Feeds RSS
Feeds RSS

May 30, 2018

Would You still love me the same?




Hi blog,
Tadi masa terfikir nak tulis entri baru, nak tulis pasal perkara lain sebenarnya tapi bila dah skrol fb, rasanya ada yang lagi penting kot, jadinya yang perkara lain mungkin boleh tulis dekat bawah-bawah sikit..

Kadang kan kita hidup nie kita lupa yang kita ada Tuhan.. maksud Intan bukannya lupa sampai tak buat perkara wajib macam solat ke ke puasa ke. Lupa yang macam kita leka akan keberadaan Allah tu sendiri, rasa ihsan dalam diri kita(mungkin bukan kita la mungkin Intan je).

Ihsan ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, tetapi jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Ia melihat engkau. 
[Dipetik daripada hadis 40 Imam Nawawi]

Kadang tu kita terfikir yang sebab dengan upaya diri kita yang kita berjaya dalam sesuatu hal padahal Allah yang mengizinkan sesuatu tu untuk berlaku. Contohnya kita rasa bestnya naik bas tu sebab pakcik driver tu bawak laju jadi kita sempat berbuka kat rumah.. padahal Allah yang mengizikan untuk kita berbuka kat rumah, untuk tiada apa2 halangan berlaku ketika kita dalam perjalanan..

Dan untuk segala rasa yang kita ada dalam hati nie, maka hanya Allah jualah yang mampu untuk mewujudkannya mahupun menghilangkannya.. dan kita tiada daya dan upaya pun nak menolak, jadinya yang terbaik adalah kita kena minta dengan Allah lah, sebab Allah je yang Maha Berkuasa!

And Intan, please try your best to do the same regarding your meroyanness.. ingatkan bila syaitan dah kena ikat, xdela perasaan2 macam nie.. baru kusedar diri ini siapa...

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
[2:186]



Saya nak jadi baik,

May 25, 2018

Of Ramadhan



Hi blog,
Rasanya belum terlambat lagi kot kalau Intan nak ucap selamat berpuasa..huhu

Kesian kat blog nie, bila rasa berduka lara, nak meluahkan perasaan barulah Intan datang.. kalau tak memang takdenya nak muncul kat sini.. sebenarnya ada satu entri yang agak menarik dalam draft tapi tiba2 semangat nak menyambung penulisan hilang bagai debu ditiup anginn..chewaahh

Ramadhan kali nie rasa macam cepat sangat berlalu.. tup2 dah nak dekat 10 hari dah berpuasa.. sebelum puasa ada la jugak merancang apa nak buat tapi macam banyak pulak aral yang melintang.. beberapa hari sebelum Ramadhan, tok wan(nenek) Intan telah kembali ke rahmatullah.. sedih memang sedih tapi hidup mesti diteruskan kan.. dah la lepastu ada interview kerja jugak, berkecamuk jugaklah perasaan, Alhamdulillah lepas stage tu, inshaAllah nanti ada final interview harap2 dapat la kerja..( doakan Intan pls!!) Lepastu jugakkk.. Intan kan buat lesen beberapa bulan lepas, minggu lepas baru dapat test dengan JPJ.. tapiiiiii... Tak lepas jalan raya!! Kereta asyik mati je bila nk gerak balik selepas berhenti.. Alhamdulillah la yang dalam litar lepas je.. Jadi nanti repeat yang jalan raya jela..

Ramadhan kali nie rasa macam menakutkan je sebab badan tak rasa seringan ramadhan yang lepas dalam berbuat amal.. semoga masa2 yang ada nie boleh dimanfaatkan sepenuhnya.. sayangla kan ramadhan cuma sebulan je dalam setahun.. semoga kita beroleh taqwa diakhir ramadhan kelak..

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.[2:183]

 

May 8, 2018

Of Crush..😍




Hai blog,
banyak pulak idea nak menulis kat sini sejak akhir2 ni.. macam gempak je tajuk tu kan?

of crush.. ke crushes?
Intan tak citer semua tauu.. yang terpilih je nie..hahahahahaha(gaya macam ramai sangat je)
berdasarkan carian google, crush nie bolehlah didefinasikan sebagai
"informal: a brief but intense infatuation for someone, especially someone unattainable"

jadinya ni hanyalah sekadar untuk suka2.. jangan dilayan sangat perasaan nie, takut timbulnya zina hati pulak nanti.. dahla syaiton nirrojim duk cucuk2.. *ustazah mode on*

zaman persekolahan..
nak pilih sape ek? kita gelar MR. A la senang.. Intan memang dah kenal lama dia nie tapi awal2 tu xdela rasa macam suka ke apa, tiba2 je dia jadi macam tersuka lagi2 bila dah masuk tingkatan 4.. kitorang kiranya kawan la.. ada satu masa nie intan ingat lagi, masa SPM lepas kertas sejarah kalau tak silap, Intan macam teringat nak contact dia, tiba2 dia contact duluannnn.. ewahhh.. rasa macam ada tautan hati je dikala itu.. lepastu dua2 saling mengadu susahnya kertas sejarah tadi.. tapi akhirnya dua2 dapat sejarah A+..lol Lepas je habis SPM, dah tak saling berhubung dah, dua2 ambil haluan masing2.. sekarang nie kalau berhubung pun dalam group kelas jela..

