malam nie dah nak masuk 3 minggu intan cuti.. setakat nie ada jugak lah menda2 yang dah setel contohnya, isi form bayar visa segala bagai..oh ya, lupa nak bagitau, intan dah dipilih dan memilih untuk melanjutkan pelajaran ke....
kiranya sekarang intan ada kurang lebih 2 bulan++ untuk buat segala persiapan.. doakan intan dipermudahkan segala urusannn...XD
memandangkan cuti yang berbaki nie masih agak panjang, jadinya malam nie intan nak buat perancangan chutiiiii... intan kan memang tak pernah gagal dalam menulis perancangan nie.. bab perlaksanaan tu je yang intan kena lebih titik beratkan lagi.. apa pun kata orang gagal merancang tu merancang kegagalan... berikut merupakan perancangan intan untuk masa cuti ini: (ahah! ayat karangan spm..)
1. visa & kem pembangunan pelajar mara
yang nie inshaAllah bakal dilaksanakan pada hujung minggu ini. berdebar-debar juga sebenarnya, semoga Allah permudahkan segalanya..
2. the super secret project with code Hilang..
wahhh.. gayanya macam super sangat kannn.. tapi biasa2 je.. saje nk bagi nama nampak gempak sikit.. memandangkan namanya secret, jadinya itu jela yang intan boleh tulis kat sini.. yang pasti, tiadala ia perkara yang bertentangan dengan undang2 dunya mahupun akhirahhh~
3. nak menulis kat blog nie mengenai:
a. pelarian sementara: dah berabad tersimpan dalam draf..sigh~
b. Ibrah dari si kecil
c. taylors university; my 2 years journey
d. bibliophile??
4. self learning kt coursera..
intan dah menyertai beberapa kelas kat sana.. sekarang cuma perlukan komitmen je untuk terus belajar dan belajar... chaiyookkkk intan!!
5. melukis?
hahaha,.. yang kelima nie macam bukan Intan sikit kan.. ceritanya macam nie, kami adik beradik bersembang, dalam kereta, dalam perjalanan ke rumah mak cik intan yang buat kenduri anaknya kahwin... disebabkan sepupu, kami pn belikan hadiah tapi tak sempat balut, jadinya like a boss je balut dalam kereta..(well, kalo dh sume engineer kan... haha macam xde kaitan) tengah2 membalut tu la kitorg bersembang.. lalu timbul la isu pasal ayah intan.. intan claim yang ayah pandai melukis, pastu abang ka tak percaya dan setelah diberikan bukti2 kukuh pn, abg ka tak percaya lagi sebabnya tak tahu la kenapa tapi dia sangat berpegang teguh dengan peribahasa lama kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi dengan mengatakan "kalau ayah pandai melukis, kenapa takde sorang pn dalam kalangan kita yang pandai melukis??"..jeng3.. lalu dengan ini, intan percaya bahawa intan lah yang mewarisi darah pandai melukis cumanya bakat tu masih terpendam.. dan inilah masanya untuk bakat tu bersinaarrr!!! tak tahu la cerah ke gelapnya sinar tu..:P
6. habiskan novel2 dan buku yang melambak tu..
cukuplah sekadar 6 perkara untuk malam nie... nanti2 kita bercerita lagi ya... semoga bertemu lagi di masa yang akan datang...
senyum sokmo,






