Feeds RSS
Feeds RSS

Mar 29, 2015

WHY???? KENAPAAAAA?????

"Intaannnn... soooo many careless mistakes!!"

after 5 years......

anda masih disini.. kenapaaaaa???????????????

hanya mampu tersenyum pahit...

MAAF. saya tak kuat!




Mar 21, 2015

Memberi Untuk Menerima...

Hello dear! Me again...

malam nie malam balas dendam! setelah berjaya menghabiskan duit dengan buffet Seoul Garden dari pukul 5 ptg sampai 9.30 malam, moh le kita membuat entri kedua untuk malam(pagi sebetulnya) ini.. tetiba rasa macam pelajar cemerlang tatkala berjaya menulis dua entri dalam satu malam..(heh.. baru mukadimah je nie.. belum tentu publish lagi..) dan kepala sedang mengarang-ngarang entri ke-3.. tetiba kepala bertanya, mengapa tidak digabungkan sahaja menjadi satu entri? aahhhh.. dan jawapannya? sudah tentulah setiap entri mempunyai tajuk berbeza dan cara penyampaian yang berbeza..(kononnyala..) dan intan kini mengubah prinsip menulis blog iaitu menulis untuk diri, untuk my 'future intan'.. eh? macam yakin sangat je esok masih ada.. bukan begitu wahai diri, cumanya masihkan anda ingat hadis ini;

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut.." [Hadis Riwayat Imam Ahmad]

usaha kena ada! walaupun esok anda mungkin mati, namun untaian kata yang anda tulis akan sentiasa berada disini bak kata V, Ideas are bulletproof... jadi dengan dasar pandang ke hadapan ini, intan menulis untuk pedoman diri di masa hadapan, kerana mungkin sahaja Intan yang disana menjadi seorang yang alpa dan lalai dek kerana tipu daya dunia kerana Intan juga seorang manusia..yang lemahh..

jadi berbalik kepada topik, sebelum nie dalam tahun 2012 intan pernah menulis [memberi tanpa menerima], dan kini intan nak ubah perkataan 'tanpa' kepada 'untuk' menerima, tapiiiii bukan menerima dari manusia(kenapa bukan manusia? boleh baca dalam entri 2012 tu), sekarang nie intan nak bercerita menerima dari yang Maha Kaya...

seronoknya mengira sifir cinta dengan Yang Maha Pengasih Penyayang nie, semakin banyak kita memberi semakin banyak kita dapat.. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 Allah berfirman;
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . 
lihatlah dalam ayat nie, Allah lipatgandakan kepada 700 kali ganda kot.. banyak x banyak tu.. dan Alhamdulillah, dengan izinNya Intan dapat merasai sendiri pengalaman menerima 700 kali ganda tu.. dan inilah kisahnya..

Diceritakan pd zaman moden ini, seseorang telah mendapati tabletnya rosak lalu dibawanya ke kedai.. beberapa hari kemudian yakni hari jumaat dia telah menerima mesej yg menyatakan tabletnya sudah sedia utk diambil.. nk dijadikan cerita, ketika dalam perjalanan ke sana, dia ternampak pakcik tua yg sedang meminta sedekah.. lalu hatinya terdetik, mungkin nie peluang utk aku bersedekah.. mungkin aku jarang bersedekah lately sbb tu la duit mengalir mcm air.. lalu diambil RM1 dr dlm dompet dan dihulurkan pd pakcik tersebut.. perjalanannya diteruskan.. setibanya di mall utk mengambil tab, dia membuat keputusan utk mengeluarkan duit terlebih dahulu kerana bimbang perlu membayar lebih utk kos pembaikian tabletnya, sambil itu dia terfikir mengenai RM1 yg dihulurkan sebentar td. kalau setiap kali sedekah RM1 je, darab 7 baru RM7.. kalau mcm nie sampai bila nk kaya.. patutnya kena sedekah lg byk... setelah urusan mengeluarkan wang selesai, dia bergegas ke kedai komputer tersebut.. alangkah terkejutnya dia kerana tabletnya tidak dapat dibaiki namun digantikan dengan yg baru yg bernilai RM700.. lalu kepala membuat konklusi, silap darab rupanya, bukan darab 7 tp 700.. alangkah indahnya bersedekah.. dan sesungguhnya Allah Maha Pemurah dan Dia memberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka...
mungkin ada yang akan kata, "alaaaa... tab tu under warranty lg sebab tu la boleh one-to-one exchange.." tp intan tetap percaya semua nie xkan belaku jika tidak kerana kekuasaan Allah, apatah lagi tab tu intan beli dari lazada, dan bukan dari kedai tempat yg intan hantar tab tu..(pada awalnya, pakcik tu x nak ambil kot tab tu.. Alhamdulillah Allah bukakan hati pakcik tu utk tolong intan..XD)

dannnnn... harus diingat juga yang kadang2 tu 700 kali ganda bukan datang dalam bentuk material semata-mata.. mungkin Allah gantikan dengan kesihatan yang baik, mana tau jika kita tak bersedekah, kita mungkin dilanda penyakit yang menyebabkan perlunya kita keluarkan wang untuk mengubatinya.. atau mungkin, motosikal atau kereta kita rosak n ofkos la kena ada duit utk baikinya, dan banyak lagilah perkara yang kita mungkin tak nampak, tak sedar yang sebenarnya Allah telah mempermudahkan bg kita kerana duit yang telah kita infakkan..

jadiiiii, to my future lovely Intan; jangan pernah rasa takut utk memberi, kerana Allah sentiasa memerhatikan, dan Allah takkan mensia-siakan perbuatan baik makhlukNya..;)
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)![99:7] 
teruskan memberiii!!!