zaman KMB 
macam mana nak mula cerita eh? Intan macam suka dia sebab Intan rasa kami nie macam serasi, macam ada chemistry gituu..(tengah fikir nak tulis apa sebab tak nak reveal too much info takut nanti ada yang boleh teka gerangan Mr. B nie)  Intan ingat lagi setiap kali kitorang berbalas mesej, mesti macam susah nak berhenti, ada je benda nak sembang..(dan Intan bukan jenis yang mesej orang sangat sebenarnya), sampailah suatu ketika dimana Mr.B nie sebenarnya berkenan dekat orang lain dan minta Intan risikkan status orang tersebut.. tapi sebenarnya orang yang diminati tu memang ibarat langit dengan bumi kalau nak banding dengan Intan.. like he deserved a better person, Intan memang tak layak nak bergandingan dengan dia sebenarnya..(ye.. saya sedar diri ini siapa...:p) lepas KMB kami ada jugaklah bermesej sekali sekala tapi lepas Intan pergi US rasa macam dah tak contact sangat sampailah akhir tahun lepas dia add Intan kt fb..(Intan unfriended dia sebelum nie sebab masa dekat Taylor's dulu ada fasa taknak friend dengan yang berlainan jantina, so semua kena unfriended) Wehh.. meroyan jugaklah bila dah 'berkawan kembali' nie.. Ingatkan memang akulah tulang rusuknya yang hilang.. tapi sekarang bila fikir balik, dia memang deserved someone better.. yang lawaknya Intan pernah sort of macam casually  berdoalah, Ya Allah, if U asked me to choose between him and to pass Digital Electronic class, i'd choose to pass the class.. susah wehhh kelas tu, the only class yang intan dapat F sepanjang jadi undergrad student.. dan Alhamdulillah Intan pass kelas tu.. sebab tu sekarang macam redha je kalo tak endup dengan dia..

Mr. C nie pulak masa dekat KMB jugak tapi bila Intan dah jadi Senior.. If U asked me, do I believe in love at the first sight, I'd say yes because of this guy.. Intan ternampak dia masa ada satu event nie, lupa dah nama event tu apa tapi dia macam ala2 karnival pasar malam la.. junior yang handle event nie memandangkan kami senior dah nak exam.. Intan pun pergilah usyar  karnival tu kot2 la ada makanan yang boleh dibeli dan secara tak sengaja ternampak la Mr. C dari jauh.. awal2 Intan ingat dia abang usrah luar yang datang tolong adik2 bukak booth tapi tengok2 hari keesokannya pun dia ada jugak.. lalu Intan pun assume yang dia tu junior Intan sebab Intan boleh dikatakan kenal semua yang dalam batch Intan.. fast forward to the day I saw him again in the library.. masa tu dia pakai jersey ada nama wehhh!!! dan dia tu agak tinggi jadi Intan assume yang dia memang pakai jersey dia bukan pinjam baju orang lain.. dalam kepala dah cakap dah, Intan please just ignore it, tak payah cari dia tu siapa.. tapi hasrat hati manalah boleh dihalang2..  dengan pertolongan database senarai nama junior yang Intan ada dengan carian fb makanya Intan berjayalah mengetahui nama penuh Mr. C termasuk IC..haha   Lepastu kan secara tak sengaja terdiscover pulak dia budak kelas mana, pastu ada pulak email dia dekat papan kenyataan.. lepastu dia pulak add Intan dekat fb, lepas unfriended pun dia add jugak lagi skali.. apakah petandanya ini semua?? tapi last2 Intan unfriended jugak dia lagi sekali.. lagipun rasanya dia tak kenal pun Intan, dia add pun sebab Intan agak aktif dekat grup fb junior masa tu.. kalau nak describe  Mr. C nie bolehlah dikatakan sebagai tall,fair & handsome..😉

