Assalamualaikum w.b.t.. bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya berjumpa lagi kita di laman blog ini..hoho Mesti kita rase cliche(btul la kn eja camnie??) dgn ayat yg sebelum nie.. apekehal la intan tiba2 bawak keluar ayat gaya macam nk bagi ucapan..
sebenarnya intan nk cari kelainan je.. nak try gak mukadimah yg len.. tiba2 terasa nk update blog.. mula2 skali intan nk share artikel yg intan bace kt blog nie
woahhh.. sgt menarik membuatkan hati beta rasa tertarik-tarik.. intan jumpa entri ketika tgh mencari-cari pasal futur.. tahukah anda ape itu futur?? senang citer macam lalai dari mengingati Allah, makin byk wat maksiat, jauh dr Allah, turunnya tahap keimanan dan yang sama waktu dgnnya..
kenapa tiba2 keluar pasal futur nie?? sebabnya, sekarang kan musim cuti.. bila cuti, mestilah duduk kat rumah.. rumah dan kolej memang banyaklah perbezaannya.. apatah lagi kalo kolej anda tu kmb yang
bila imbas kembali saat2 dikolej sebelum cuti hari tu.. fuyooo...! biasala, kalo dh nk exam, surau pun penuh kn..waaaaa... teruknya aku skrg.. so, marilah sama2 ya tuan2 dan puan2 kita berusaha untuk melawan
kefuturan ini.. insyaAllah, Allah pandang usaha kita nie.. ayat famous senior2 KMB
Allah tgk usaha kita, bukan hasilnya..
so, antara penawar futur yg dicopy dr entri di atas ialah:
1- Membaca al-Quran dan mengambil iktibar dari kisah-kisah al-Quran.
2- Menyelami Seerah Nabawiyyah
3- Membaca sejarah-sejarah pejuang Islam.
4- Melazimi solat-solat jemaah
5- Memperbanyakkan amalan sunat. Istighfar, zikir, memberi salam dan sebagainya.
6- Mengelak dari melakukan perkara makruh.
7- Selalu bersama orang yang soleh.
8- Menghadiri majlis ilmu.
9- Selalu berhubung sesama ahli.
10- Pengurusan yang baik dan berdisiplin.
11- Menjaga masa
12- Kreatif dalam membina aktiviti
13- Membina kesatuan fikrah dan amal
dan ada quote yg intan copy dr blog itu jugak iaitu:
KH Rahmat Abdullah berkata:
Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
dan nak tambah lg..
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. [8:2]
p/s: nak hati yg macam tu.. Oh my Lord.. please... give me that heart..