DREAMs: Always account for variable change!

Assalamualaikum...


malam nie intan nak bercerita mengenai perancangan.. sementelah ada mutiara kata berbunyi gagal merancang, merancang kegagalan..(Baru sedar rupanya baris ayat tu merupakan quote oleh Benjamin Franklin yg dialih ke BM..) Jadinya, gambar diatas merupakan rancangan ringkas yang intan buat masa Ib dulu...(masa buat tu kononnya mengisi masa lapang yang tak lapang pun sebenarnya)

Jadi bilamana intan tengok balik chart tu, intan tergelak sendiri.. "aisehhh.. macam x follow je nie.." setakat nie matlamat masih sama lagi iaitu kejuruteraan elektrikal(walaupun BEng dah tukar kpd BS) tapi 'alat' dah bertukar dari 4 tahun di seberang laut kepada 2 tahun dan daripada Aussie kepada negara Uncle Sam..(masih menunggu keputusan dr Uni... Doakan Intan plsss~) Betullah kan kata orang, apa yang penting matlamat, mana2 alat yang digunakan tu tak kisahla, janji kita dapat mencapai matlamat yang kita nak, dan hal ini selarilah dengan tajuk intan kat atas tu;

'Always account for variable change!'

patah kata diatas intan dapat dari movie 21.. Movie 21 nie kisah pasal seorang genius di MIT..(boleh rujuk IMDB or pakcik gugel untuk matlumat selanjutnya..) Intan memang suka kalo tengok movie2 pasal orang genius nie sbb ia mengingatkan intan pada diri intan..(haha.. perasan genius sunggoh!) dan hidup kita didunia ini dipenuhi dengan pelbagai pembolehubah yang sentiasa berubah-ubah dan menjadi tugas kita untuk sentiasa menjadi seorang yang flexible(apa perkataan yang sesuai untuk ganti perkataan flexible dalam BM? Fleksibel? Keanjalan?) dan adaptable(kebolehan menyesuaikan diri?)..

kerana apa? kenkadang tu ketidakupayaan untuk menjadi seorang yang fleksibel dan adaptable ini menyebabkan kita menjadi seseorang yang tidak dapat menerima kenyataan.. menerima kenyataan bilamana sesuatu itu tidak terjadi mengikut yang kita inginkan.. dan tanpa kita sedar, kita menjadi makhluk yang meragui keupayaan Tuhannya sedangkan tiada yang lebih upaya dari pencipta Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa yakni Allah S.W.T... Apakah patut kita merasa ragu sedangkan yang diatas itu Maha Mengetahui dan sesungguhnya tidak mungkin Allah menganiayai makhlukNya melainkan apa yang berlaku hanyalah merupakan ujian untuk meninggikan darjat kita disisiNya..

kesimpulannya, dalam hidup ini, kita hendaklah menetapkan matlamat kita, dan alat untuk mencapainya? bergantung kepada pembolehubah2 di sekeliling kita... Ingat! Jadilah seorang yang Flexible dan Adaptable.. dan mohonlah kepada Yang Maha Berkuasa supaya dipermudahkan segala urusan kita, dunya wa akhirahhh~

Feb 20, 2015

fake it!!

Note to self:

Intan... i know it's hard but it's not impossible! remember that the word itself says "im possible"... kuatkan semangat! jadikan segala halangan sebagai cabaran dan hidup tanpa cabaran sangatlah membosankan..

intan.. terkadangkan tu kita terfikir betul ke keputusan yang kita ambil tu, kenapa meragui sedangkan kita punya yg diatas yg mampu menghilangkan segala keluh kesah.. berdoalah kepadaNya, mohonlah padaNya agar diberikan petunjuk dan jalan yg lurus dihadapan..

intan... seringkali kita rasa kita sepatutnya pilih B instead of A tp pernahkah kita terfikir sebenarnya Allah yg memberikan A itu kerana A tu lebih baik buat kita.. jika kita rasa tak kuat, mintalah kekuatan pada Yang Maha Kuat, inshaAllah jalan ini boleh kita lalui sebaik yg mungkin...

intan... tiada orang yang dalam dunia ini yg x punya masalah, yang membezakan kita dgn mereka adalah cara kita mengendalikan sesuatu masalah itu.. gunakan akal yg diberikanNya sebaik-baiknya... adakala emosi mendahui akal, bertenanglah, ber'istighfar'lah, tarik nafas sedalamnya, berfikirlah dengan waras, jangan kelak kau yg menyesal!

intan... bilamana dirimu rasa tak kuat, kuatkanlah jua semangatmu, kenanglah kembali kenapa kau berbuat sesuatu itu, kembalilah ke pangkal jalan, betulkan kembali kompasmu yang mungkin terpesong dek kerana kealpaanmu..

intan!!! fake it till u make it! fake it till u become it!!!