zaman Taylor's
awal2 tadi rasa macam takde tapi tiba2 teringat pulak dekat Mr. D.. dialah antara manusia yang paling gentleman yang Intan pernah jumpa..(walaupun he's 4 years younger than me) contoh tahap lelaki budimannya selain daripada tolong pegangkan pintu, tarikkan kerusi, pernah suatu hari tu masa tengah lunch sama2 dengan kawan yang lain jugak, Intan mentioned yang Intan prefer kalau dalam pinggan nasi macam nie

yang mana yang paling dekat dengan Intan adalah nasi dan yang paling jauh lauk.. bukan lauk dulu macam nie


dan tak lama lepastu, kitorang pergi lunch tempat lain pulak.. bila waiteress letak pinggan intan, Mr. DD tiba je pusingkan ikut orientasi yang Intan suka, like I didnt even ask him to do so and he really listened to what I said before!! dahla pinggan Intan je tau..  dan kitorang jugak selalu sembang(debate sebenarnya) yang deep2 tau yang ala2 filosofi sikit, yang Intan rasa tak semua orang boleh triggered Intan untuk diskus pasal nie..tapi sayang sebab kami berbeza agama, umur dan kaum.. dia pun dah ada girlfriend sekarang..

zaman Rutgers
yang nie macam xde kot.. kalau ada pun abang2 MSA(Muslim Student Assoc.) tu pun sekadar rasa kagum jela dengan mereka2 nie..  yang nie dorang tanya nama pun dah rasa macam berada di awangan sebab hey! they noticed me!! walapun hanyalah ahli biasa dalam MSA..

--

Seronok pulak menulis pasal nie.. kesimpulannya Intan memang notice the unnoticeable acts.. benda2 kecik tu la yang selalunya buat hati terpaut.. sebab tulah kita kena tundukkan pandangan sebab hati nie memang susah nak jaga..  kena banyakkan berdoa supaya yang tak sepatutnya tumbuh tak kekal dalam hati sebab Allah dah cakap dalam Quran yang

 Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang(Rijalun) mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; [33:4] 

yang menariknya ayat nie dari segi konsistensi bilamana Allah guna perkataan Rijalun yang biasanya merujuk kepada lelaki dan perkataan Jaufih iaitu rongga dada.. sebab kalau Allah guna perkataan perempuan misalnya dan tubuh instead of rongga dada, boleh jadi je keadaan dimana ada dua hati dalam satu masa iaitu ketika wanita berkenaan mengandung.. jadinya hati nie perlulah diisi dengan perkara yang mendekatkan diri kita kepada Allah sebab kalau tak nescaya perkara2 lain pulak yang mengambil alih hati berkenaan..

ps: 3 drpd 4 orang diatas adalah terdiri daripada anak yang kedua dalam keluarga.. suratan atau kebetulankah?😮

sekian sahaja untuk hari ini,

May 6, 2018

A reflection?



Hai blog!!
(Rasanya lepasnie kau akan jadi macam diari aku..hahaha)
Tadi baru je habiskan Senyum Sampai Langit, dua tiga hari lepas ada baca Emma X Hud dgn 30 Hari Untuk Melupakan Cinta.. jadi sekarang rasa macam nak tulis reflection.. kenapa tak tulis kat fb? Sebab blog rasa macam lagi personal lagipun siapalah yang nak baca blog nie sekarang, jadinya xdela segan sangat nak tulis..😂

Selalu je kalau baca novel mesti bila dah habis masih terbawa-bawa sikap watak utama.. kadang tu terfikir jugak apa perangai/sikap/attitude sebenar aku nie.. bila dah semakin berumur nie(hahahaha) terfikir jugak apa yang aku suka sebenarnya? Tak pasti sejak bila, tapi akhir2 ini memang Intan asyik menganalisis diri sendiri like who I really am? ingat tak post sebelum nie pun ada tulis pasal am I losing myself kan.. mungkin nie la namanya quarter life crisis..

