Feeds RSS
Feeds RSS

Jan 11, 2009

USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah. Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya.. Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam . Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa anda boleh bacanya sebagai : A: Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut. B: Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih. C: Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat. D: Dan banyak lagi waktu doa maqbul. Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya. Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain. Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka. Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh. Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.
:cry::cry: (kasihanilah rakyat2 palestine yg sdg menderita..)

The Ting Tings - That's Not My Name

lyric..
:girl_15::girl_15: (best...~enjoy!!~)

Jan 10, 2009

Sayangnya ALLAH pada wanita..

Wanita
1- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6- Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

- Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

 - Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

 - Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

 - Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

 - Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

 - Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja iaitu Sembahyang 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Taat suaminya dan Menjaga kehormatannya (betulkan jika saya tersilap).

 - Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

 MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ....kan?
@kakros01@kakros02 (seronok jd perempuan...)

Jan 7, 2009

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat..

Bagaimana memudahkannya? LALUAN MENUJU KE KUBUR a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji b. Hindarkan perasaan irihati (benci) c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!) LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL a. Bersihkan diri dengan bertaubat b. Gembirakan hati orang Mu'min c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR a. Mengucap dua kalimah syahadat b. Suka memberi sedekah c. Berkata benar d. Bersihkan dan perbaiki hati LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat b. Sucikan perkataan dan pakaian c. Bersyukur dengan yang sedikit d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN a. Jauhkan perkataan yang sia-sia b. Pendekkan cita-cita dunia c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH d. Banyakkan sedekah dan khairat LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa c. Berpegang teguh dengan hukum syara' d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA a. Banyakkan membaca al-Quran b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu c. Tinggalkan perkara yang maksiat d. Jauhkan segala yang haram LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh b. Kasihi orang yang soleh c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD a. Kasihilah Nabi ALLAH b. Kasihilah Rasulluah c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w. LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya
:girl_1::girl_1: (susah la...)

10 perkara perbuatan sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:- 1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin. 2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari. 3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid. 4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka. 5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah. 6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan. 7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya. 8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu. 9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti. 10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya
:girl_5::girl_5: (renung2kan & slmt b'amal..)