Feb 9, 2015

JODOH

Assalamualaikum...

Hari nie intan nk cerita mengenai program yang intan hadiri sabtu lepas iaitu Jodoh dan persiapan sebelum kahwin.. awalnya intan agak keberatan sebenarnya nak pergi sebab rasa macam "perlukah aku pergi? why should i go? tak awal sangat ke? etc.." tapi bila fikir2 balik, why not kan, tak salah pun nak pergi, kira macam nk menuntut ilmu jugak la nie.. jadinyaaaa... banyak benda yang intan belajar dan intan rasa intan patut kongsikan dekat sini...

kepentingan memilih jodoh...
antara sebab pentingnya utk kita memilih jodoh krn ianya berkait rapat dengan baitul muslim, dan kita sedia maklum yg BM tu merupakan elemen penting dalam pembentukan Islam.. keluarga merupakan indikator kpd keadaan sesebuah masyarakat.. sebab tu la kalau kita nak memperbetulkan keadaan masyarakat skrg, perlulah bermula dr rumah, dan utk mendapatkan 'rumah' yang baik, kita kenalah memilih jodoh yg baik..haaaa.. nampak tak perkaitannya kat situ...XD
yang menariknya, nak dapat jodoh yang baik, kita kenalah jadi baik krn ALLAH dah janji

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [24:26]


"taapiiiii.... aku tgk ada je yg baik tp kahwin dgn yg x baik..."

mesti ada yang terfikir soalan yg kat atas tu..(sbb kawan intan pn pernah tanya soalan yg sama) Yang nie la ustaz bagitau yang baik tu ada 3: sebelum kahwin(maknanya mmg sedia baik), baik ketika pertengahan kahwin (bila dh kahwin, pasangan berjaya bimbing utk jd baik) dan baik diakhir hayat(nie yg mcm drama melayu nie, bila nk mati baru insaf..:P)

tapi kalau tak baik jugak, ingatlah yg Asiah yang baik tu pn kahwin dengan firaun.. betapa besarnya ujian, InshaAllah rewardnya pn besar diakhirat kelak...

dan banyak lg yg ustaz ceritakan.. dan nie antara tips utk dapat jodoh: doa, usaha, tawakal, sabar(jika x dpt), syukur(jika dapat) dan bersangka baiklah Allah(coz He knows better)

jadiiiii...  macam mana nk cari jodoh??
1. kita kena jd org yg baik...(keterangan spt diatas)
2. ikut pilihan org yg baik..(ulama,ustaz,sahabat etc)
3. ikut cara yg baik..(menepati syariat n ahklak islamiyyah.. x kisahlah perigi cari timba or vice versa)
4.tawakal, sangka baik dan doa..

pesanan ustaz yg intan agak terkesan: perkahwinan hanyalah alat bukannya matlamat...

dan tujuan kita berkahwin sebab kita nk ke syurga!!!!

dan dalam proses utk kita dapatkan jodoh yg kita inginkan, hendaklah kita ubah sikap kita!!!

........................................................................................................selingan

antara salah satu perkara yg intan rasa mcm terkilan sket utk program nie ialah makanan tak disediakan..(mmg dorg dh bgtau awal2 lg dh psl nie) Sebab kafe tu ramai sangat org berkerumun dan rehatnya pn sejam je.. jadi intan buat keputusan utk beli air je.. dekat tempat beli air tu, intan ambil la 2 botol air(utk intan dan kak qudwah) pastu not rm10 dihulurkan pd peniaga, tp disebabkan ramai sgt org yang membeli, dia pn xde duit kecik nk pulangkan.. tiba2 ada seorang abg/pakcik nie ckp "xpe2 biar sy byrkan.. intan pn x jd la nk ambil 2 sbb org yg nk byr kan tp pakcik tu ckp "xpe.. ambil je".. mmg berterima kasih sgt2 intan kt dia... lepas tu intan terus gi solat.. after solat, teringat pasal perbentangan ustaz sblm rehat mengenai keperluan, kehendak dan pelengkap, tp instead of jodoh intan olah dlm bentuk makanan... makanan nie mmg keperluan tp utk mkn 3 kali sehari tu merupakan kehendak je dan utk mkn nasi ayam ketika lunch tu pulak hanyalah pelengkap...(mungkin nie cara kepala intan nk pujuk intan yg x mkn lunch nie...haha) lepastu intan pn masuk dalam dewan dan bersembang dengan org sebelah..(yeay.. dapat kawan baru...XD) dan bila dia tau intan x makan lagi, dia pn bg dia punya sandwich.. mmg gembira tak terkata la.. (betapa ALLAH Maha Pemurah.. didatangkanNya rezeki dr arah yg x disangka-sangka...) jadi lunch intan = air dan sandwich free..

........................................................................................................

sekianlah sahaja post intan utk mlm nie... (utk post taylors maybe lambat sikit sbb tgh cri bahan lg...haha)