macam watak Emma dalam Emma x Hud, intan pun rasa yang intan macam dia except that Intan tak cantik la..(yelaa.. watak2 dalam novel kan memang top notch, ala2 model semua) kalo part yang degil, keras kepala, ego tinggi etc tu memang kena sangat la.. sebab tu kadang terfikir, aku nie kalo kahwin nanti macam mana? like ada ke orang yang boleh tahan dengan perangai aku? i can be very serious sometimes and can be the opposite at the other times.. kalau dalam novel wujud la manusia2 yang menerima watak utama seadanya tapi dalam dunia realiti nie? selalu jugak terfikir kononnyalah ciri2 suami idaman hati(geli pulak bila tulis nie) tapi selalu apa yang kita dapat tu berlawanan dari yang kita nak.. alamak! haru birulah hidup intan kalo dapat yang opposite yang intan nak sebab ciri2 yang dibuat sebenarnya opposite diri intan, kiranya nak yang complement each other la.. bayangkan kalau dapat jenis yang suka buat sepah macam intan jugak, tak ke haru rumah kitorang nanti? bayangkan pulak tiba2 parents datang buat spot check.. MATILAHHHHH NAK OI!!! sumpah mati telinga bernanah kena bebel.. tapi bila fikir balik, inilah pentingnya komunikasi dalam perhubungan.. lagipun kalau dah sayang, memang akan terima jela kot? mungkin kuasa sayang tu mampu untuk menurunkan ego serta sikap degil dan keras kepala intan? who knows kannn..  kadang tu terfikir baik hidup single(tolong jangan bebel cakap nabi x mengaku umat ye kawan2 pls!), xdelah nanti nak kena pendam perasaan ke ape ke tapi kadang tu rasa macam nak cepat2 kahwin so that boleh settle down, dah takyah fikir pasal nie, just need to focus on that one person, dapat lebih freedom?(sebab sekarang nie rasa macam dah patah sebelah sayap bila duduk dengan parents..hahaha Time duk US dulu memang bebas je nak pergi mana, buat apa2.. pergi mana dan buat apa2 tu bukanlah perkara2 ke arah kemaksiatan ye, Alhamdulilllah saya masih ada kesedaran dalam diri yang hina nie..:p) ughhhh.. buang masa je kan fikir pasal nie? like ada lagi issues lain yang boleh difikirkan..

terjumpa ada orang share nie dekat fb.. macam tau2 je intan duk tengah menulis pasal nie. tapi betul la kan sebab tulah pandangan orang terhadap kita akan sentiasa berubah, bergantung kepada sisi mana yang kita tonjolkan. teringat pulak pasal Johari window,


jadi tujuan penulisan pada malam ini adalah untuk mengenal pasti yang bahagian hidden dan open tu, dan mungkin jugak yang unconscious? okay, selain daripada yang ego, keras kepala, degil tu apa lagi sikap intan yang agak obvious? kuat membangkang? alaaa.. takkan lah asyik senarai yang negatif je... mungkin lantang bersuara, macam ada pendirian yang tegas? (in a way, jangan cuba nak menang kalau argue dengan intan..hahahaha) haaaa... mungkin intan nie macam pandai berdikari gituu.. x berharap sangat pada orang, macam sangat matang.. chewahhhh.. tapi rasanya tu macam luaran tau.. somehow intan managed to unconsciously train myself untuk tunjukkan pada orang lain yang intan macam tu.. sampaikan sekarang intan taktau siapa diri ini yang sebenarnya.. what if diri intan sebenarnya macam tu tapi my unconscious mind yang tak nak accept dan sekarang ia tengah influence intan untuk create a new me? ohhh emmm gee!!! i think im just overthinking of everything...hahaha

sedar tak sedar dah panjang berjela post nie.. yang duk karang dalam kepala tak terkarang kat sini.. entah apa yang aku merepek pun tak tahu.. tahniah la yang mampu baca sampai habis(rasanya takde kot?) dan maaflah untuk perkongsian yang macam xde faedah sangat nie..

to my future husband/my husband who's reading this in future, terimalah sayang eh saya seadanya.. I'll try my best to be a good wife, Im really sorry for whatever antics that i have(dalam kata lain, you're too late to change ur mind sayang, banyakkanlah bersabar ye, i love you :p), sesungguhnya manusia itu satu makhluk yang sangat kompleks..(and yeah, i dont have anyone on my mind while writing this.. ntah2 mati dulu tak sempat nak kahwin..hahhaha)

akhir kata,
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). [95:4]

tak kisahlah macam mana pun kita pandang diri kita, ketahuilah yang kita nie sebaik-baik makhluk yang Allah ciptakan.. so, kenalah live up to that expectation kan, kalau Allah dah cakap kita yang terbaik, mengapa kita berkelakuan sebaliknya? (nampak baik sikit kan kalau ending dengan ayat Quran..hahahahaa)


A self reflection of an overthinking person namely,
 

Mar 28, 2018

Ohh Duniyaaaa





Taktahulah kenapa dua/tiga bulan lepas jiwa kacau sangat. Sumpah rasa macam malu giler bila teringat balik.. amende la yang aku post..hahahha Awal2 rasa macam nk delete je semua tu tapi bila fikir balik, biar jela kat situ, mungkin blh jadi reminder untuk masa hadapan. The wiser Intan is here!!(kononnya la) Udah2 la buang masa fikir pasal mende yang tak tentu lagi.. baik fikir pasal akhirat yang pasti, persiapkan diri ke arah itu, lagi2 bulan puasa dah nak dekat nie!!

Ms. Wiser,