Amer Rizal Haji Mohd Jaafar."

"Wahh.. Memang layak la kau pegang title juara kuiz sirah ni.. Jadi, berbalik pada ayat tadi, kau nampak tak yang Saidatina Maryam yang tengah sarat, sakit nak bersalin tu pun diminta untuk berusaha untuk dapatkan buah kurma tu.. Padahal kalau Allah nak bagi, Allah boleh bagi terus je, ingat tak, kan dulu selalu Nabi Zakaria bertanyakan Maryam dari mana datang buah-buahan dalam biliknya tu.. Buah-buah tu Allah yang kurniakan macam tu je, tak minta goncang-goncang pun.. Hal ini ada disebut dalam Quran, surah Ali Imran ayat 37,'...Tiap-tiap kali Nabi Zakariya masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakariya bertanya: "Wahai Maryam, dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira.'Dan satu lagi, ayat surah Maryam tu juga nak bagitahu yang tugas kita hanyalah untuk berusaha, keputusannya Allah yang tentukan."

Amer mengangguk-angguk," Haah.. Betul cakap kau.. Bayangkan orang yang tengah sakit nak bersalin, berapa kuat je pun yang Maryam boleh goncang pokok tu, tapi still dia usaha dan Allah jatuhkan juga buah kurma tu, padahal kurma bukanlah jenis yang mudah jatuh, even yang tua pun kena petik dari pokok, tak adanya nak jatuh mudah-mudah macam buah durian."

"Haaaa.. Pandai pun sahabat ana yang seorang nie.. so lepas nie anta nak buat apa?

"Kau tak payah la nak berana-anta dengan aku.. Jom kita study sama-sama malam nie??? Sebab sekarang aku nk tiduuuur!!!!"

Umar mencampakkan tualanya ke arah muka Amer.. Geram juga dengan karenah kawannya yang seorang tu..

"Woiiii! Dahlah baru lap peluh, suka hati je campak kat muka aku yang hensem nie..  Pergi mandi la weh, BUSUUKKKK tau!" Amer mencampakkan kembali tuala Umar tersebut.. Dan Umar kembali meneruskan hajatnya ke tandas untuk bersiap sebelum masuknya waktu maghrib.

"Oh ya, lupa pulak.. Tak elok tau tidur petang, nanti boleh jadi gila.."jerit Umar dari tandas..

"Tu hadis palsu la Umar!!!"balas Amer.

sekian~

*******************************************************************************


p/s: semoga maksudnya kesampaian..
p/s 2: bittaufiq wannajah kepada yang sedang exam dan bakal exam di dunia dan akhirat..
p/s 3: cubaan menulis.. tapi mcm tak jadi je...
p/s 4: segala yang ditulis diatas berdasarkan pengetahuan sedia ada semata-mata tanpa merujuk mana2 ustaz atau ustazah.. sekiranya ada tersilap fakta atau taksiran, mohon diperbetulkan..

Aug 11, 2014

all of me~

assalamualaikum.....meet me again!
haha.. memang nampak sangat jelas dan nyata yang intan memang tengah kebosanan sekarang..

hmmmmm... setelah apa yang terjadi, ini yg intan belajar...

SOOOOO....


n remember this!



untuk cuti nie, inilah yg intan rancangkan..

1. 5 words a day..
Sem lepas intan amik subjek mandarin, since intan ada ramai kawan chinese.. ingatkan dalam masa 10 minggu bolehlah untuk at least sembang dgn diorang kan, ternyata sangkaan intan meleset.. jadi sekarang, intan tekad untuk belajar lagi banyak perkataan supaya impian intan tercapai.. lagipun beberapa hari lepas, intan ada jugaklah usha2 jobstreet, dan ada beberapa syarikat yg nak amik perkerja yg tahu english n mandarin.. so, it's like an added value la to know n to speak dis language..

2. 1 book 1 week
bunyi macam sangat senang untuk intan buat task nie.. tapiiiiii.. itu kalo book=novel, yg tu sehari satu buku pn xpe.. intan ada beli beberapa buku ilmiah(as if sort of like buku fikrah) guna baucar buku, dan sampai sekarang tak terbaca lagi..perlukan masa untuk baca.. yeahhh! intan boleh!! (at least dah niat utk baca kann..hehe)

3. Secret Mega Project with a code A...
tiada kaitan dgn dengan makhluk Allah yg berlainan jantina~

4. Nak tulis kt blog nie berkenaan;
-  Pokok Kurma dan Usaha
- Marriage = love?
- setahun di Taylor's Uni

5. Nak baking!
- butterscotch bread pudding
- chicken pie..(dah lama x buat)

6. Habiskan puasa ganti + puasa enam.. InshaAllah~


sooo... itu jela utk malam nie.. jumpa lagi~

Aug 10, 2014

say something?

assalamualaikum n helllooooooo~

sekarang rasa macam rajin pulak nk update blog.. mungkin sebab banyak masa lapang kot?
cuti sem berbaki dalam 2 minggu shj lagi.. so, let's rock the world~ LOL

hari nie secara rasminya, hard disk laptop intan telah disahkan rosak dan tidak dapat diselamatkan lagi.. walaupun baru je setahun lebih guna hard disk tu, tapiiiiii segala menda dari hard disk yg sebelum nie dah dicopy ke dalam hard disk tu, jadi kira-kiranya segala benda yg intan simpan dari sekolah menengah dulu pun sudah selamat meninggalkan dunia ini... apa yg intan rasa? part of myself said just let it go n move on, but it's really precious.. i just cant! sebenarnya yg paling intan sayang satu file yg penuh dengan gambar, dan rasanya size file tu dlm 30gb jugak kot, gmbr shj 30gb.. so bayangkan jela berapa banyak gambar yg ada dalam tu,.. yela kalo dah dari zaman sekolah dulu2 kan.. dan sekarang dah 4 tahun intan meninggalkan alam persekolahan..

tapi sampai bila kan.. move on je la intan! start afresh~