"Amboiii Mer, syoknya landing atas katil.. kau dah habis study ke?? Esok dah nak exam ni.."tegur Umar tatkala melihat Amer yeng sedang enak bersantai dikatilnya..
"Eh kau nie, main redah je bilik aku, salam tak, ketuk pun tak." Balas Amer tanpa menghiraukan persoalan yang ditanya Umar.
"Ye memang bilik kau tapi bilik aku jugak. Aku dah bagi salam dah tadi tapi kau tu asyik sangat berangan sampaikan tak dengar salam aku.."Umar bergerak mendekati katilnya, lantas mencapai tualanya yang digantung pada hujung katil. Badannya terasa belengas setelah sepetang bermain futsal.
"Ohhh ye ke... Maaf.. Waalaikumussalam..Eh, kau dari mana nie? Habis lencun satu badan aku tengok.." soal Amer pula.
Umar yang sedang menyejukkan badannya dibawah kipas menjawab, "Kau nie memang kann, soalan aku pun tak dijawab lagi, dah sibuk duk tanya orang soalan lain. Aku main futsal tadi dengan budak-budak hostel sebelah, ingatkan nak main frisbee tapi tak ada geng pula."
"Ohhhh.. futsal.. soalan kau tadi ape ye? Study? Alahhh.. Aku sekarang tinggal masuk hall dengan tawakal je lagi, lain semua setel.."balas Amer sambil mengubah posisinya dari baring kepada bersila.
"Hebatnya kau.. Aku juga yang tertinggal sorang-sorang kat belakang. Penat la weh nak menghadap buku je 24/7." Balas Umar sambil bergerak ke arah pintu toilet.
" Haaa.. sebab penat tu la, aku tawakal je.."
Umar berhenti lantas berpaling memandang kawannya itu, "Maksud kau?"
"Aku tak habis study pun lagi.. Kepala aku ni dah tak boleh nak masuk dah semua benda tu.. Baca pun tak guna Mar..Jadi, daripada aku baca tapi tak masuk, lebih baik aku bercinta dengan katil aku ni.."Amer kembali kepada posisi asalnya yang sebelum ini.
Umar bergerak kembali ke arah Amer, " Tapi Mer, at least usahalah.. Hmmm.. Kau pernah baca tak Surah Maryam?"
"Surah Maryam? Mestilah pernah.. Aku kan khatam Quran sebulan sekali."
"Tapi kau tak baca maksud kan?"soal Umar.
"Errrr.. Tak.. Kenapa dengan maksud surah tu?" Amer lantas mencapai Quran yang berada di atas meja yang terletak di sebelah katilnya itu.
"Haaa.. sekarang buka Surah Maryam, ayat 25 dan baca kuat-kuat"
“Dan goyangkanlah pangkal pohon tamar itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah tamar yang masak kepadamu." Amer membaca maksud ayat itu dengan suara yang kuat, lalu dia kemudiannya bertanya, "Kenapa dengan ayat ni Umar? Kot ye pun kau nak makan kurma, bagitahu jela.. Yang ayah aku bawa balik dari umrah hari tu banyak lagi, ada kat dalam rak kat depan tu, ambil je banyak mana yang kau nak..”
"Weh, kurma yang mak aku bekalkan pun banyak lagi lah, ayat ni nak ceritakan tentang pentingnya usaha kita dalam membuat sesuatu perkerjaan."Terang Umar kepada Amer.
"Maksudnya? Aku tak nampak pun mana-mana ayat yang merujuk kepada usaha."Amer menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
" Kau dulu pemenang kuiz sirah masa zaman sekolah kan? Cuba cerita sikit pasal Saidatina Maryam nie" Umar memang dah kenal sangat perangai Amer ini, memang pantang disebut-sebut kemenangnya itu, kembang satu badan..
