Feeds RSS
Feeds RSS

Jul 30, 2010

oh hidupku..

assalamualaikum semua..sudah lama ya kita tak bersua muka di alam maya ini.. apa khabar agaknya anda semua? intan harap anda sihat.. intan betul-betul sibuk sejak akhir-akhir ini.. entah apa yang intan sibukkan intan pun tak tahu, yang intan tahu intan memang tak ada masa nak buka komputer untuk menulis di blog ini.. dan kalau diikutkan terlalu banyak benda yang intan nak ceritakan.. tapi tuhan saja yang tahu intan memang tak berupaya untuk bercerita semua perkara itu..

masihkah anda ingat pada camior di bawah ini??
intan nak bagitau je yang camior nie memang sedapla.. terima kasih la skali lg kat org yg bg camior nie kt intan.. lps nie intan panggil awk dgn nama mr/miss camior la eh.. dan terima kasih jugakla sebab anda sedarkan intan bahawa sebab sebenarnya intan sukakan coklat ialah kacang yang ada kat dalam tu.. sebab tu la semua coklat yang intan beli selama nie memang ada kacang sebab intan memang sukakan kacang.. oh ya! bear tu pon masih ada lagi kt henpon intan...


oh ya! sekarang intan tengah kem tau.. kem dearah marang 2010 yg b'tempat kt sekolah intan.. apa yang intan rasa?? pada hari pertama intan rasa tersangatlah tidak seronok.. kenapa?? entahlah.. intan pon tak tahu.. rasa macam tengah terbang ke awang-awangan je.. memang takde mood sangat2 la nak tumpukan perhatian kat kem tu.. adakala rasa macam orang tengok intan memang tumpukan sepenuh perhatian la tapi roh intan sebenarnya tak tahu dah sampai kat mana.. tapi hari ini dah ok sikit la.. pagi2 je intan mula sengih2 bila jumpa orang.. nak dapatkan balik semangat nie.. intan 'say hai!' kt ketua kelas intan yang muka dia ada ala2 Ashraf Muslim kalo skali tgk.. tak percaya?? nah tengok!

Jul 17, 2010

Video for my friends!!





dan ini satu lagi..




Jul 14, 2010

izinkan aku berbicara..

~assalamualaikum~
semua orang tau (yg x tau buat2 tau je k..) hari ini, genaplah intan 17 tahun.. terima kasih buat semua yang ucapkan 'hari jadi@lahir' untuk intan.. terima kasih banyak2..

mula2 skali... sebelum intan berbicara banyak.. intan nak korang baca ini dulu.. sebelum baca angkat tangan kanan macam orang nak baca ikrar.. sekarang baca..
dengan ini, saya (sebutkan nama anda) berikrar dan berjanji akan membaca entri ini sama ada habis atau tidak, dengan tidak merasa apa2.. saya tidak akan menyumpah,menyeranah,meluat, mengata dan semua yang sama waktu dengannya, ketika membaca entri ini walaupun saya memang teringin untuk berbuat begitu.. saya juga akan sentiasa tersenyum dan ketawa apabila baca entri ini walaupun saya memang nak muntah tahap gaban..
lepas tu tekan read more ok!

Jul 11, 2010

Jul 7, 2010

Aku Tak Paham....


Aku tak paham bila...
*Lagak diri bak alim ulama tapi tak amanah..
Tak paham2 ke dalam Al-Quran tu ade sebut salah satu ciri muslim tu
adalah AMANAH?? tak percaya?? tengok kt bawah nie..
antara ciri orang muslim ialah "orang yang menjaga amanah dan janjinya.."
jadi, kalau cikgu suruh balik pukul 2, balik la pukul 2..
jangan pandai2 nk balik awal.. walaupun awal 15 minit je..


Lagi aku tak paham bila..
*Lagak diri memang dah hebat dalam bidang agama tapi pentingkan diri sendiri..
tak boleh ke kalau bekerjasama sikit?? kalau amal sikap ithar tak boleh ke??
Maksud ithar...
Ithar itu ertinya mengutamakan kepentingan orang lain lebih daripada kepentingan kita…bahkan, kita akan melebihkan diri orang lain lebih daripada diri kita sendiri.[1]
atau..
Apakah ithar? Definisi ithar ialah manusia mendahulukan hajat orang lain melebihi dirinya sendiri.Contohnya manusia menahan lapar dan dahaga demi menghilangkan lapar dan dahaga manusia lain terlebih dulu. Ia ialah sifat mengutamakan orang lain daripada diri sendiri.Dalam erti yang lain ithar bermaksud gaya hidup masyarakat yang menolong, menghormati, berbakti, bersimpati, berkasih sayang, bertimbang rasa, pemurah kepada golongan yang memerlukan bantuan dan berada dalam kesempitan.[2]