Amer tersenyum kambing lalu memulakan penceritaannya," Saidatina Maryam nie merupakan anak kepada Imran dan Hannah. Pasangan Imran dan Hannah telah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan anak, sehinggalah Hannah bernazar sekiranya mereka dikurniakan anak, maka anaknya itu akan dipersembahkan kepada Allah diurus di Baitul Maqdis. Apabila Maryam dilahirkan, Hannah pun menyerahkannya kepada bapa saudara Maryam iaitu Nabi Zakaria untuk dijaga di Baitul Maqdis. Maryam ditempatkan di dalam salah stu bilik di Baitul Maqdis dan hari-harinya dihabiskan dengan beribadat. Sehinggalah datang malaikat Jibril memberi pengkhabaran bahawa beliau akan mengandungkan Nabi Isa. Setelah itu, Maryam telah melarikan diri disuatu kawasan terpencil dan hanya kembali setelah beliau melahirkan Nabi Isa. Dan Allah telah memberi kelebihan kepada Nabi Isa untuk bercakap walaupun ketika itu baginda masih lagi bayi bagi membersihkan nama ibunya.. Sekian ringkasan cerita daripada saya, Amer Rizal Haji Mohd Jaafar."
"Wahh.. Memang layak la kau pegang title juara kuiz sirah ni.. Jadi, berbalik pada ayat tadi, kau nampak tak yang Saidatina Maryam yang tengah sarat, sakit nak bersalin tu pun diminta untuk berusaha untuk dapatkan buah kurma tu.. Padahal kalau Allah nak bagi, Allah boleh bagi terus je, ingat tak, kan dulu selalu Nabi Zakaria bertanyakan Maryam dari mana datang buah-buahan dalam biliknya tu.. Buah-buah tu Allah yang kurniakan macam tu je, tak minta goncang-goncang pun.. Hal ini ada disebut dalam Quran, surah Ali Imran ayat 37,'...Tiap-tiap kali Nabi Zakariya masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakariya bertanya: "Wahai Maryam, dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira.'Dan satu lagi, ayat surah Maryam tu juga nak bagitahu yang tugas kita hanyalah untuk berusaha, keputusannya Allah yang tentukan."
Amer mengangguk-angguk," Haah.. Betul cakap kau.. Bayangkan orang yang tengah sakit nak bersalin, berapa kuat je pun yang Maryam boleh goncang pokok tu, tapi still dia usaha dan Allah jatuhkan juga buah kurma tu, padahal kurma bukanlah jenis yang mudah jatuh, even yang tua pun kena petik dari pokok, tak adanya nak jatuh mudah-mudah macam buah durian."
"Haaaa.. Pandai pun sahabat ana yang seorang nie.. so lepas nie anta nak buat apa?
"Kau tak payah la nak berana-anta dengan aku.. Jom kita study sama-sama malam nie??? Sebab sekarang aku nk tiduuuur!!!!"
Umar mencampakkan tualanya ke arah muka Amer.. Geram juga dengan karenah kawannya yang seorang tu..
"Woiiii! Dahlah baru lap peluh, suka hati je campak kat muka aku yang hensem nie.. Pergi mandi la weh, BUSUUKKKK tau!" Amer mencampakkan kembali tuala Umar tersebut.. Dan Umar kembali meneruskan hajatnya ke tandas untuk bersiap sebelum masuknya waktu maghrib.
"Oh ya, lupa pulak.. Tak elok tau tidur petang, nanti boleh jadi gila.."jerit Umar dari tandas..
"Tu hadis palsu la Umar!!!"balas Amer.
sekian~
*******************************************************************************
p/s: semoga maksudnya kesampaian..
p/s 2: bittaufiq wannajah kepada yang sedang exam dan bakal exam di dunia dan akhirat..
p/s 3: cubaan menulis.. tapi mcm tak jadi je...
p/s 4: segala yang ditulis diatas berdasarkan pengetahuan sedia ada semata-mata tanpa merujuk mana2 ustaz atau ustazah.. sekiranya ada tersilap fakta atau taksiran, mohon diperbetulkan..







